Salam Sejahtera,
Ketika ku titipkan lakaran ini pada blogku, perasaanku mula terusik kerana aku tidak berpeluang lagi mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahku kerana ayahku telah lama pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Masih ku ingat lagi kenangan menjaga arwah ayahku yg sedang sakit kerana mengidap sakit Asma(lelah) dan sakit jantung di hospital satu ketika dulu dimana berbelas-belas wayar diletakkan didada arwah ayah dan bergenggam2 ubat yg telah diberikan oleh doctor untuk memulihkan penyakit arwah ayahku, kesihan, sedih dan pilu sekali aku melihat keadaan ayah pada waktu itu..dah hampir 2 minggu ayahku berada dihospital. Sehinggakan pada suatu hari arwah ayah mencabut semua wayar2 itu dan menyuruh ibuku dan keluargaku supaya memberitahu kepada doctor yg dia ingin pulang kerumahku dikampung, arwah siap tanya arwah ibuku(pd masa tu ibuku masih hidup)..”dah siap ke rumah kita?” sbb masa tu kami baru saja berpindah kekampung sebab ayahku baru saja pencen dan dia membina sebuah rumah utk kami sekluarga dikampung. Jawab ibuku “sudah”..selepas mendengar jawapan ibuku, kulihat keceriaan pada wajah arwah ayahku seolah2 dia tahu yg dia akan pergi jauh...disebabkan desakan arwah ayah yg ingin sangat pulang kerumah, kami terpaksa membawa dia pulang, memang pada malam itu aku tidak tidur semalaman kerana menjaga arwah ayah yg sedang nazak..aku dan keluargaku serta sedara maraku yg dekat tak putus2 membacakan surah Yassin untuknya dan pada keesokkan harinya iaitu pd jam 4.00 pagi, ayahku menghembuskan nafasnya yg terakhir dan pergi buat selama-lamanya..Oh Tuhan hancur luluh jiwa dan ragaku ketika itu sebab orang yg aku sayang dan yg kuharapkan telah tiada, siapa yg akan menghantar dan mengambilku pulang dari kerja jika bukan ayahku..tiada lagi tempatku bermanja dan mengadu masalah tapi apakan dayaku, Allah lebih menyayanginya..Aku redha atas ketentuan Ilahi..Buat arwah bapaku yg telah lama kembali ke rahmatullah..jutaan terima kasih atas segala, pengorbananmu tak ternilai harganya dan kasih sayang yang kau curahkan padaku dan keluargamu tak akan ku lupakan buat selamanya. Hanya dengan iringan doa yang mampu ku lafazkan semoga roh arwah tenteram disana, semoga rohmu dicucuri Rahmat olehNya dan dimasukkan dalam golongan org2 yg beriman..Al-Fatihah..Amin..
Sempena menyambut hari bapa pada 19 Jun 2011 ini, disini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Hari Bapa” buat suamiku (Suhaimi b. Yaacob) iaitu bapa kpd anak2ku dan juga bapa mertuaku (Yaacob b. Ismail)yg berada di K.Pilah,NS , terima kasih ku ucapkan atas segala pengorbanan yg telah kalian berikan pada keluargamu. Dan ucapan ini juga ku tujukan buat semua yg bergelar bapa,daddy, papa,baba, ayah n abah n apa jua panggilan utk mereka ..jadilah seorang bapa yg baik dan bertanggungjawab dan berilah kasih sayang yg sepenuhnya dan didikan agama yg sempurna buat keluargamu agar anak-anakmu akan menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat..InsyaAllah.
Kepada yang masih mempunyai Ibubapa,jagalah mereka sebaik mungkin,balas lah jasa kedua Ibubapa,walaupun kita tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga,membesarkan kita dan memberi didikan yang sempurna kepada kita..
AYAH
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
Renungan:
"Berikan kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa mu sementara mereka masih ada, kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai satu kehilangan yang besar dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini semuanya sudah terlambat.."renung-renungkan..Wassalam..
No comments:
Post a Comment