sahabat
apa ertinya aku pada dirimu
andai hatiku seringkali kau lukai
adakah aku tidak layak bergelar sahabatmu
hingga mudah kau perkotakkatikkan perasaanku
sahabat
aku cuba untuk mendekatimu dengan keikhlasan hatiku
namun aku tak mengerti
mengapa tiap kali ku cuba memahami
hatiku yang sering terguris
adakah kau tidak mengingini persahabatan ini lagi
hingga kau mencerca hatiku dengan kata-kata luka
aku hanya mampu tersenyum
tidak melawan atau mencerca semula
aku tidak sanggup membencimu
kerana prsahabatanku ini ku anggap suci
apakah ini harga sekeping hati
membahagiakan tapi dilukai
dilukai kemudian ditinggalkan sendiri
terima kasih sahabat
kehadiranmu mengajarku erti sebuah kesetiaan
rupanya dalam bersahabatan
tak semestinya penuh keikhlasan
Wassalam
3 comments:
dalam persahabatn mmg gini nur.kita xblh memberi 100% kasih kpd sabahat kita. sy kan dh alami sume ni(ada dlm post sy). pedih, sedih...hga ke hari ni. sy cuba wat ded pd situasi sy ni namun ati sy masih lg terluka dgn sikap sahabat sy 2....
1stly, tq za krn sudi komen n3 sye, mmg benar ape yg liza katakn dan simpati, sye juga alami mslh yg same dgn yg za alami tu tp mungkin dlm situasi yg berlainan. Sbnrnya sye ikhlas dan jujur dlm pershbtn dan x pndai nk menipu ttp xtau kenape sbht sye bersikap x jujur, dengki dan kianat pd sye..tp wlau ape yg mereka buat sye x prnh brdendam, sye serahkn segalanya pd Yang Maha Esa, biar org tu sedar sendiri kesalahannya..ttp lain kali saya perlu berhati2 dgn kwn yg mcm tu..
Salah satu pesanan Lukman Al-Hakim kpd anaknya ttg sahabat sejati..
Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya
Post a Comment