SALAM SEJAHTERA

Tuesday, December 8, 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Sekadar menyampaikan.......
Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, Surah Al-Fatihah .

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas .

Surah ini, katanya, surah tauhid..

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, Surah Al-Kafirun

Kata pakcik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, Kekuatan Minda

Kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kekuatan fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break.......meditate...3 minutes & calm your mind...

Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Setelah baca , sebarkanlah ia kepada rakan2 yg lain yg mungkin mereka tidak mengetahuinya.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah..

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal..Wassalam..

SALASILAH RASULALLAH SAW

Kita skrg mungkin lebih kenal artis drp Rasulullah s.a.w, lbh menyambut hari valentine drp
menyanjung Rasulullah s.a.w. Pelik! Pelik!
Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Amat menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat
slam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW,
Lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
Dlm blog ku ini, ku uploadkan tentang salah silah Rasullah s.a.w untuk tatapan semua. Risalah ini aku terima drp email yg dihantar oleh seorang rakan satu team dgnku mase kursus teambuilding satu ketika dahulu. Terima kasih banyak atas kiriman email ni coz aku sendiripun x berape tahu sepenuhnye ttg salasilah Rasulullah s.a.w ini. Marilah kite same2 membaca dan mengingatinya…


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah
. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4.. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.

Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

NABI MUHAMMAD S.A.W – MANUSIA AGONG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin..




“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.”


Monday, December 7, 2009

CARA2 NAK COVER LINE

1.
Kalo tersadung kat batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.
Kalo terjatuh beskal:

cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3.
Kalo terjatuh tangga:

terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4.
Kalo terjatuh dalam longkang:

pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5.
Kalo jatuh ketika nak naik bas:

jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6.
Kalo terjatuh di dpn bus stop:

terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7.
Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Friday, December 4, 2009

VIDEO KLIP NUR KASIH


Download Dan Wacth Online Nur Kasih - The funniest bloopers are right here

SINOPSIS

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Tuesday, December 1, 2009

FAT LOSS TIPS



Untuk sesape yg nk diet tu..ni aku dapatkan tip2 yg berguna untuk anda ikuti..termasuklah diriku sendiri..akupun nk diet jugaklah.. same-samelah kite menjaga kesihatan kerana badan sihat otakpun cerdas dan ianya akan menjadikan rakyat dinegara ini cemerlang, gemilang dan terbilangg...BETUL X?..BETULL...

Wednesday, November 25, 2009

10 LALUAN MANUSIA DARI DUNIA KE AKHIRAT

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

MOO...NYAWAKU MILIKMU



(Moo..hari raya ni..tamatlah riwayat hidupku nampaknye..tp xpelah demi menegakkan agamaku, aku sanggup berkorban..aku redha..).Agaknye itulah yg diperkatekan oleh haiwan ini..
Aku memang xleh tengok orang sembelih lembu ni..bukannye ape..kesiann..sgt menyayat hati..aku x tahan melihat dia meronta2 kesakitan..lembupun makhluk Allah s.w.t. jugakkan..
Hari Raya Korban ni aku xdpt jgk balik ke kgku nampaknye..planning hari tu nk balik tp nk buat mcmane..banjir..walaupun banjir nmpknye dh surut tp..aku risau bile balik nanti xdpt balik semule kerumah, xpelah aku redha..kerna kite hanya merancang tp Tuhan yg menentukan segalanya..InsyaAllah..tahun depan jika diizinkan dan jika tiada aral aku & family akan balik..nampak gayenye raya ni aku balik nogori je lah..rumah ibu mertuaku..tp mungkin sekejap je..coz hari Sabtu & Ahad, suamiku kerja..kalau dpt balik klntn pun x puas sbb skjap sgt..xpolah..apo nk dikato..inipun dikira pengorbanan jugakkan..pengorbanan seorang isteri yg solehah..hu..hu..



Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin buat semua umat Islam diseluruh dunia.Ingatlah setiap pengorbanan yg dilakukan akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Ameenn..

Thursday, October 29, 2009

BERAKHIRNYA ENGLISH CLASS,EXAM & ORAL FOR SUPPORT STAFF

Ni aku nk cite ckit psl class BI(Bahasa Inggeris) kt tempat kerja aku ni..clas ni diadekan setiap rabu seminggu skali kdg2 tu 2 minggu sklali, kalau lecturer yg mengajar tu ade hal so class tu cancellah..tp aku mmg x pernah miss masuk class BI tu coz aku mmg nk tambah ilmuku dlm BI ni..al maklumlah..aku ni bukannye pandai sgt ckp bhse inggeris, ckp org puteh tu pandai la...nk dgr x..."ORANG PUTEHHHHH.." tp kalau org puteh tu kenal la..hi..hi..Sebenarnye class BI ni dh tamat mase bln pose lepas lg pas tu cikgu kate ade exm pulak lepas raya.Pada minggu ketiga lepas raye hari tu dah diadakan ujian bertulis utk class BI ni..ade 80 soalan semuenye..aku dpt jawab kesemua soalan tu tp betul salah aku x tau..tp aku rase byk soalan yg ku jwb dgn betul cume ade bberape soalan sje yg aku confuse cikit..tp xpe tuk soalan objective tu aku x risau sgt coz byk soalan yg cikgu ajar dulu yg kluar..aku x bacepun nota tu coz x smpat byk keje yg perlu aku bereskan kt pejabat dan bile balik rumah lglh x smpat dgn keje2 rumah..dgn anak2 lagi..tp aku dh setkan in my brain ape yg aku dh belajar hari tu..bertawakkal ajelah..Selepas ujian BI tu..2 minggu lpas tu..ade oral test pulakk..ni yg aku risau cikit coz ckp BI aku ni kurang cikit..broken speak tu oklah..


Nak tau x semlm aku ade oral test utk class BI tu..bermula jam 2-4 ptg..bile sampai je kt tempat oral tu..mmg aku neverse betul coz sblum ni mmg aku x prepare ape2pun lepas hbis je belajar kt class BI tu, aku simpan je nota aku tu kt dlm kabinet kt ofis.


Bile aku sampai je kt bilik oral test tu..aku jumpa 2-3 org staff yg dh selesai oral..merekapun citelh mcmane soaljawab dlm bilik oral tu..oral BI tu dia bagi mase 15 min sorang je..x lamepun..
Bile tibe giliranku..akupun masuk dan bagi salam kt lecturer tu dan mempersilakan aku duduk.Dia bertanye khabar ttg diriku dulu, HOW ARE YOU,akupun jawab .OOO..I'M FINE, THANK YOU..dan lecturer tu mempersilakan aku duduk dikerusi dihadapanya..diatas meja dihdpanku telah disediakan sehelai kertas yg mengandungi bbrape soalan didlmnye.Dia ajukan 2 soalan dan sruhku pilih 1 soalan sje utk dijawab.So akupun pilih 1 soalan sje iaitu ttg "Perbezaan antara kerja disyarikat swasta dan kerajaan, mane lebih bagus?".Ade soalan yg senang tu aku boleh jawab la tp yg susah tu..aku cme jawab..emm..what can I say je..sbnarnye aku boleh jawab soalan tu dlm bhse melayu tp in english ni aduyai..susahnye..maklumlah lidahpun dh keras..dh lame aku x ckp BI ni lgpun member2 kt sini rmai melayu..kalau mase sekolah dulu tu..biase la jgk ckp BI ni sbb aku berkawan dgn bdk India jgk,aku belajar sikit2 drp kawan aku tu..so masapun dh tamat utk menjawab soalan.lecturer tu bersembang2 dgnku kejap sblum aku kluar. Sepatah perkataanpun aku x cakap melayu just cakap BI je..biarpun bahase yg aku ckp tu agak bertabur sikit..lastly aku cakap dgn lecturer tu ape..I UNDERSTAND WHAT U ASK ME BUT I CAN'T TALK IN ENGLISH"..eh..eh. pandai pulak cakap BI..sikit2 tu boleh la..sebenarnye byk point2 yg aku nk bagi tp x reti nk ckp dgn bahase yg lebih standard cikit..otak aku ni pun mase tu blur terus..pas tu diapun bagi aku tgok result peksa BI aku yg lepas..lecturer tupun tanye aku dpt brape markah, akupun bgtau dia markah yg ku perolehi...pastu lecturer tupun dgn selambe..bgtau yg aku "LULUS" dlm ujian BI tu...yahoo..betape gembira skali aku rase pd hari tu..markah aku tu boleh tahan jugaklah kalau nk dibandingkan dgn staf yg lebih muda dri usia aku ni..kira ok la tu..aku gembira sbb aku x akan repeat again utk masuk kelas BI lg..coz kalau mane2 staff yg x lulus tu akan masuk kelas BI semule..Alhamdulillah...Selamat...OKlah setakat ni jelah cite aku pasal class,exam & oral BI tu..jumpa lagi...TAMAT..

Monday, October 26, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain Semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Friday, October 23, 2009

NUR KASIH TRAILERS




Aku ni mmg minat tgok cite Nur Kasih ni..sbb tulah blog aku ni pun aku letak nama Nur Kasih, kebetulan pulak tu name akupun lebih kurang same gak "Nor..".Cite nipun lame aku x tgok..yelah asyik cbuk ngan keje..je.tp kalau kalau rase nk tegok tu aku tgok je dlm youtube..he..he..

Tuesday, October 20, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

It's really good info ...worth it

Untuk renungan bersama…
Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manusia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkah kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan / forwardkan makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan bersama..


Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Semoga solat yg kita dirikan setiap lima waktu itu diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T..Ameenn..

10 BAKTI YG PERLU DILAKUKAN OLEH ANAK TERHADAP IBUBAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama dari berjihad di medan perang.
Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

luapan kasih Ummu Solehah Muhammad di 01:42

APE ITU FAMILY..

Apakah anda tahu apakah maksud FAMILY ataupun KELUARGA

Dalam bahasa Inggeris,
KELUARGA = FAMILY.
FAMILY = (F)ather (A)nd (M)other, (I), (L)ove, (Y)ou.

KETIKA

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita
.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Jadikanlah ketika-ketika ini sebagai panduan dan pengajaran dlm menempuh liku2 hidup ini suatu ketika nanti.

Tuesday, October 13, 2009

Diana Rafar & Zamarul Wedding of The Year..




Manis sungguh si Diana ni dan Zamarul juge x kurang handsomenye..macam pinang dibelah kapak..ehh..belah kapak pulakk..dibelah dua..mereka ni artis kegemaran ku..especilly si zamarul tu..suke betul lakonan dia..dahlah hensem machor pulak tu..tp suamiku dirumah tu lg hencem n machor la..hi..hi..i luv u darling..

Sebenarnye..aku baru dpt satu lagi ilmu iaitu upload image with slide show, sblum ni puas aku cuba tp x dpt..kebetulan pulk ade member send email wedding diana & zamarul ni apelagi aku cube..try..test..la..yippi..berjaye..nnti blehlh upload pic myself & family pulak..

Thursday, October 8, 2009

Me & My Hubby Happy Familys


Foto den with my hubby & anak2 bersamo pak mertuo(atuk) dan mak mertuo(Wan) serta ipar duai & ank2 buah den keek NS.Suamiku ade 5 org adik beradik dan dia adalah anak yg sulung dan kalau kt kg tu adik2nya panggil Along manakala ank sedare pule panggil "Pak Long" dan aku pulak dipanggil "Mak Long"lah walaupun aku ialah ank yg ke 6 dlm 8 org adik beradik.Alah..x kisahlah nk panggil ape2pun..jgn panggil yg bukan-bukan sudah le..
Sebenarnye, gambar ni diambil pada Hari Raya tahun lepas.Thema baju raya tahun lepas ialah coklat, me & my daughter ware a coklat baju kurung n my son pakai baju warna oren ala2 jingga gitu..sebab baju raya mereka tu aku x tempah cume beli yg dah siap je coz yg dah siap ni murah..malas nik tempah..taulah tempahan utk baju melayu mahal sgt..kalau dah ayhnye tempah dan 3 org ank lelakiku tempah mau beratus gak harga ye..aah..x payah..membazir je..Jgn membazir..membazir tukan amalan syaitan..

DESAKU NAN PERMAI





Inilah gambar rumah kg mertuaku yg terletak di Kuala Pilah, NS.Aku amat tertarikh dgn rekabentuknya yg berbentuk Rumah Minangkabau. Yelah rumah org Nogorilah katekan.Rumah ni asal turun temurun oleh datuk kepada suamiku sehingga skrg ni ianya menjadi hak milik ibu mertuaku dan mungkin juga akan diperturunkan kpd anak dan cucunya pulak.Ianya dibina tanpa menggunakan paku,guna pasak je.tp rumah yg asal je..krunk ni di bhg.dpan dan belakangnye dh di renewate cikit terpakse gak gune paku..hai..kalau x gune paku terbang pulakk..bumbungnye..lantainye pulak akan terjungkang jungkit..betul tak!!..betull..

SIAKAP FISH SWEET & SOUR




Ha..ni hidangan makan tengahari kat umah with my family hari tu..dh boring asyik makan ayamm..je so aku beli ikan siakap kat pasar hari tu dan masak sweet & sour citarase sendiri..emm..sehingga menjilat jari anak2ku makan..sodapp!!!

Wednesday, October 7, 2009

RUMAH ALLAH S.W.T






Subhanallah..begitu indahnye rumah Allah s.w.t.Aku memang berangan betul, suatu hari nanti aku akan dpt memijakkan kakiku ke tanah suci Mekah sebelum aku menutup mata..Semoge ape yg ku impikan akan tercapai..InsyaAllah..

Tuesday, October 6, 2009

RESEPI IBU MERTUA KU



Sobonar eeh..ini adolah kuih kegemaran suamiku pada bulan puasa, al maklumlah
kuih ni selalu dibuat oleh omak mertua den maso dio kocik2 dulu..tp dah bosa skrg ni jarang pulak dio buekk..sobab eeh mak mertuo den skrng ni nk tuo..dah x larat sgt..so kalau suamiku nk makan kuih ni konolah boli kek bazar ramadhan jo..oleh kerano suami eden tu suko sgt kuih tu..konolah den belajar buek ku tu..terpaksolah tanyo mak mertuo utk mintak resepi kuih tu.Namo kuih tu kalau org NS panggil Kuih Sopang.Mulo2 buek tu x brapo nak jadi tp dh brapo kali eden tory jadi..tp x samolah..so setiap kali bulan poso den mesti buek punyo keek rumah utk jago hati suami den nanti krang kuk kompunan pulak..monyosa dibuek eehh..

Sunday, October 4, 2009

CIAN...HAMSTER NI..PENAT DIA BERLARI..

This lively pet hamster will keep you company throughout the day. Watch him run on his wheel, drink water, and eat the food you feed him by clicking your mouse. Click the center of the wheel to make him get back on it.



Ape Kate Tuan Blog Ni..

Kalau sesape singgah diblog ni, sambil2 bace blog aku ni, jgn lupe bagi mkn hamster aku tu ye..kesiann..die..kalau x makan nanti mati kelaparan pulak..

Ape Kate Hamster Tu..

Urgh..penat betullah asyik berlari..je..xde ke org2 yg singgah kt blog tuan aku ni utk beriku mkn..hai..lari lagi lah..lari punye lari punye lari..hmm..dahaga pulak tekak aku ni..aku nk berhenti kejaplah nk minum air..emmp..baru lega..sedap pule..jumpa lagi..

Monday, September 28, 2009

Happy Birthday To You Mum..

Sebenarnya hari ni adalah hari jadi aku yg ke 4++ hai..maka meningkatlah setahun lagi umurku ini..aku juge bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah memanjangkan usiaku dan menyihatkan tubuh badanku selame ini..Ameenn..


Dgn usiaku yg sebegini ...akan ku cuba mencari dan menambahkan berbagai ilmu yg ade x kire samade ilmu dunia dan akhirat..Setakat nie, aku gembira bersama suami dan anak2 tercinta yg selalu mendoakan kebahagiaanku..Semoga kami dirahmati dan diberkati olehmu Ya Allah..Ameenn..

Wednesday, September 23, 2009

MEMORI HARI RAYA




Raya tahun ini tak balik beraya dikg ku di Kelantan cume beraya dikg suami di NS je..kalau nak ikutkan hati ni memang sedih jugak...tambah pulak bila dengar lagu raya favorite aku ni "DARI JAUH KUPOHON MAAF" meleleh air mata dibuatnye..lagi2 bile terkenangkan kg halaman dan arwah ayah & ibu yg telah tiada...Nasihatku kpd rakan2 yg masih mempunyai ibubapa tu hargailah mereka dan gembirakanlah hati mereka dengan pulang beraya ke kg untuk memohon ampun dan maaf dari keduanya jika ada salah dan silap, jika tidak kalian akan menyesal kemudian nanti dan bersyukurlah kepada rakan2 yg masih mempunyai ibu dan bapa.Berdoalah selalu agar mereka dipanjangkan usia dan sihat selalu..Amin..

Balik Kg

Aku & family balik kg pada petang Jumaat(18/9/2009), sebelum balik tu aku & family singgah shopping dulu kat Kiara Shopping Bahau,NS utk belikan selipar/sandal raya untuk anak2 coz hari tu cume shopping baju raya je..x sempat nk shopping lagi , shopping complex pun dah nak tutup sebab sampai kat sanepun dah kul 9++.Aku bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberikan aku rezeki dan dapat belikan baju raya utk anak2ku..macamane lah agaknye pada mereka yg tidak mampu..aku doakan juga agar mereka juga mendapat sumbangan drpd kerajaan dan insan2 yg pemurah utk membantu mereka agar mereka juga dapat menyambut hari raya ini dengan gembira seperti aku. Jika aku mampu atau mempunyai rezki lebih akan kubantu insan2 yg tidak berupaya tetapi aku juga dari golongan yg sederhana, sekadar cukup makan/pakai anak2 dan keluarga sahaja dan tak lebih dari itu.

Suasana Hari Raya

Suasana hari raya dirumah mak mertuaku agak kurang ceria sikit kerana 2 orang adik suamiku x dapat beraya bersame kerana tahun ini giliran mereka beraye dikg suami/isteri masing2 pulak. Sorang diTrengganu dan sorang lagi diBanting,S'gor.Mereka akan balik pada hari raya ketiga nanti. 2 org adiknya yg duk dekat kg juge beraye dirumah masing2, tinggallah aku dan familyku shj bersame kedua ibu dan bapa mertuaku saje..apo nk dikato..berayolah mano yg ado kek situ jo..


Hari Sabtu(19/9/2009), aku & suami tolong mak bakar lemang. Kami gotong royong buat persiapan utk raya spt buat nasi impit dan kuah kacang, rendang ayam, daging dan itik. Mak mertuaku masak rendang daging Minang, aku pulak masak rendang berempah(Rendang Tok) dan adik ipar pulak masak rendang itik sebab pak mertuaku tak makan daging coz dia ade darah tinggi manakala rendang ayam pulak takut gatal..hai..macam2..nak buek camano..ikut jo lah selero org tuo..nanti kompunan susah dibueknyo...okeylah setakat ini dulu..ade mase kite sambung lagi ye..tunggu...

UCAPAN RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat yang singgah diblog saya ini x kira dimana jua mereka berada. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf from all bloggers yg mengenali diri saya, jika ada salah dan silap saya ataupun terkasar bahasa selame ini kerana saya cume insan biasa yg x lepas dari membuat kesalahan kerana yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh keceriaan bersama keluarga dan sanak saudara tercinta dan saya juga mendoakan agar semuanya sihat walafiat dan dihindari dari segala kecelakaan. Amin..

Thursday, September 10, 2009

RESEPI ARWAH IBU

(Kuih Lompat Tikam)
Eee..ganas betul bunyinye kuih ni kan..lompat kemudian tikam pulak..kalau nak resepi kuih ni carilah sendiri dalam internet ye..sebab saye ni x pernah buat kuih ni..makan tu pernah le..sedap jugak..tapi cara nak buat kuih ni agak susah sikit, sebab tu la saya malas nk buat. Antara bahannya ialah tepung gandum, santan dan beras pulut..tapi kalau nak seribu daya..betul x?..


(Ketupat Palas Sebelum Direbus)

(Ketupat Daun Palas Setelah Direbus)
Inilah satu-satunye kuih yg amat saya gemari terutama yg dimasak oleh ibu..me..mang sedap, tiada tandingannya, pulutnya cukup padat dan cukup lemaknya.Setiap hari raya..aku memang teringin nak makan dicicah pulak dengan rendang ayam..umm..sedapnye..tapi apekan daya..ibu dah tiada..xde sape lagi yg boleh buat..nak suruh kakakpun x pandai, aku..lagilah x pandai...Mase ibu masih ade dulu, aku selalu melihat ibuku buka daun ketupat dan bungkus ketupat, akupun cuba buat gak..bolehlah..tapi isinya x berape padat dan cara bungkusnya pun x same dgn cara ibu..Kadang-kadang tu terfikir jugak nak cuba buat sendiri tapi entah bila agaknya..akupun x tahu..tu la..mase ibu ade x nak belajar, sekarang ibu dah tiada kan susah jadinye..Oh..Ibu...

(Kuih Biji Nangka - Kuah Putih)

(Kuih Biji Nangka - Kuah Perang)

KUIH BUTIR NANGKA/BIJI NANGKA

Ha..beginilah rupenye kuih biji nangka..kuih ni biasa dibuat mase bulan pose je tp
sekarang ni x kira bulan pose ke x rase nak makan je..saya buatlah..bukannya susah sangat, senang je..rasenye pulak emm..boleh tahan..kuih ni lebih kurang mcm desert la..dan ianya ade 2 jenis satu colouring(adunnan tepung dibahagi 3 iaitu merah, hijau, kuning) sementara kuahnya pulak warna putih(masukkan gula pasir shj)dan yang satu lagi tu adunan tepungnya dicampur dgn warna hijau shj dan kuannya pulak berwarna perang(masukkan gula enau/gula melaka) Kalau nak resepinya boleh...zoomme!!!..


Resepi Kuih Biji Nangka

Bahan2

Tepung Pulut
Tepung Gandum
Sedikit Air
Santan Kelapa
Gula Enau/Gula Kabung(Utk kuah perang)
Gula Pasir(Utk Kuah putih)
Sedikit Garam
Pewarna Hijau
Daun Pandan
Gula Pasir

Cara Membuatnya:

Uli tepung gandum & tpg pulut bersama sedikit air sehingga sebati sehingga menjadi doh. kemudian ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan ia menjadi bulat sebesar biji nangka.Masak air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan terus adunan yg telah dibulatkan tadi sebiji sebiji.masak sehingga adunan tadi terapung barulah boleh diangkat kemudian ditoskan dan masukkan terus ke dalam kuah santan manis yg telah dimasak didalam periuk yg lain.

Cara Membuat Kuahnya:

Masukkankan santan bersama gula enau, daun pandan dan dikacau.Jika kurang manis tambahkan sedikit gula pasir dan sedikit garam, kacau lagi sehingga santan masak.

Kuih Puteri Bersiram/Puteri Mandi
Resepi Kuih Puteri Bersiram/Puteri Mandi

Bahan2:

Tepung Pulut
Tepung Gandum
Kelapa Muda
Gula Merah/Gula Enau
Sedikit Garam
Daun pandan
Air

Cara Membuatnya:

Uli tepung pulut bersama air, masukkan sedikit air dun pandan dan sedikit pewarna hijau.Uli hingga sebati sehingga menjadi doh.Ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan menjadi bulat sebesar guli dan picit dgn menggunakan dua jari.setelah selesai masakkan air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan sedikit2madunan yg bulat tadi masak sehingga tepung tersebut terapung dipermukaan air barulah diangkat dan ditoskan kemudian masukkan terus kedalam inti kelapa tadi dan bolehlah dihidangkan.

Cara Membuat Inti:

Masukkan kelapa muda tadi kedalam periuk yg sederhana dan masuk masukkan gula enau/gula merah dan dicampur dgn air,sedikit garam dan daun pandan.Masak dengan api yg sederhana sehingga kelapa menjadi kering sedikit.

Cerita Tentang Kuih..

Ini adalah resepi kuih traditional Negeri Kelantan iaitu Kuih Puteri Mandi (org kelantan cakap).Kuih ini baru je ku buat dlm bulan pose ni... ianya juga tlh mengingatkan aku pada ibu yg telah lame pergi...pulang ke Rahmatullah lebih kurang 3 thn lepas.Kuih ini juge selalu dibuat oleh ibuku bila tibanya bulan Ramadhan dan banyak lagi kuih2 tradisi yg dibuat olehnya cthnya spt. kuih biji nangka, kuih lompat tikam dll.., nantilah kalau ade mase aku akan pamerkan lagi..Nak tahu ..semase aku menaip kisah kuih arwah ibuku ini, sebak juge dibuatnye, sambil dengar pule lagu2 raye..sedih & pilu rasenye...tanpaku sedari, air mataku mengalir dipipiku..Raye pun x lame lagi dah..lagilah sedih terkenangkan arwah ibu dan ayah. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas kedua2 roh ibubapaku, ampunkanlah segala dosa2 mereka dan masukkanlah mereka bersama orang2 yg beriman..Amin...

Tuesday, September 8, 2009

Kek Coklat Moist & Mufin Coklat

Kek Mufin Coklat


Kek mufin coklat ni saya buat untuk anak-anak je..wt buke pose hari tu..rasenye leh tahan gak..seronok tengok anak2 begitu selera sekali makan, lain kali nk suruh wat lagi..kek ni saya belum pernah jual lagi..coz sebelum ni saye x pernah buatpun..nantilah kalau ade mase saya buat promosi ye...may be coming soon..

Kek Coklat Moist

Tepi Kek

Atas Kek

Pada mulanya aku buat kek ni sekadar suke2 je..lagipun ank2 suke makan kek dan setiap harijadi anak2 mereka minta aku buat kek ni untuk mereka.Bukannye pandai sangatpun.. bolehlah sekadar untuk makan anak beranak..

Cerita Tentang Kek

Mulanye bisness buat kek..Suatu hari adelah jiranku(seorang guru) bagi kuih dan kuih tu dimasukkan dlm tuppperware..so akupun balas balik pemberian jiranku itu, memandangkan takde makanan lain mase tu so aku berilah sepotong kek yg ku buat ni padanye. Keesokan hari ni bile dia berjumpa dgnku diapun bertanye, "Kek ni buat sendiri ke beli, aku kate buat sendiri..", jiranku cakap yg kek aku ni sedapp..kenape x jual je..mase tu aku langsung tak terfikir utk buat jualan..selang seminggu selepas itu, cikgu tu datang kerumahku, katenya ade org nk tempah kek ni. Macam x percaye pulak dan aku juga memang x tahu bab2 jualan ni so cikgu tu mengajar aku sedikit sebanyak tentang jualan.Selepas itu ramai lagi cikgu2, jiran etrmasuklah doktor yg nk tempah kek aku ni. Semenjak dari itulah aku mulakan bisnes buat kek ni..mase tu aku tidak bekerja lagi cume menjadi surirumah sepenuh mase..mungkin ini rezeki yg Allah berikan kepadaku dan keluargaku dan mungkin juga berkat pemberianku yg ikhlas terhadap jiranku tadi...Syukur..Alhamdulillah..dan terima kasih juga pada jiranku itu..
Ni kek yang orang tempah mase cuti hari tu..dah ade orang nk tempah terpakselah buat..nanti kempunan pulakk..org tu.Hai..ingat kat raye nipun nk buat 2 biji kek (coklat kek & rainbow kek)utk dibawa ke rumah mak mertua..hai..xtaulah sempat ke tidak..whatever customer must be the first..alright..Rasenye boleh tahan..kalu nk cuba bolehlah order..ha..ha..ni kat nk raye nanti dah ade 3 org yg booking, xtaulah selepas ni ade lagi yg nk ..ape lagi terime je la..rezeki jgn ditolak..maut jgn dicari..dpt gak tambah ekonomi keluarga.Hari biasepun kalau ade org nk saya buat jgk..kek2 lainpun ade e.g rainbow kek, kek pandan, ke cklt chips & kek marble..tp nk ambil tempahan banyak2 mungkin x boleh kut, not enough time to do it coz aku ni bekerja makan gaji, masa aku banyak dihabiskan dipejabat..nantilah kalau aku dah x keje maybe boleh buat secara besar2an..InsyaAllah..

Sunday, September 6, 2009

FOTO UNIK









Lihatlah betapa uniknya ciptaan Allah S.W.T ini. Sesungguhnya Allah Maha Pencipta segalanya..Amin..

Sunday, August 23, 2009

SEBUAH PENGHIDUPAN..


Lalui lah penghidupan ini dengan penuh kerelaan dan keredhaan dan jadikanlah hari2 yg telah kite lalui itu sebagai pengajaran utk kite jadikan pedoman hidup dimase akan datang...

SETIAP KEJADIAN ITU ADE HIKMAHNYE..

Percayelah sahabatku sekelian bahawa setiap ape yg berlaku keatas diri kite itu ade hikmahnye kerane setiap kejadian itu akan memberi pengajaran kepada kite untuk kite bangkit semule bagi mengharungi sisa2 hidup ini kearah yg lebih sempurna..

JANGAN ADE PHD..

Hai..nak tahu ape itu PHD? Maksud PHD itu adelah "Perasaan Hasad Dengki". Setiap orang termasuklah saye juge jgn ade PHD terhadap org lain yg lebih dari kite, mungkin itu dah rezeki diakan..nak wat camne..mungkin esok luse rezki kite pulak..siape tau..tp kalau PHD yg mendatangkan kebaikan kpd kite..eg. sikap berlumbe2 ingin maju tu xpelah, bagus jgk sekurang2nye kite dpt meningkatkan prestasi diri kite kearah yg lebih baik..