SALAM SEJAHTERA

Friday, January 7, 2011

Trip & Honeymoon to Beijing,China – Part 3

Hai..masih x abih2 lg ke cito ni makcik oi….hehe..cite ni mmg x abis lg..biarlah ape korang nk kate, mgkin ade gak orang yg meluat nak tengok dan nak bace cite ni..kalau nak bace korang bace kalau taknak tutup je..tapi aku x kesah..janji cite yg aku karang ni mesti sampai ke penghujungnya bak kate pepatah, “gengam bara api biar sampai jadi abu..” eh..betul ke peribahasa aku ni..aku rase betul dah kut..byk lg peribahasa yg sama ertinya korang carilah sendiri ye..nanti kalau cite tergantung je xde kesudahannya ape pulak orang katekan..xde penyudahnya..biarlah tahun baru dah menjelma sekalipun, cite yg lepas tu jgn pulak dilupakan..cite ni aku sengaja nk masukkan dalam blog aku ni untuk anak cucu cicit aku baca bila aku dh taka de kt dunia ni, biar mereka semua boleh tengok dan baca macamana tok nenek mereka dulu menulis dan berbloging..hehe..

Ni sambungan dari Part 2 hari tu..kali ini akupun malas nk cite panjang sbb aku juga xde masa nk menulis banyak2 sbb aku ni bukannya penulis(minat tu ade la..), banyak lagi kerja yg harus aku buat, dipendekkan citenya aku masukkan gambar2 yg aku sempat ambik kat Beijing tu pd hari ke2 pula dan mungkin sambung lagi hari cite seterusnya hingga hari ke-6. Kali ini aku pendekkan sikit citenya dgn sedikit keterangan berkenaan gambar dan berikan sedikit ilmu yg aku dapat dari sana utk kongsikan bersama korang semua . Aku ni tak kedekut ilmu tau..tp ilmu yg aku ade tak setinggi manapun jika nk dibandingkan dgn korang semua kan..sekolahpun tak tinggi hanya 3 tingkat je..hehe..

Hari Ke-2 di Beijing – 12/12/2010(Ahad)


Dah selesai sarapan semua berkumpul kat lobi bersama baggage masing2 utk disimpan, Cuma 1 beg sja yg perlu dibawa utk bermalam di Ski Resort mlm ni. Seblum naik bas tu sempat la tengok jap suasana kesibukan kotanya diwaktu pagi.

Suasana yg agak sibuk diwaktu pagi..biarpun kenderaannya agak lintang pukang tetapi tak pernah berlaku perlanggaran, mungkin cara mereka memandu agak perlahan sbb tu lah takde kemalangan yg berlaku. Yang aku pelik tu, kenderaan spt basikal, motorsikal , kereta  melalui jalan yg sama..Bagi yg berjalan kaki pula, mereka berjalan sambil berlari macam berjoging untuk memanaskan badan.
Beca motor roda tiga sebagai alat pengangkutan di Beijing
Motor basikal atau “motor bic” yg selalu digunakan oleh penduduk di Beijing, kalau ade dijual kt M’sia kan bagus boleh aku beli,bagi kt anak yg sek.men tu bawak gi sekolah takde lesenpun takpe..jimat minyak..hehe..

Harini aku dan rombongan cik kiah dibawa melawat ke tempat2 bersejarah spt di tempat pemprosesan batu jade dan kilang dan jualan krim herba Cina, tempat pembuatan pasu tembikar, restoran dan seterusnya ke Ski Resort. Layan gambar2 dibawah..

Dihadapan studio opera klasik Cina..
Masa dalam perjalanan tu sempat gak tengok pasukan sukarelawan mereka yg terdiri dari belia2 lepasan sekolah yg berumur dari 16 thn keatas berkawad dan berbaris ..
Tempat pemprosessan dan penjualan Batu Jade

2 pekerja sedang mengukir batu jade

Jade yg diukir berbentuk kobis
Taklimat berkenaan jade asli, tiruan dan yg terbaik..
3 jenis jade yg terbaik grade A, B dan C..yg mana yg terrbaik..?

Ha..kalau korang nk tahu jade ni ade 3 grade, iaitu Grade A, B dan C. Nak tau tak kaler ape yg paling baik sekali dan jenisnya? Ok..kat sini bolehlah kita berkongsi ilmu pengetahuan ye..Dari ape yg aku dgr dan kulihat drpd taklimat yg mereka berikan dan jade2 yg mereka tunjukkan, jade yg paling bagus sekali ialah jade yg bewarna putih(A), kedua hijau keputih-putihan(B) dan hijau(C). Dan kalau nk tahu juga tentang yg mana satu jade yg asli atau tak ialah dengan cara mengetuknya, cthnya, ambil 2 gelang jade yg berwarna putih dan ketuk kedua2nya dan ia akan menghasilkan bunyi dentingan yg amat jelas sekali(tinggg!!..), yg keduanya kurang dentingannya (tingg!!..) dan ketiganya berbunyi( teng!! ..)lg kurang dentingannya..Dentingan yg amat jelas sekali itu adalah yg paling baik sekali .. haa..kalau korang nk beli gelang jade atau ape2 berkenaan jade bolehlah guna petua ni ye..aku ade gak beli beberapa jenis aksesori jade ni ..spt rantai , tikar jade dan massage muka jade..gelang jade aku x minat ..

seutas rantai jade for my daughter

Alat mengurut muka dari jade utk sendiri punyer..
 
Koleksi hiasan buah dari jade

My hubby berposing depan ukiran hiasan batu jade..
Selepas itu kami dibawa ke kilang pembuatan krim yg diperbuat drpd daun2 dan herba Cina. Kami dijemput masuk ke satu bilik khas utk diberikan sedikit taklimat berkenaan krim herba tersebut.Demontrasi berkenaan kebaikan krim herba juga ditunjukkan dengan cara memanaskan sebatang besi dgn menggunakan dapur gas kemudian besi panas tersebut dipegang dan selepas itu tangannya disapukan dgn krim tersebut secepat mungkin. Lebih kurang ½ jam selepas itu tapak tangan orang yg memegang besi panas itu tidak melecur, nampaknya spt tiada apa yg berlaku..ada jgk dikalangan group aku tu yg mengatakan kesahihan dan kebenaran krim tersebut kerana dia juga telah menggunakannya sebelum itu..krim ini juga amat mujarab jika kita terkena besi panas,air panas dan sebagainya..apa lagi aku pun beli satu utk dibawa pulang..ramai gak yg beli..krim itu juga akan tahan selama lebih kurang 3 thn jika ianya disimpan dlm peti sejuk.(yg ni takde pic ye..lupe nk ambik..)

Selepas itu kami dibawa ke tempat memproses dan penjualan tembikar cina. Kami juga ditunjukkan bagaimana pasu2 tembikar itu dibuat. Amat rumit juga aku tengok..ianya taklah macam pasu tembikar yg dibuat kt M’sia ni spt labu sayung kt Perak tu yg dibuat drpd tanah liat manakala pasu tembikar Cina ni dibuat drpd tanah liat tetapi ukirannya dilekatkan dengan cebisan gangsa ..amat unik dan halus sekali pembuatannya..

Pekerja sedang tekun mengukir pasu tembikar cina dgn ukiran cebisan gangsa..
Pasu tembikar cina dgn berbagai corak yg menarik
Pasu2 yg tlh siap utk dijual, harganya mengikut saiz pasu..
Kenangan bersama salesgirl kat kedai pasu..
Bergambar bersama pasu2 yg berharga RM1 juta..(pasu yg besar kt belakang tu..)

Dah penat pusing2 kat pasu tembikar tu, kami dibawa ke sebuat restoran halal yg agak mewah jugak kepunyataan seorang Cina Muslim yg baru saja balik dari mengerjakan haji. Kat restoran ni baru tekak aku selera nak makan, hidangannya juga menyelerakan. Kat restoran ni juga ada disediakan surau utk pelancong Islam mengerjakan solat.
Sebuah restoran exclusive kepunyaan Cina Muslim
Macam-macam ada..ikn sweet sour, aym grg, dging grg, udg+sayur, kentang grg  dan ade lagi..


Sebelum balik tu sempat lak posing kt restoran tu..
Sebenarnya nk amik gmbr lukisan pada penghadang tu..cantik..lukisan Cina
Kemudian kami dibawa ke Great Wall iaitu “Tembok Besar Cina”.

Tembok Besar China..
Temboknya dibina oleh seramai 2 juta orang pekerja dan batu batanya digam dgn menggunakan telur putih.


Tembok Besar Cina masa musim luruh..pokok2 semua kering..kata guide tu panjang tembok ini ialagh 480 km.

Dihadapan batu asas Great Wall
Tempatnya agak tinggi dan suhu diatasnya pun agak dingin dan sejuk sekali iaitu 7.2 drjh celcius.


Dihadapan papan tanda menunjukkan suhu 7.2 drjh celcius..

kenangan di Great Wall, China ku abadikan dlm piring


Kenangan bersama pelancung mek saleh dr Swedan..Miss Susan
Kenangan bersama group TNB travel di Great Wall, China
Buku bergambar tentang pemandangan  diBeijing, China
Sijil kerana berjaya sampai ke Tembok Besar China pd 12/12/2010..yeay !!!..
Aku bersyukur sangat2 kerana akhirnya aku berjaya juga memijakkan kakiku di Tembok Besar China ni..Alhamdulillah..

Jam masa tu baru pukul 4.30 ptg, kalau kt M’sia ni kalau waktu ni baru masuk waktu asar ataupun budak2 baru nk kuar bermain dipadang tapi kat sini lain pulak kul 4.30 tu sama dgn 6.30 ptg di M’sia dh nk maghrib dah sbb waktu maghribnya lebih kurang jam 5.15 mlm kt M’sia jam 7.15 mlm.Pehtu kami dibawa ke sebuah hotel lain pula yg berhampiran dgn Ski Resort. Dah check-in dh dapat kunci kami semua masuk ke bilik masing2.

Check-in kat Ski Resort Hotel, Beijing
Hiasan dan perabut kt hotel nil eh tahan gak la tapi katilnya duk jauh2..huhu..

Dah lepas mandi and solat maghrib aku dan hubby take a rest jap ..kemudian kami bersiap untuk ketingkat bawah hotel tu utk makan malam pula. Kali ni aku langsung xde selera nk makan, suami aku pun cam tu jgk, biasa kalau aku x mkn dia makan la jgk yg ni diapun sama tak leh makan bila tengok menu yg dihidangkan tu sebiji macam masakan cina betul..semuanya stim, grg kangkung pun dipotong halus2 cam hancur je dan layu sgt, aym grg lak mcm x masak je..kt M’sia ni pun aku x suke Chinese Food apetah lg kt negeri China ni..member2 yg lain nmpknya semua dh mengadap makanan mungkin tekak meke boleh masyuk kut..tapi supaya taknak kecikkan hati yg lain tu dan guide tu, aku dan suamiku just minum air teh o panas je..pastu minta diri utk masuk ke bilik. Masuk je bilik akupun ape lagi, masak Maggie dan buat air kopi yg aku bawa dr rumah tu pastu makan lak biskut dan snack yg ade, at list teralas jugak perut aku malam tu..syukur..Dah kenyang makan tu, kami borak2 jap pastu tidur awal sikit sbb penat sgt panjat tangga kt Tembok Besar tadi lagipun esoknya kene bangun awal nak main ski pulak..ok..Good Night..ok.jumpe lg dalam Part 4 ye..InsyAllah..


Wassalam.. to be continue..                                                                                                                           

No comments: