SALAM SEJAHTERA

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011M/1432H & SELAMAT HARI MERDEKA

Salam Mesra..harini adalah hari terakhir aku bertugas dan besok aku dah cuti. Aku akan masuk kerja semula pada 5hb Sept. ini. Sebenarnya mood kejepun dah semakin kurang, biasalahkann..semuanya macam tuu..masing2 duk ingat nak raya je dan nak buat semua persiapan nak sambut raya, lagipun pelajar2 kt sini pun dah ramai yg balik ke kampung halaman masing2 selepas mereka dah berhempas pulas menghadapi final exam masing2. Aku pun ambil cuti awal sikit bukannya apa..sje je sebab nak kemas rumah dan buat kuih..asyik kerja siang malam sampai nk kemas rumah dan wat kuih pun tak sempat..so mulai hari esok dan ade 2 hari sebelum nak balik kg, aku akan lakukan semuanya dgn dibantu oleh anak2 dan suami tercinta...Sebenarnya raya tahun ni aku bercadang nk balik beraya dikampungku di Kelantan tapi nampak gayanya tak dapat jugak sbb lepas raya ni anak2ku akan menjalani ujian trial SPM dan PMR so aku dah buat keputusan tak jadi balik sana walaupun hati ini sedih sekali sbb dah hampir setahun aku tak balik berjumpe dgn adik beradikku dikg dan menziarahi kubur arwah mak dan ayahku..namum apekan daya kita hanya merancang tapi Takdir yg menentukan segalanya..hanya doa yg ku kirim agar mereka sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T selalu hendaknya dan buat kedua2 arwah ayah dan ibuku, ku doakan agar Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh mereka dan semoga bersemadi dgn tenang dialam barzakh..Amin..

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan jika aku ade salah dan silap harap dimaafkan yelah aku nikan manusia biasa yg tak lepas dari salah dan silap.. kepada teman2 bloggerku terutamanya kpd yg menjadi my folower dan teman2 blogger yg sudi singgah kat blog aku yg tak seberapenya ini..Terima kasih  kepada kalian semua..maaflah yea kerana  Ramadhan dan Raya kali ni juga aku tak sempat nak upload resepi menu2 berbuke hari itu..InsyaAllah..jika diizinkan aku akan uploadkan kat sini yea..sebenarnya aku ni bukannya terror sgt memasakk..sikit2 tu boley la wat makan sendiri dan tuk anak beranak..hehe..ok jumpe lagi ye..



Mohon maaf atas lisan yang tak terjaga...

Janji yang terabaikan...

Hati yang berprasangka &....

Sikap yang pernah menyakitkan...

 
Mata kadang salah melihat...

Mulut kadang salah terucap...

Hati kadang salah menduga...

Maaf segala kesilapan yang pasti ada...


Semoga Syawal ini memberi keberkatan dan rahmat..Insya'Allah

Moga menjadi manusia yang soleh/solehah...Insya'Allah

Hati-hati bila pulang ke kampung...Insya'Allah

Ingatlah Allah selalu...Jaga diri dan hiasi peribadi...Insya'Allah


Semoga ceria di hari lebaran ini dan semoga selamat sampai kedestinasi yg dituju..disamping kita bergembira jgn dilupa yg telah tiada dan yg kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yg serba kekurangan.

 
Selamat Menyambut Hari Lebaran 1432 Hijrah.

Maaf Zahir Batin


&

Selamat Menyambut Hari Merdeka bagi tahun 2011 ini, semoga rakyat dan negara kita hidup aman makmur senitiasa..

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!


Ikhlas dariku sekeluarga,


Nur Qaseh & Suami Tercinta

Serta Anak-Anak: Amiera, Afizz, Aliff, Aniq


Wassalam



Saturday, August 13, 2011

TAKBIR TERAKHIR - PENGORBANAN SEORANG IBU


Salam Sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini..

Mood utk mempublish menu2 berbuke dan resepi berbuka masih belum ada lagi, fotonya dah ade tp masa dan keadaan masih belum mengizinkan lagi, nantilah bila aku ade mood dan ade mase free nanti aku uploadkn kt sini ye..Harini aku cuma nk berkongsi cerita berkenaan situasi yg kualami pagi tadi semasa menonton tv pagi tadi.
Pagi ni aku terase sebak bila menonton cite "Takbir Terakhir" di Astro Prima dimna, seorg ibu tua tlh lari dpd rumah kabjikan krn dibiarkan oleh anak2nya dan ia pulang ke kg semata2 utk tinggal dirumah lamanya dikg ttp hampa pabila dpt thu yg rumah dan tanah pusakanya tlh dijual oleh ank2nya sendiri smata2 tuk menjelaskan hutang mereka kemudian ia dilanggar secara tak sengaja dgn kereta yg dipandu oleh anak2nya sehari sblm hri raya dan ia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd mlm hari raya slps ia dpt melepaskan hajatnya utk menyiapkan juadah yg digemari oleh ketiga2 anknya iaitu rendang ayam, kari ayam dan aym msk kurma dan sempat juga menyuapkan makanan pd ketiga2 anknya..syukur ketiga2 anaknya sempat memohon maaf dr ibu mereka dan ibu itu juga telahpun memaafkan mereka..betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang yg diberikan oleh ibu utk kebahagiaan anak2nya. Bagaimanakah sekiranya anak itu tidak sempat memohon maaf pd ibunya sehingga ibu itu menghembuskan nafas yg terakhir?...Berdosakah anak itu?..Wallahualambissawab..Oleh itu pd sesiapa yg masih lg mmpunyai ibu & ayah, pulanglah ke kg utk bertme dgn mereka utk memohon keampunan sebelum terlewat..Terkenang arwah ibuku yg telah lama pergi..dan pada bulan yg mulia ini aku amat merinduimu ibu dan ayahku..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa dan dimasukkan dlm glongan org2 yg beriman..Amin..Saksikan video kisah pengorbanan seorang ibu untuk dikongsikan bersama..

Powered by: Free Mp3 Download

Sesiapa yg sudi berkongsi pendapat dan pengalaman serta yg sudi memberikan komen tentang persoalan yg diutarakan dipersilakan..wassalam..