SALAM SEJAHTERA

Wednesday, June 8, 2011

30 WASIAT IMAM SYAFIE


(Image pd kulit buku Wasiat Imam Syafie)

Assalamualaikum dan Ahlanwasahlan buat sahabat2ku dan saudaraku yang beragama Islam semua..

Sebenarnya buku ni memang dah lama aku baca dan ku bawak kehulu kehilir kemana saja aku duduk. Buku ni gak dah macam sahabatku dikalaku kesunyian tanpa teman untukku berbicara. Dah berminggu2 aku baca tapi tak habis-habis lagi..ape taknya, baca sekejap2 je..aku baca mase free, bila ade kerja aku tutup dan bila free aku sambung semula..kadang2 dah 2-3 kali topic yang sama dibaca. Buku ni juga banyak memberi pengajaran pada kita semua dan ianya banyak mengandungi kata-kata hikmat dan nasihat dari Imam Al-Syafie untuk dijadikan teladan dan persiapan sebelum kita diabadikan dialam barzakh kelak. Harganya tidaklah mahal sangat cuma RM19.00 sahaja, tak rugi kala kita beli tapi rugi kalau tak membacanya..

Kat dalam blog ni aku sematkan beberapa kata-kata hikmat dan wasiat yang terkandung didalamnya untuk dikongsikan bersama..aku nipun bukannya pandai sangat bab-bab agama ni masih banyak lagi ilmu yang perlu ditimba dan dipelajari..sama-samalah kita baca dan amalkan ye..InsyaAllah…kita akan selamat dunia dan akhirat..Amin..


Wasiat dan Kata-Kata Hikmat dari Imam Syafie serta Ulasannya

1. “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akanmenjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan akhirat, disamping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”


Ulasan: Ilmu yg sebenar-benarnya adalah ilmu akhirat spt tauhid ataupun ilmu dunia spt sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekusaan Allah yang tidak terbatas.

2. “Pilihlah makanan yg halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”


Ulasan: Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi, nabi berkata, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yg haram, maka api nerakalah yg layak baginya.”

3. “Perbanyakkan menyebut Allah drpd menyebut makhluk” dan “Perbanyakkan menyebut akhirat drpd menyebut urusan dunia..”

Ulasan: Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan 5 kesempatan sebelum tiba 5 bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

4. “Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang demikian setinggi-tinggi erti syukur.”

Ulasan: Musibat dan nikmat adalah cubaan drpd Allah s.w.t supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yg berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

5. “Apabila salah seorang diantara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.”

Ulasan: “Barangsiapa menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.”

6. Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Ulasan: Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yg tersisa kecuali barah dan debu.

7. “Kasihanilah anak Yatim kerana Rasulullah SAW juga etrgolong sebagai anak Yatim dan baginda akan bersama-sama denagn orang yang menyayangi dan mengasihi anak Yatim di akhirat.”

Ulasan: Membiarkan anak Yatim bererti kita mengkianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak Yatim piatu. Bimbinglah mereka kejalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

8. “Berbuat baik dan tunjukkan baktimua kepada ibubapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.”


Ulasan: Derhaka kepada ibubapa termasuk dalam 4 dosa-dosa besar. Keadeaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan oleh Bukhari, “Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa dan menjadi saksi palsu.”


9. “Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.”

Ulasan: Semua amalan itu bukan untuk Allah, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. Allah tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.


10. “Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar, Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.”

Ulasan: Nabi Muhammad pernah berkata dalam hadis yang dinyatakan oelh Tirmizi, “Bertakwalah kamu dimana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”


11. “Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman,perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin didalam mengerjakan ibadah.”

Ulasan: Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada seranan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.


12. “Ingat dan zikir kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.”

Ulasan: Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hokum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan disana ada ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.


13. “Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.”


Ulasan: Khusyuk berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada Alllah serta sentiasa ingat Allah melihat gerak-geri hambanya.


14. “Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soala siasat. Oleh itu siapkan jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada Al-Haq yang tidak berbelah bagi.”

Ulasan: Didalam kubur. Liang yang sangat sempit, tidak ada perbezannn diantara pelayan dan majikan, kaya dan miskin semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.


15. Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. Sekurang-kurangnya kita mengucapkan Au zubillahimin al-syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.”


Ulasan: Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengam membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya. Manusia yang mengerjakan ibadat kepada Allah adalah orang yang paling dimusuhi.


16. “Sebesar-besar keaiban(keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.”


Ulasan: Nabi Muhammad memberitahu sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela itu ada did alam diri engkau sendiri.”


17. Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oelh iringan-iringan pasukan kebatilan.”


Ulasan: Anggota lahir hanya rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebalik apabila hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan.


18. Ketahuilah bahawa Istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncanag empayar iblis di istana kerajaannya.”


Ulasan: Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu daripada terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalu menyebut nama-nama Allah dan terus memohon keampunan Allah.


19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan diakhirat adalah member maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya disisi manusia.”

Ulasan: Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya kepada Allah.


20. “Tafakurlah sebelum tidur utnuk menghisab diri sendiri diatas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Khatab menyiasat dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”

Ulasan: Imbas kembali setiap gerak langkah sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dan hari ini. Jika amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan takwa di dalam diri. Tidak kira samada amalan itu berkaitan dengan urusan hablulumminallah iaitu hubungan dengan Allah dan hablumminannas iaitu urusan dengan manusia.


21. “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan diakhirat, disamping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”


Ulasan: Insan terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Mereka yang mengenal Allah

2. Mereka yang mencari kebenaran

3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan mencari kebenaran


22. “Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia menagamalkan sepuluh hak berikut:


1. Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada…”

Ulasan: Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia kearah kebaikan, mecegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaan dan membenci maksiat.”


23. “Engkau seorang manusia yang dijadikan dari tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) oleh tanah.”


Ulasan: “Mengapa iblis yang diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?”


24. “ Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh keutamaan…”


Ulasan: Orang yang menghubungkan ukhwah amat disukai Allah serta penduduk-penduduk langit. Para malaikat juga gembira.


25. “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah…”

Ulasan: Didepan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan yang mana mahu diikuti. Tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

26. “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan Allah spt dlm pernyataannya dalam surah ar-Rum ayat 47 yg bermaksud, “Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman”.

Ulasan: Allah juga menyatakan dalam surat Ali Imran ayat 160 yang bermaksud, “Jika Allah menolong kamu, maka tiadalah yg dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah,”.

27. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yg beriman”.

Ulasan: Sesungguhnya wali2 Allah itu adalah mereka yg tiada kekhuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yg beriman dan bertaqwa kepada Allah,”.


28. “Allah s.w.t menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yg bermaksud “ Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”

Ulasan: Lima perkara bagi mendapat Hidayah Allah


1. Perbanyakkan menyebut Allah


2. Perbanyakkan menyebut akhirat.


3. Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian


4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan kebaikan diri dan keluarga


5. Jangan sebut-sebut keaiban orang.

29. “Allah SWT menjanjikan kepada yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, “Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan auat-ayat kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”

Ulasan: Quran menyebut, segala musibat yg menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang, termasuk orang yang tidak bersalah.



30. “Allah SWT berjanji kepada orang yang beriman bahawa mereka akan memperolehi rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yg bermaksud, ‘jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”


Ulasan: Quran menyebut, segala musibat yang menimpa adalah akibat daripada tingkah laku manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah(zalim) tetapi meliputi semua orang, termasuk orange yang tidak bersalah.


Semoga ianya menjadi panduan dan teladan untuk amalan kita bersama, renung-renungkan dan selamat beramal…

Wassalam..

No comments: