Salam bahagia semua especially buat pengunjung2 yg sudi singgah ke blogku yg tak seberapa ini..
Nak tau tak..semalam..dek kerana aku boring sgt coz xde keje nak buat, akupun bukak blog aku dan cuba mengondem konon2 nk tukar template blogku yg lame kpd yg baru… haa cantik tak wajah baru blog aku ni..biru..lembut..mmg aku minat dengan warna biru, sesuai dgn jiwa aku..sebenarnya aku dh bosan dgn template yg lame tu..jeles pulak bila tengok blog orang tu cantek2 templatenya..sebenarnya aku dh lame nk tukar template baru blog ni tp aku ni jenis takut nk mencuba sbb aku taklah expert sangat tentang buat blog ni just taip text dan upload pic tu kira o.k laa..bukan ape aku takut karang edit-edit langsung hilang semua..haa ..baru padan ngan muke aku..hehe..nk kate aku ni terror sgtpun tak jugak..biasa2 je..orang nogri 9 kate boleylah daripada takdo..padanlah dgn umur seusia aku ni 40++ pun pandai gak berblogging..biasenya blog ni tuk anak2 muda je kann..tp aku ni, walaupun umur dh separuh abad tp aku jenis suka belajar sesuatu yg baru@jenis org yg suke menimba ilmu.. tak kiralah ape2 ilmu sekalipun samada ilmu memasak, ilmu mengemas nk yg up to date sikit, begitu juga dgn penampilanku, minat gak dgn gaya dan fesyen2 terbaru dan terkini apetah lagi ingin mencube sesuatu yg baru dlm bidang IT ni e.g. belajar edit mengedit gambar dlm photoshop, magic photo, photoshine, FB dan juga dlm berblogging ni..kalau orang boleh buat kenapa aku tak boleh..orang kate buat lah sekadar yg termampu..
Masa zaman aku muda-muda dulu manalah ada benda2 macam ni..aku cuma pandai menaip dengan menggunakan mesin taip je sebab aku masuk kelas menaip sehinggalah aku berjaya dapat sijil menaip/trengkas kelas permulaan dan menengah, itulah sijil yg aku gunakan semasa pertama kali aku menghadiri temuduga sebagai Jurutaip@Kerani dan dengan hanya berbekalkan sijil SPM yg ku ada, masa tu mana ada komputer mcm sekarang ni..waktu tu usiaku baru masuk 21 thn..aku mula mengenali komputer semasa usiaku 25 tahun, barulah ada komputer ni, waktu tu komputer menggunakan system” Professional Write” kalau sekarang ni “Words” dan “Lotus” sekarang ni “Excel”. Lepas tu baru aku dihantar kursus komputer permulaan masa tu belajar “System Microsoft Window” dan seterusnya Excel, Power Point. Kalau dulu aku hanya pandai membuat presentation dgn menggunakan Power Point shj tetapi aku dah belajar wat present dgn menggunakan sistem “Movie Maker”..hehe..seronok sangat dapat belajar ilmu2 yg berguna mcm ni..sebenarnya tak kisahlah kita ni tua ke muda ke..janji kita nak mencuba dan belajar sesuatu yg baru jangan sampai orang kata aku ni ketinggalan zaman di dunia yg semakin maju dan serba canggih ni, so kita mestilah memandang ke hadapan bak kata orang putih, “we must move forward”..betul ke aku eja ni..aku ni tak pandai sgt cakap orang putih ni, sikit2 tu boleh la..hehe…isshhh..panjang pulak celoteh aku ni, macam mak nenek pulak..nanti bosan pulak orang nak baca..tp aku tak suruh korang bace kann, kalau korang nk bace..bace lah..kalau tak nak bace aku dan tak marahpunn..suka2hati korang lah ye..”AIMAN TAK KESAH..”..HEHE..
Ikhlas dari orang lame yg tak seberape nk pandai ..SEKIAN..WASSALAM..
No comments:
Post a Comment