SALAM SEJAHTERA

Sunday, January 30, 2011

Trip & Honeymoon di Beijing, China – Part 5

HARI KE-4 DIBEIJING, CHINA – 14 DIS 2010

Destinasi Per 1 - Gedung Silk Store – Pusat Pembuatan dan Penjualan Kain Sutera


Diberi taklimat ringkas tentang kitaraan hidup ulat sutera sebelum ianya menjadi kain.
Kitaran hidup ulat sutera
Kitaran Kepompong ulat sutera
Cadar yg diperbuat drp benang sutera, kalo sape yg tidur guna cdr ni mmg rase mcm xnk bangun sbb sejuk, lembut dan haluss sgt..

Melihat cara2 lukisan sulam sutera dibuat..

Lukisan sulam yg menarik yg diperbuat drp benang sutera

Sempat gak berposing dgn “the giant sutera dress” kt belakang tu..
“muat ke tak baju ni?..cer try..cer try..hihi...
  
Destinasi ke 4 - Ke Pusat Penjualan Batu Kristal & Mutiara


Batu Kristal Asli yg bewarna gelap 
Batu kristal asli yg berwarna cerah..
pelbagai perhiasan drp kristal

Souvenior drp kristal dan sbgnya yg dijual disitu..mahal bona hargo smpai berghatuihh hengett..x dapek den nak boli do..
Destinasi ke 5 - Tempat Jualan Mutiara Asli

Tiram yg dipelihara dlm sebuah kolam hiasan utk penghasilan mutiara

Taklimat ringkas tentang asal usul mutiara – kt sini pertama kali aku melihat mutiara asli yg diperolehi drp seekor tiram yg masih hidup yg mana usianya baru berusia 9 thn, so mutiaranya pun agk kecil. Jika tiram yg tlh dewasa, mutiara yg ade kt dlmnya pun besar juga..
Note:
Petua nak tahu mutiara tu asli ataupun tidak ialah dgn mengambil sebutir mutiara kemudian digosokkan pada gelas kaca. Jika ianya mengeluarkan debu@berhabuk itu maknanya mutiara palsu dan jika tidak berdebu pula, itu maknanya mutiara asli..
DESTINASI KE-6 – HARD ROCK CAFÉ & SOUVENIOR SHOP
 
Pintu masuk ke Hard Rock Café
 
    HR Cafe Stage
Suasana dlm Hard Rock Café..masing2 nk berposing je kt dlm tuu..
After lunch n solat Asar, aku dan yg lainya dibawa ke Muslim Super Market dimana ia merupakan hanya satu2nya shopping utk org Islam kt Beijing ni..kt situ ada bermcm2 jenis snack, sayur2an dan brg2 yg halal khas utk penduduknya yg beragama Islam. Kemudian kami dibawa pula ke Wang Foo Jing Shopping Street dan Night Food Market yg banyak menjual barangan halal disitu. kt sini xde pic sbb aku lupa nk ambik gmbr..
Lastly ke restoran utk dinner dan balik ke hotel utk resttt!!!..dan hari seterusnya iaitu hari yg ditunggu2 oleh group travel ni..nk tau ape dia..tungguu!! dlm cite seterusnya pada hari ke 5 & ke 6 nanti.. Jumpe lagi dlm Part 6 yg akan menyusul kemudian..InsyaAllah…tungguu!!..

Friday, January 28, 2011

INFO KESIHATAN

Salam bahagia..sedikit info kesihatan untuk dikongsi bersama..

1. MATA
- Bertindak balas dengan keadaan hati.


a. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b. Mata menjadi kabur:Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c. Keluar tahi mata:Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d. Keluar air mata:Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e. Ketegangan mata dan kelopak:Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
 
 
- Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.


a. Selsema

i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b. Hidungsebu

i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin

i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

 
3. BATUK

a. Batuk keluar kahak roses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak aru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong roses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

5. BIBIR

- Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.


a. Bibir pucat

i). Sistem penghadaman yang lemah.

ii). Perut mengandungi angin.

iii). Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b. Bibir kering dan pecah erut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH 


- Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


a . Lidahataugusibengkak, sakit:Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c. Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA

 Berkaitan dengan buah pinggang.


a. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b. Telingaberdengung:Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


10. SENDI


sendi tangan dan kaki

a. Sendi Sakit

i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii). Tidak rasapanas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii). Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b. Kebas Tangan pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. Kebas Tangan dan Lengan :Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku

d. Kebas Kaki pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


e. Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f.Sakit Tumit Kaki:Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g.Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h.Gatal Di Celah2 Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA



a. Kepala-Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah,jantung dan saraf otak.

b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala

i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala

i. Bahagianatas :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii. Bahagianbawah (tengkuk) :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga - Menandakan penyakit migrain.

e. Bisul Terjadi Di Kepala- Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. Rasa Pening Yang Memusing-Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


13. KENCING

a. Kencing Kerap :Menunjukkanbuahpinggangmengandungi kotoran yang terkumpul.

b. Air Kencing Berkapur :Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c. Air Kencing Berlemak :Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d. Air Kencing Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e. Air Kencing Berdarah enyakit batu karang atau buah pinggang luka.


14. BUANG AIR BESAR

a. Cirit-birit / Kerap Buang Air Besar :Membersihkan

kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. Sembelit :Membersihkan toksin dari usus kecil.

c.Najis Berdarah

i). Darahmerah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d. Najis Berwarna Hitam :Menunjukkan proses pembuangan

toksin di bahagian usus sedang berfungsi.


15. TINDAK BALAS BADAN

a. Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah yg tidak lancar.

i). Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii).Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii).Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 :Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. Badan Terasa Panas :Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d.Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses
awet muda sedang berlaku.

16.TINDAK BALAS EMOSI
a. Rasa Takut / Mudah Terkejut -Lemah fungsi buah pinggang.

Tenaga batin lemah.


b. Cepat Naik Darah / Marah -Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.



c. Rasa Bimbang Dan Takut - Sistem paru-paru yang lemah.


d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab- Sistem jantung yang lemah.

rase seronok

Rase bimbang tanpa sebab

Oleh itu marilah kita sama2 menjaga kesihatan diri kita. "Beringat sebelum kene., cegah sebelum parah,  mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.."


WASSALAM

Tuesday, January 25, 2011

KALAU PEREMPUAN TANYA..


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata:

Ini motor abang ker?

Makna tersembunyi:

- kereta abang kene tarik ke...?

- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.

- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"

Thursday, January 20, 2011

PROGRAM BICARA INTEGRITI - SIRI 1

"INTEGRITI DAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI-SENDIRI”

Penceramah : Tn Hj Badrul Hakimi B. Bastaman dr Politeknik MS

Salam to all the readers..

Entry kali ini aku nk cite tentang satu program bual bicara yg pertama kalinya diadakan kt unit aku pagi ni, bagi unit2 lain kt sini mungkin dah banyak kali kut..Staf2 yg hadir kt program ni ialah staf Library, Penginapan dan PPH..ramai jugak staf yg hadir cuma sorang dua je yg x dpt hadir..mungkin mereka ada kerja masing2 yg perlu disiapkan .

Alhamdulillah, syukur sgt2..mmg program seperti inilah yg aku tunggu2 selama ini. Terima kasih kepada Unit Kualiti di Uniten ini yg menganjurkan program ini. Diharap ianya akan berterusan..InsyaAllah.. Aku rindu dan nak sangat dengar ceramah spt ini. Masa aku kerja kt Jab. Agama Lundang, KB dulu mmg selalu aku join ceramah ni..rindu sgt ngan member2 kt sane tu..x kisahlah program ni diadakan seminggu sekali ke sebulan sekali ke kt ofis ni..itu sudah memadai sbb kalau nk harapkan aku nak pergi ke masjid atau ke program yg lain mmg jarang sekali sbb banyak komitmen, kt rumah la..kt pejabat la..dan macam2 lagi..Kadang2 kita malas nk pergi masjid tapi kalau ke tempat2 hiburan, shopping2 boleh pulakkan..tapi walaupun aku jarag ke masjid dan sebagainya..aku selalu gak tengok program motivasi dan ceramah agama kat tv tu spt Ehwal Islam, Bual Bicara dgn Dato’Dr. Fadhilah Kamsah, Semanis Kurma dll.. Aku mengaku, itulah kelemahan yg ada pada diriku walaupun umur dah separuh abad banyak perkara lagi yg aku tak tahu terutamanya ilmu agama..nak kata banyak ilmu agama yg aku tahu takdelah sgt tp sikit2 tu ade la..sekadar nak mengajar anak mengaji Qur’an, solat tu..InsyaAllah..boleh..kalau aku tak sempat aku suruh mereka pergi belajar mengaji kt surau ngan ustaz utk mendalami lagi ilmu yg ada..Alhamdulillah anak2 aku dari yg besar hingga yg kecik sekali boleh mengaji dan solat.

Bagi aku, program2 ceramah agama dan motivasi spt ini mmg patut diadakan disetiap Jabatan kerana ianya boleh memperbaiki diri kita terutamanya bagi pekerja2 di syarikat swasta tp kt pejabat kerajaan mungkin ianya selalu diadakan. Dalam kesibukan mereka melakukan kerja2 pejabat sekurang2nya dpt gak ilmu walau hanya sekejap cuma. Kadang2 kalau kita nak suruh org pegi ke masjid utk dengar ceramah mmg susah.. x semua org boleh pergi termasuklh diri aku sendiri so jika semua staf disuruh hadir kt program mcm ni mungkin mereka akan hadir nak x nak mereka perlu hadir juga untuk menjaga prestasi kerja mereka. Nak kata mereka ikhlas hadir ataupun tidak tu..wallahualam..terserah pada diri masing2..Walaupun program ni sekejap je tp bagiku itu sudah memadai. Dalam masa sekejap tu jugak banyak ilmu dan menafaat yg aku telah dapat. Disini aku nk sampaikan serba sedikit ilmu yg dpt kuambil dlm ceramah tadi dan ada setengahnya aku tak sempat nak tulis...
Ceramah bertajuk “INTEGRITI DAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI-SENDIRI”


Apa itu Integriti?-. integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.. Sebagai contoh, apabila kita berurusan di pejabat, terdapat segelintir pegawai pejabat yang tidak memberi layanan yang baik kepada tetamu mereka. Terdapat juga pegawai yang sering mencuri tulang ketika waktu pejabat. Perkara ini juga berkaitan dengan masa yang sering tidak ditepati terutamanya ketika menghadiri temujanji atau mesyuarat. Seringkali terdapat pegawai yang hadir ke mesyuarat lewat sepuluh minit, dua puluh minit, malah setengah jam.

Semua orang pasti ada sikap mementingkan diri sendiri..tipulah kalau kita takde sikap yg macam ni..kalau tak banyak sedikit tu mesti ade sbb kita bukan nabi ataupun malaikat. Contoh orang yg tidak mementingkan diri sendiri ialah spt. Saidina Ali a.s yg sanggup menahan lapar demi menjaga kepentingan kaumnya daripada kelaparan.

Ada 3 sifat manusia yg mementingkan diri sendiri iaitu:

1. Orang yg 100% pentingkan dirinya sendiri dlm kehidupan sehariannya.

Cthnya: Sekumpulan sahabat yg sedang minum/makan dikedai. Masa makan tu ok la tp masa time nk bayar tu..buat2 tertinggal dompet kt rumah la dan mcm2 alasan lg utk menggelakkan diri drp belanja kawan, duitnya cukup utk dirinya sendiri saje.Kalau sekali sekala ok la tp ni slalu sgt..

2. Orang yg kepentingan dirinya dijaga dan kepentingan org lain juga dijaga


Cthnya: Seorang rakan karibnya lewat dtg kerja ttp dia sanggup menipu utk menggelakkan rakannya itu drpd dimarahi oleh boss apabila soal. Sikap begini adalah tidak baik.

3. Orang yg asyik mementingkan diri orang lain drpd diri sendiri


Cthnya: Si A selalu memikirkan ttg anak2 si B sedangkan anak2 dia sendiri diabaikan.

Setiap kerja rumah atau kerja pejabat yg kita lakukan seharian ini adalah ibadat. Sesiapa yg keluar bekerja dgn niat untuk mencari rezeki yg halal bagi menampung/menanggung keluarganya, dia akan terhapus dari dosanya.

Rumusan/Pengajaran:

“Setiap kerja yg dilakukan oleh seseorang itu perlu ada keikhlasannya.”

Yang baik itu datangnya drp Allah SWT, yg buruk itu dr diri kita sendiri..

~Wassalam~

Renung-renungkan dan selamat beralamal...

Trip & Honeymoon to Beijing, China - Part 4

Hai semua..ni how ma atau ape kbr?.. kte org melayu..jumpe lagi...kali ni aku nak sambung lg cite kt Beijing tu .. just nk show pic utk hari ke 3 je..jgn jelak ye..layanzz..

HARI KE - 3 DI BEIJING - 13 DIS 2010
Lepas sarapan pagi tu terus checkout dan kami dibawa ke tempat main ski di Rose Valley Ski Resort.
Destinasi Pertama – Rose Valley Ski Resort
Welcome to Rose Valley Ski Resort Beijing, China..
Sejuk giler tempat ni sbb tempatnya agak tinggi
Time cam ni le nk romantik2 sikit ngan cik abang tuu..sejukk bangat seiy..tgok la muko abey aku tu cam org dlm kesejukkan je..hehe..
Wahh..x sangka ye dpt gak aku merase main ski ..tp x pandai pun..eksen je lebih..hihi..

Destinasi Ke2 – Tian Ah Men Square

After lunch n solat kami dibawa ke Tian Ah Meng Square which is the biggest square in the world..aku tak beli ape3pun just window shopping je coz barang2 kt situ semuanya branded dan harganyapun mahal, amik gambo je..naik lenguh kaki berjalan kt dlm tu besor sgt tempatnye..

Receptionist Counter
Bergambar bersama rakan group travel kt sudut yg dikhaskn tuk bergmbr..

Tinggi bebenor..tingkatnye..x larat den nk pusing2..



Destinasi Ke 3 – Visit the prestigious Forbiden City – Imperial Palace(Istana Musim Panas)

Pintu Masuk Utama Summer Palace

berposing kt dpn Istana Musim Panas bhgn dlm berhanpiran tasik

Tasik yg dibina sendiri untuk pemeliharaan tiram bagi penghasilan mutiara berusia 500 thn..

Jambatan yg merentangi tasik ke Istana dan air tasik yg semakin
membeku kerana cuaca trlalu sejuk 
  
Keindahan tasik diwaktu senja..

Destinasi Ke-4 – Foot Massage at Chinese Traditional Medicine Centre
Cara urutan Tibet
Bilik khas utk urutan kaki – wahh..syok tul la..dh penah berjln tadi kene urut pulak..lega rasanya!!!..Dah urut tu apa lagi diorg promot utk beli ubat la..ada 2-3 or yg beli aku x belipun sbb mahal sgt s berbaloi kalau belih minyak urutpun sampai beratus henget harganya.. aku rase kt M’sia ni pun byk myk urut lg baekk punyer..e.g. minyak mustika, minyak gamat dll..harga pun x mahaii..

Destinasi Ke 5 – Tea House

Tea House..maaf gambar x bape jelas..tgn org yg mgmbil gmbr ni dh menggigil kesejukan agaknya sbb tmpt ni dindingnya dikelilingi batu bata

Gadis sbg penyambut tetamu di Tea House..semuanya cun melecunn..

Disini kami disambut oleh beberape org gadis jelita dan dibawa ke satu bilik khas utk ditunjukkan demontrasi cara2 membuat teh cina dan sedikit taklimat asal usul the tersebut.

Demontrasi cara2 penyediaan teh herba cina..

Kt sini tehnya bukan mcm teh yg terdapat kt Cameron Highland tu, pokoknya kecik/renek  je tp teh cina ni diambil dari satu pokok yg besar.. Selepas tu kami diberi minum utk merasa beberapa jenis teh herba yg terdapat disitu ..ada yg sedap tu rase mcm teh madu, ada yg x bape sedap tu rase dia mcm daun inai dan mereka juga sediakan pakage utk sape2 yg nk beli teh tersebut..aku beli jgk le 1 tin teh herba khas utk kasiat dalaman wanita utk jagaan diri sendiri..kalau nak cantik diluar kt dalam pun nk kene cantik gak..betul tak?.. 
Destinasi seterus ialah ke restoran utk makan malam dan balik ke hotel..nnti smbg cite lagi ye..iaitu hari ke 4 dalam Part 5 pulakk..c u all...jumpe lg to the next entry k..wa chaw dulu ye..wassalam..