SALAM SEJAHTERA

Thursday, October 29, 2009

BERAKHIRNYA ENGLISH CLASS,EXAM & ORAL FOR SUPPORT STAFF

Ni aku nk cite ckit psl class BI(Bahasa Inggeris) kt tempat kerja aku ni..clas ni diadekan setiap rabu seminggu skali kdg2 tu 2 minggu sklali, kalau lecturer yg mengajar tu ade hal so class tu cancellah..tp aku mmg x pernah miss masuk class BI tu coz aku mmg nk tambah ilmuku dlm BI ni..al maklumlah..aku ni bukannye pandai sgt ckp bhse inggeris, ckp org puteh tu pandai la...nk dgr x..."ORANG PUTEHHHHH.." tp kalau org puteh tu kenal la..hi..hi..Sebenarnye class BI ni dh tamat mase bln pose lepas lg pas tu cikgu kate ade exm pulak lepas raya.Pada minggu ketiga lepas raye hari tu dah diadakan ujian bertulis utk class BI ni..ade 80 soalan semuenye..aku dpt jawab kesemua soalan tu tp betul salah aku x tau..tp aku rase byk soalan yg ku jwb dgn betul cume ade bberape soalan sje yg aku confuse cikit..tp xpe tuk soalan objective tu aku x risau sgt coz byk soalan yg cikgu ajar dulu yg kluar..aku x bacepun nota tu coz x smpat byk keje yg perlu aku bereskan kt pejabat dan bile balik rumah lglh x smpat dgn keje2 rumah..dgn anak2 lagi..tp aku dh setkan in my brain ape yg aku dh belajar hari tu..bertawakkal ajelah..Selepas ujian BI tu..2 minggu lpas tu..ade oral test pulakk..ni yg aku risau cikit coz ckp BI aku ni kurang cikit..broken speak tu oklah..


Nak tau x semlm aku ade oral test utk class BI tu..bermula jam 2-4 ptg..bile sampai je kt tempat oral tu..mmg aku neverse betul coz sblum ni mmg aku x prepare ape2pun lepas hbis je belajar kt class BI tu, aku simpan je nota aku tu kt dlm kabinet kt ofis.


Bile aku sampai je kt bilik oral test tu..aku jumpa 2-3 org staff yg dh selesai oral..merekapun citelh mcmane soaljawab dlm bilik oral tu..oral BI tu dia bagi mase 15 min sorang je..x lamepun..
Bile tibe giliranku..akupun masuk dan bagi salam kt lecturer tu dan mempersilakan aku duduk.Dia bertanye khabar ttg diriku dulu, HOW ARE YOU,akupun jawab .OOO..I'M FINE, THANK YOU..dan lecturer tu mempersilakan aku duduk dikerusi dihadapanya..diatas meja dihdpanku telah disediakan sehelai kertas yg mengandungi bbrape soalan didlmnye.Dia ajukan 2 soalan dan sruhku pilih 1 soalan sje utk dijawab.So akupun pilih 1 soalan sje iaitu ttg "Perbezaan antara kerja disyarikat swasta dan kerajaan, mane lebih bagus?".Ade soalan yg senang tu aku boleh jawab la tp yg susah tu..aku cme jawab..emm..what can I say je..sbnarnye aku boleh jawab soalan tu dlm bhse melayu tp in english ni aduyai..susahnye..maklumlah lidahpun dh keras..dh lame aku x ckp BI ni lgpun member2 kt sini rmai melayu..kalau mase sekolah dulu tu..biase la jgk ckp BI ni sbb aku berkawan dgn bdk India jgk,aku belajar sikit2 drp kawan aku tu..so masapun dh tamat utk menjawab soalan.lecturer tu bersembang2 dgnku kejap sblum aku kluar. Sepatah perkataanpun aku x cakap melayu just cakap BI je..biarpun bahase yg aku ckp tu agak bertabur sikit..lastly aku cakap dgn lecturer tu ape..I UNDERSTAND WHAT U ASK ME BUT I CAN'T TALK IN ENGLISH"..eh..eh. pandai pulak cakap BI..sikit2 tu boleh la..sebenarnye byk point2 yg aku nk bagi tp x reti nk ckp dgn bahase yg lebih standard cikit..otak aku ni pun mase tu blur terus..pas tu diapun bagi aku tgok result peksa BI aku yg lepas..lecturer tupun tanye aku dpt brape markah, akupun bgtau dia markah yg ku perolehi...pastu lecturer tupun dgn selambe..bgtau yg aku "LULUS" dlm ujian BI tu...yahoo..betape gembira skali aku rase pd hari tu..markah aku tu boleh tahan jugaklah kalau nk dibandingkan dgn staf yg lebih muda dri usia aku ni..kira ok la tu..aku gembira sbb aku x akan repeat again utk masuk kelas BI lg..coz kalau mane2 staff yg x lulus tu akan masuk kelas BI semule..Alhamdulillah...Selamat...OKlah setakat ni jelah cite aku pasal class,exam & oral BI tu..jumpa lagi...TAMAT..

Monday, October 26, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain Semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Friday, October 23, 2009

NUR KASIH TRAILERS




Aku ni mmg minat tgok cite Nur Kasih ni..sbb tulah blog aku ni pun aku letak nama Nur Kasih, kebetulan pulak tu name akupun lebih kurang same gak "Nor..".Cite nipun lame aku x tgok..yelah asyik cbuk ngan keje..je.tp kalau kalau rase nk tegok tu aku tgok je dlm youtube..he..he..

Tuesday, October 20, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

It's really good info ...worth it

Untuk renungan bersama…
Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manusia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkah kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan / forwardkan makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan bersama..


Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Semoga solat yg kita dirikan setiap lima waktu itu diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T..Ameenn..

10 BAKTI YG PERLU DILAKUKAN OLEH ANAK TERHADAP IBUBAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama dari berjihad di medan perang.
Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

luapan kasih Ummu Solehah Muhammad di 01:42

APE ITU FAMILY..

Apakah anda tahu apakah maksud FAMILY ataupun KELUARGA

Dalam bahasa Inggeris,
KELUARGA = FAMILY.
FAMILY = (F)ather (A)nd (M)other, (I), (L)ove, (Y)ou.

KETIKA

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita
.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Jadikanlah ketika-ketika ini sebagai panduan dan pengajaran dlm menempuh liku2 hidup ini suatu ketika nanti.

Tuesday, October 13, 2009

Diana Rafar & Zamarul Wedding of The Year..




Manis sungguh si Diana ni dan Zamarul juge x kurang handsomenye..macam pinang dibelah kapak..ehh..belah kapak pulakk..dibelah dua..mereka ni artis kegemaran ku..especilly si zamarul tu..suke betul lakonan dia..dahlah hensem machor pulak tu..tp suamiku dirumah tu lg hencem n machor la..hi..hi..i luv u darling..

Sebenarnye..aku baru dpt satu lagi ilmu iaitu upload image with slide show, sblum ni puas aku cuba tp x dpt..kebetulan pulk ade member send email wedding diana & zamarul ni apelagi aku cube..try..test..la..yippi..berjaye..nnti blehlh upload pic myself & family pulak..

Thursday, October 8, 2009

Me & My Hubby Happy Familys


Foto den with my hubby & anak2 bersamo pak mertuo(atuk) dan mak mertuo(Wan) serta ipar duai & ank2 buah den keek NS.Suamiku ade 5 org adik beradik dan dia adalah anak yg sulung dan kalau kt kg tu adik2nya panggil Along manakala ank sedare pule panggil "Pak Long" dan aku pulak dipanggil "Mak Long"lah walaupun aku ialah ank yg ke 6 dlm 8 org adik beradik.Alah..x kisahlah nk panggil ape2pun..jgn panggil yg bukan-bukan sudah le..
Sebenarnye, gambar ni diambil pada Hari Raya tahun lepas.Thema baju raya tahun lepas ialah coklat, me & my daughter ware a coklat baju kurung n my son pakai baju warna oren ala2 jingga gitu..sebab baju raya mereka tu aku x tempah cume beli yg dah siap je coz yg dah siap ni murah..malas nik tempah..taulah tempahan utk baju melayu mahal sgt..kalau dah ayhnye tempah dan 3 org ank lelakiku tempah mau beratus gak harga ye..aah..x payah..membazir je..Jgn membazir..membazir tukan amalan syaitan..

DESAKU NAN PERMAI





Inilah gambar rumah kg mertuaku yg terletak di Kuala Pilah, NS.Aku amat tertarikh dgn rekabentuknya yg berbentuk Rumah Minangkabau. Yelah rumah org Nogorilah katekan.Rumah ni asal turun temurun oleh datuk kepada suamiku sehingga skrg ni ianya menjadi hak milik ibu mertuaku dan mungkin juga akan diperturunkan kpd anak dan cucunya pulak.Ianya dibina tanpa menggunakan paku,guna pasak je.tp rumah yg asal je..krunk ni di bhg.dpan dan belakangnye dh di renewate cikit terpakse gak gune paku..hai..kalau x gune paku terbang pulakk..bumbungnye..lantainye pulak akan terjungkang jungkit..betul tak!!..betull..

SIAKAP FISH SWEET & SOUR




Ha..ni hidangan makan tengahari kat umah with my family hari tu..dh boring asyik makan ayamm..je so aku beli ikan siakap kat pasar hari tu dan masak sweet & sour citarase sendiri..emm..sehingga menjilat jari anak2ku makan..sodapp!!!

Wednesday, October 7, 2009

RUMAH ALLAH S.W.T






Subhanallah..begitu indahnye rumah Allah s.w.t.Aku memang berangan betul, suatu hari nanti aku akan dpt memijakkan kakiku ke tanah suci Mekah sebelum aku menutup mata..Semoge ape yg ku impikan akan tercapai..InsyaAllah..

Tuesday, October 6, 2009

RESEPI IBU MERTUA KU



Sobonar eeh..ini adolah kuih kegemaran suamiku pada bulan puasa, al maklumlah
kuih ni selalu dibuat oleh omak mertua den maso dio kocik2 dulu..tp dah bosa skrg ni jarang pulak dio buekk..sobab eeh mak mertuo den skrng ni nk tuo..dah x larat sgt..so kalau suamiku nk makan kuih ni konolah boli kek bazar ramadhan jo..oleh kerano suami eden tu suko sgt kuih tu..konolah den belajar buek ku tu..terpaksolah tanyo mak mertuo utk mintak resepi kuih tu.Namo kuih tu kalau org NS panggil Kuih Sopang.Mulo2 buek tu x brapo nak jadi tp dh brapo kali eden tory jadi..tp x samolah..so setiap kali bulan poso den mesti buek punyo keek rumah utk jago hati suami den nanti krang kuk kompunan pulak..monyosa dibuek eehh..

Sunday, October 4, 2009

CIAN...HAMSTER NI..PENAT DIA BERLARI..

This lively pet hamster will keep you company throughout the day. Watch him run on his wheel, drink water, and eat the food you feed him by clicking your mouse. Click the center of the wheel to make him get back on it.



Ape Kate Tuan Blog Ni..

Kalau sesape singgah diblog ni, sambil2 bace blog aku ni, jgn lupe bagi mkn hamster aku tu ye..kesiann..die..kalau x makan nanti mati kelaparan pulak..

Ape Kate Hamster Tu..

Urgh..penat betullah asyik berlari..je..xde ke org2 yg singgah kt blog tuan aku ni utk beriku mkn..hai..lari lagi lah..lari punye lari punye lari..hmm..dahaga pulak tekak aku ni..aku nk berhenti kejaplah nk minum air..emmp..baru lega..sedap pule..jumpa lagi..