SALAM SEJAHTERA

Wednesday, March 30, 2011

Tip-tip Jimat Tenaga Elektrik Di Rumah dan Pejabat

Salam Sejahtera semua..wahh..mentang2 la suami aku keje ngan TNB siap nak bagi tip untuk jimat tenaga pulakk..hehe..Ala..bukannya ape..sje je aku nk berkongsi ilmu untuk panduan bersama rakan2 kt blog ni dan sesape yg sudi singgah kt blog aku ni..aku ni kan baik hati, tak kedekut ilmu dan suke menolong orang..wekk..sampai sanggup cari atikel pasal jimat tenaga ni..xde la..kalau kita tahu serba sedikit cara nak jimat tenaga letrik kat rumah atau kat pejabat, sekurang2nya dapatlah kita jimat belanja sekali..tak gitu ke cik kak n cik abang oii..haa..kalau nk tahu caranya baca tip2 kat bawah ni ye..



1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.


2. kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.


3. Tutup lampu pada waktu siang.


4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.


5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.


6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.


7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.


8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.


9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.


10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.


11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.


12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.


13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.


14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.


15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.


16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.


17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.


18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).


19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.


20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.


21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.


22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.


23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.


24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.


25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.


26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.


27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.


28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.


29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.


30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.


31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.


32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.


33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.


34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.


35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.


36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.


37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.


38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).


39.Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.



40. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)


Source by : FOMCA

Selamat mencuba...

Sunday, March 27, 2011

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA


Ahlan wasahlan..Ilmu untuk dikongsi bersama..panduan untuk semua khasnya kepada ibubapa untuk mendidik anak2 menjadi insan yg berguna dunia dan akhirat..InsyaAllah..

Buku wasiat Lukman Al-Hakim

*  Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan  menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.


* Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.


* Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

* Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


* Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


*Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.


* Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.


* Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

* Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.


* Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.


* Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.


* Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.


* Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.


* Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.


* Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


*Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.


* Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


* Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.



Wassalam..

Thursday, March 24, 2011

DUHAI SAHABAT..



sahabat

apa ertinya aku pada dirimu

andai hatiku seringkali kau lukai

adakah aku tidak layak bergelar sahabatmu

hingga mudah kau perkotakkatikkan perasaanku


sahabat

aku cuba untuk mendekatimu dengan keikhlasan hatiku

namun aku tak mengerti

mengapa tiap kali ku cuba memahami

hatiku yang sering terguris

adakah kau tidak mengingini persahabatan ini lagi

hingga kau mencerca hatiku dengan kata-kata luka

aku hanya mampu tersenyum

tidak melawan atau mencerca semula

aku tidak sanggup membencimu

kerana prsahabatanku ini ku anggap suci

apakah ini harga sekeping hati

membahagiakan tapi dilukai

dilukai kemudian ditinggalkan sendiri

terima kasih sahabat

kehadiranmu mengajarku erti sebuah kesetiaan

rupanya dalam bersahabatan

tak semestinya penuh keikhlasan



Wassalam

MARI MENGAJI KAWAN2


Assalamualaikum semua..walau sesibuk manapun kita, kalau boleh luangkanlah sedikit masa untuk kita membaca ayat2 suci Al-Quran dan didiklah anak2 kita mengaji sejak dari kecil lagi agar mereka boleh sedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Quran itu pada kita setelah kita setelah kita menutup mata sekurang2nya bacaan Al Fatihah dan Surah Yassin..kerana tiada apa yang boleh kita bawa bersama kecuali amal ibadah yg telah kita kerjakan semasa didunia, sedekah dan amal jariah yg telah kita buat dan anak2 yg soleh..Amin..


Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi...(Allah bersamaku...Allah melihatku...Allah menyaksikan aku...)

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)


Sama2lah kita beramal..

Tuesday, March 22, 2011

PROGRAM INTEGRITI – SIRI 2

Assalamualaikum...Ceramah motivasi ni sebenarnya dah berlangsung pada awal Februari hari tu..tapi aku takde mase nak menaip utk nk dimasukkkan kat dlm blog aku ni sebab banyak kerja nak dibereskan. Biasalah program integrity ni akan diadakan pada setiap bulan kat ofis aku ni. Tajuk ceramah motivasi kali ni ialah Sayangi Organisasi Satu Ibadah, so sambil dengar ceramah tu aku catit gak la sedikit sebanyak ilmu yg aku dapat hari tu utk dikongsi bersama rakan2 yg lain. Ceramah ni sekejap je..1 jam je tak boleh lama2 nanti asyik duk berceramah tak jadi kerja pulak..hehe..Apa yg tercatat dlm ni cuma ape yg aku sempat dengar je la..ade separuhnya tak sempat nk tulis..klau tersilap kat mane2 mintak maap la ye..hamba cume insane biasa..

(pic ni bkn ustaz tu yg bagi, aku cari kt google..mungkin ianya bersesuaian dgn tajuk)

Sayangi Organisasi Satu Ibadah


Negara kita terdiri daripada berbilang bangsaiiaitu Melayu, Cina, India, Kristian dan Etheis (yg tiada agama). Kalimah keramat yg dilafazkan ialah “La ilahaillallah muhammadarrasulullah..”.


1. Allah s.w.t sayang hambanya
- Secara manualnya Kitab Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil – semuanya diturunkan oleh Allah s.w.t tetapi yg tinggal hanya kitab Al Quran sahaja.


- Konsep Tazkiran – ingat mengingati sesama manusia spt. nasihat, motivasi dll.

2. Rasullullah s.a.w sayang kepada umatnya.
- Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh teladan yang baik kepada umatnya.

3. Islam Sayang Ahlinya
- Islam juga nyawa kita, maksudnya kita tidak boleh membunuh sesame manusia.
- Hukum Hudud – adalah hukum jenayah dalam Islam

4. Pemimpin sayang rakyatnya

5. Suami Sayang Isterinya

1. OBJEKTIF KEHIDUPAN DUNIA BERHUBUNGKAIT DENGAN OBJEKTIF KEHIUPAN DIAKHIRAT

- Kita perlu seimbang tuntutan dunia dan juga tuntuan akhirat.

2. BAWA BERSAMA AGAMA DALAM PEKERJAAN

- Bekerja bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan tetapi untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t. spt membaca ayat suci al quran masa rehat, sembahyang solat dhuha dan sebagainya.

- Seperti hadis Nabi yg berbunyi:
“ Barang siapa yg pada waktu petangnya merasakan keletihan sebab kerja tangannya, maka diwaktu petang itulah ia terampun dosanya”.

- Al-Quran mengandungi sebanyak 6236 ayat semuanya.

- Jika seorang anak dapat membaca dan mengingati ayat2 suci Al-Quran itu, ia dapat memberikan syafaat kepada ahli keluarga dan juga kedua ibu bapanya.


3. PENGGUNAAN MASA DIPERINGKAT OPTIMA
- Masa adalah barangan atau modal yang mesti dimanafaatkan secara sebaik-baiknya dan tidak sesekali diabaikan atau disia-siakan.

- Kata-kata Hassan Al-Banna “Sesungguhnya Manusia tidak terikat dengan imannya”.

- Kitab Al- Maksurat penting diamalkan kerana ianya adalah penting untuk hidup seharian, biasanya ianya dibaca selepas waktu asar/waktu petang.

-Ayat Al-Quran yg menerangkan tentang kepentingan masa ialah Surah “ Wal Asri..Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian....” 1) Demi Masa!2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



4. MENGHAYATI SIFAT2 MAHMUDAH

- Kepimpinan melalui teladan

- Rasulullah s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yg terpuji.

- Manusia sangat memerlukan akhak yg mulia.



Renung-renungkan..sama-samalah kita beramal..wassalam..

Sunday, March 20, 2011

PETUA BONDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai ibu2 semua..ni ada satu lagi petua untuk wanita, khasnya yg bergelar ibu, yg belum bergelar ibu tu boleh jugak standby bila dah jadi ibu nanti..Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

Tuesday, March 15, 2011

PETUA UNTUK WANITA

Petua untuk dikongsi bersama kaum hawa..

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah..


Kemudian:-


1. Lakukan sedikit senaman ringan.


2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilikair.


3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.


4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
sehingga ke atas kepala


5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar.


6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.


7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.


8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.


9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.


10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.


11. Selepas itu lakukan solat Zohor.


12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.


13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.


14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.


15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.


Sakit kepala


Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.


Mulut harum


Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit


kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.


Membersihkan perut


Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak


Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.


Hilangkan bau badan


Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit


Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.


Jerawat


Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.



Selamat mencuba.....

Wednesday, March 9, 2011

POKOK SENA PULA MENANGIS…

Baru saje kita digemparkan dengan cerita Pokok Petai Menangis kini ada pula berita mengenai Poko Sena Menangis pulak..berita pelik tapi benar..betul atau salah..wallahualambissawab..

Pokok sena 'menangis', kelihatan balutan kain kuning n merah

Sungai Petani:Hampir seminggu selepas penduduk kampung Lembah Raja Kepala Batas,Pulau Pinang mendakwa sebatang Pokok Petai disitu menangis mengeluarkan air seperti hujan baru baru ini, sekumpulan penduduk di Taman Ria Jaya pula mendakwa sebatang Pokok Sena turut mengeluarkan air sejak beberapa hari lalu.Walaupun Jabatan Pertanian Pulau Pinang mendakwa bahawa air itu berkemungkinan berpunca daripada air kencing sejenis serangga iaitu Riang Riang....,namun penduduk disini tetap meninjau pokok yang didakwa mengeluarkan air tersebut.


Menurut seorang penduduk, Shashdeep singh,36, air yang keluar daripada pokok sena yang setinggi kira kira 20 meter yang terletak berhampiran Perumahan Rakyat Paya Nahu itu umpama hujan renyai renyai terutama jika angin bertiup agak kuat.Di fahamkan bahawa pokok itu telah ditanam oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani,Kedah [MPSPK] sebagai pokok hiasan.Katanya lagi,kejadian disedari beberapa lalu apabila beberapa orang penduduk yang melalui kawasan itu mendakwa melihat pokok itu mengeluarkan air seperti hujan renyai renyai walaupun ketika itu tiada hujan.Katanya,dia yang tertarik dengan dakwaan tersebut telah pergi ke pokok berkenaan dan turut melihat dan merasai titisan air yang mengenai muka dan tangannya biarpun ketika itu tiada hujan.


"Air keluar lebih kerap dan banyak ketika angin bertiup agak kuat tetapi tidak sebanyak Pokok Petai di Pinang Tunggal itu.Saya juga tidak tahu pnca air itu" katanya.Seorang lagi penduduk,Harun Ahmad 35,berkata,dia mendapati air berkenaan berwarna kekuningan tetapi tidak banyak.




P/S: Belum apa apa lagi…….. dah pun ada kain berwarna warni yang dililit disitu..hai..macam2 ye manusia ni..jangan percaya..KURAFAT!!!..nauzubillah...

Petai Menangis Berair Mata..

Berita untuk dikongsikan bersama..

"Air mata" pokok petai
Oleh Zulfa Mohamad

PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.


Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.


“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.


“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.


“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.


“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.



PETAI MENANGIS DIKAWAL 24 JAM…???


Bagi mengelakkan kegiatan pemujaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menempatkan beberapa anggota penguatkuasanya mengawasi lokasi pokok petai ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas, dekat sini.Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, anggotanya akan bertugas secara 24 jam di lokasi tersebut sejak seminggu lalu, secara bergilir-gilir dalam bentuk penyamaran.Katanya, langkah itu bagi mengelak berlakunya pemujaan selain aktiviti menjual dan membeli air yang kononnya keluar dari batang pokok itu daripada berleluasa.


“Setakat ini kewujudan anggota kita tidak disedari oleh orang ramai. Sehingga hari ini kami dapati hampir 30 orang termasuk kaum Cina dan India keluar masuk ke kampung tersebut bagi melihat pokok petai itu selain mengambil airnya sebagai penawar penyakit.“JHEAIPP turut memantau sama ada berlaku penjualan dan pembelian air pokok petai tersebut berikutan terdapat kelibat sekumpulan kanak-kanak dan dewasa yang cuba membawa pulang air itu ke rumah mereka,” katanya di sini hari ini.Hari ini, akhbar melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air tersebut kerana bimbang mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis).Sebelum ini, penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan.

notis amaran yg diberikan oleh pihak berkuasa

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam Menurut Jaafar, hasil pemantauan pihaknya sehingga kini mendapati tiada sebarang kegiatan khurafat melibatkan penduduk mahupun orang luar tetapi pengawasan di lokasi berkenaan tetap akan dipertingkatkan.Dalam perkembangan berkaitan, Jaafar meminta Jabatan Pertanian mengkaji secara saintifik pokok petai tersebut bagi mengelak berlakunya kegiatan khurafat.“Selain itu, kami turut merayu kepada penduduk setempat supaya melaporkan kepada JHEAIPP sekiranya berlaku sebarang kegiatan berunsur pemujaan di sekitar kawasan tersebut.


“Amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.“Mereka yang melanggarnya boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.



p/s : pelik sungguh ye..macam2 hal yg berlaku sekarang ni..betul atau tidak kita tunggu kisah selanjutnya..kajian pengkaji sains mengatakan bahawa air yg keluar daripada poko petai tu sebenarnya bukan air mata tetapi air kencing sejenis serangga iaitu 'riang-riang', betul atau tidak kita nantikan berita seterusmya nanti..wallahualam..

Wanita Solehah Penghibur Hati

Dipetik dari
by: phatim


WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA

LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT

DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA

MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN

JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA

SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN

AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH


BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH


TIDAK MEMBIARKAN DIRI

MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN

DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM

MEMANDANGNYA....

MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM

MEMBIARKAN HIBURAN

KIRANYA IA SEORANG ISTERI

KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI

SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA

LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA

MEMADAI DENGAN APA YANG ADA

TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA

MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI

HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA

MENJADI KEKUATAN JIWA

UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA


NATIJAHNYA,

LAHIRLAH JIWA SAKINAH

BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.


‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..WASSALAM..

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA - 8 March 2011


Salam Sejahtera..Disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita yg ke 100 thn kepada semua yg bergelar wanita seperti ibu2, nenek2, kakak2, adik2, makcik2, nyonya2, aci2, guru2, pekerja2 pejabat, pekerja2 kilang, surirumah dan sebagainya didunia ini. Ingatlah, banyak pengorbanan yg telah dilakukan oleh wanita dalam menjana ekonomi keluarga, masyarakat dan negara di marcapada ini. Pengorbanan yg mereka lakukan amat tinggi nilainya dan jangan sesekali dipandang rendah oleh kaum lelaki kerana tanpa seorang wanita, anak2 tak akan wujud contoh wanita yg bergelar ibu yg telah melahirkan dan membesarkan kita. Tanpa wanita juga seseorang lelaki akan sunyi..tanpa wanita juga sebuah mahligai tidak akan dapat dibina..dan tiada generasi yg akan datang.Oleh itu, ingatlah wahai kaum Adam yg bergelar lelaki..usahkan kamu semua memandang rendah kepada kaum Hawa, jangan menggangap kaum wanita ini lemah segala2nya. Pada zahirnya ia lemah tapi pada batinnya, seorang wanita mempunyai ketabahan dan kecekalan hati yg sangat tinggi, bak kata pepatah Melayu, “Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggegar dunia”..Hidup Wanita..

Arwah ibuku adalah wanita inspirasiku yang amat kusanjungi..terima kasih segalanya buatmu ibu kerana kau wanita yg tabah..semoga rohmu dicucuri Rahmat olehNya dan dimasukkan dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..

Wassalam..

Monday, March 7, 2011

Happy International Women’s Day – 8 March

2011: Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women

“A woman is one of the most beautiful creation of GOD, showering her respect as daughter, feel her care in d form of a sister, feel her warmth in d form of a friend. y did God create man 1st b4 creating a woman?of cors, becuz its alwys gud 2 mke a raf draft 1st b4 mkng a MASTERPIECE..”

“A beautiful woman draws strength from troubles, smiles during distress and grows stronger with prayers & hope. Send this to a beautiful woman. I just did! Wishing you a very happy woman’s day.

Friday, March 4, 2011

Khasiat Budu Terbongkar

Assalamualaikum semua..bagi sapo2 hok suko make budu tu, ni ambo nok ghoyak wi..budu ni sebenarnyo banyok khasiatnyo selain ghasonyo sedak sekali bilo dicicoh nga ule pucuk gago, pucuk kereteh, pucuk ubi, ule petai ko, jering ko de sebagainyo..pah tu gak make pulok nga nasi panah2…emm..ghaso sungguh selegho sekali sapa tok tuo lalupun tok napok..tok gitu dih?..ambo tok seko jugok ruponyo budu ni doh terkenal seantero dunio pah ko Negara oghe Jepun, oghe putih pun make budu jugok. Ha..kalu kakwe, kaknik, pok ku,mok ku, pokcik-mokcik, adik2 de kakok2 nok tahu gapo khasiatnyo, silolah baco kat bawoh ni..atikel ni ambo dapak dle fb ambo..mulo2 tak tahu jugok, hok ambo tahu budu ni meme sedaklah dimake dga nasi, kalu takdok lauk aye ko ike pung takpo, make nasi nga budu cicoh telo mato kuba pun sedak doh.. silo kei baco deh…..pahtu hok sapo2 nk wi komen apo2 tu molek jugok…hehe..



(Wikipedia)
by Insaan Asia: Leading a healthy lifestyle on Thursday, December 23, 2010 at 1:28am


Sumber dari: Wikipedia


Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.


Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.


Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


budu dicicoh ngan ike bakar..sgguh selero sekali..


Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.


Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.


Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.


budu capur nga lado, ase lima nipih, bawe..emm sodap..

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.


Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

budu cicoh ngan ule..sedap sekali..


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.


Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Sapo2 hok tok make budu tu, rugi..tapi hok suko make tu jage make banyok2 nati sakit palo keno pulok daghoh tinggi..ambo tok leh tulong..Budu..mai semangkuk..