SALAM SEJAHTERA

Friday, August 20, 2010

SERIKAYA KASTAD & PUDING AGAR2 COKLAT

Salam Ramadhan..buat semua umat Islam di seluruh dunia, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan….


Pejam celik pejam celik rupenya dah sepuluh hari kita berpuasa.. tak lame lagi kita sambut hari raya pulak..InsyaAllah..jika diizinkan..

Ni aku nak cite sikit pasal juadah tuk berbuka sepanjang ramadhan yg telah ku lalui.. Dalam seminggu baru 2 kali je aku dapat buat kuih tuk berbuke yg lain tu beli je kat bazaar ramadhan tu, maklumlah..kje kt library ni kalau kene bertugas terpakselah keje sampai kul 10.00 mlm baru balik rumah, mase berbuke dia bagi masa 2 jam je kul 6 pm – 8 pm, pastu g keje smule..terkejar2 dibuatnya..ha..mase aku x bertugas barulah dapat wat kuih tuk family..mse x kje dulu rajin gak wat kuih tp dah keje ni kadang2 tu malas la pulak..bukan ape..letih…

Ok lah malas nk celoteh panjang2 ..ni aku nk kongsikan bersama 2 resepi yg aku reke sendiri kebetulan semua bahan yg aku nak tu ade kt cabinet dapur tu..resepi ni pulak agak mudah dan senang nk membuatnya dan bahan2nya pun x banyak..simple je.. tp yg gambar bagi resepi puding coklat tu aku lupe lak nak ambik gambar so terpaksa search dalam internet je... tapi rupanya lebih kurang cam tu gak le... Hemm..bile tgok je puding tu anak2ku masing2 dh x sabar lg nk tunggu waktu berbuke… bila dh makan tu semua kate sedapp..bila dh habis suruh buat lagi..x cukup..haa sape2 yg x tau nk wt ape tuk berbuke ni boleh lah cube, try test resepi ni ye…layann je le..hehe..


SERIKAYA KASTARD COKLAT RICE




BAHAN-BAHANNYA:

6 biji telur ayam

3 sudu tpg kastad

½ cwn susu pekat manis

1 ketul gula melaka/gula enau (dicairkan dahulu)

Sedikit garam

2 cawan air

Cara Membuatnya:

Panaskan pengukus.Cairkan gulu Melaka bersama 2 cawan air terlebih dahulu, kemudian masukkan dalam loyang saiz kecil , pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan tpg kastad dan susu pekat yg telah dicairkan dgn sedikit air dan masukkan dalam telur tadi , masukkan sedikit garam dan kacau lagi sehingga sebati. Selepas tu masukkan kedalam loyang yg telah berisi gula merah tadi dan masak dgn menggunakan api yg perlahan sehingga adunan itu masak. (cucuk dgn lidi satay or garpu kt adunan, jika x melekat maknanya dah masak).Angkat dan sejukkan sebentar, kemudian keluarkan adunan ke dalam pinggan dgn cara terbalikkannya, kita akan dapati air gula tadi akan berada diatas kemudian taburkan coklat rice diatasnya. Selepas itu sejukkan dalam peti sejuk(freezer) Selamat mencuba..

PUDING AGAR-AGAR COKLAT


Bahan-bahannya:

1 bgkus agar2

3 senduk gula (snduk gulai yg sedang)

3 sudu besar tpg kastad

½ cwn susu pekat

3 sudu besar serbuk koko

8 gelas air

Cara Membuatnya:

Masukkan 8 gelas air ke dalam periuk, masak sehingga mendidih kemudian masukkan agar2 yg telah dibasuh terlebih dahulu, kacau hingga agar2 cair. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan air dlm ½ gelas air, masukkan serbuk koko, t.kastad dan susu dan dikacau hingga larut kemudian masukkan semuanya kedalam periuk yg berisi agar2 tadi. Kacau lah sehingga masak lebih kurang dalam 10 min. Bila agar2 telah masak tuangkan kedalam loyang atau acuan agar2 dan biarkan ia sejuk dahulu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.


Selamat mencuba..

No comments: