SALAM SEJAHTERA

Monday, August 23, 2010

PUDING COKLAT LAPIS

Bahan-bahannya:

1 bgkus agar2

4 senduk gula (snduk gulai yg sedang)

4 sudu besar tpg kastad

½ cwn susu pekat

3 sudu besar serbuk koko

8 gelas air

Cara Membuatnya:

Masukkan 8 gelas air ke dalam periuk, masak sehingga mendidih kemudian masukkan agar2 yg telah dibasuh terlebih dahulu, kacau hingga agar2 cair. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan air dlm ½ gelas air, masukkan tepung kastad, susu dan sedikit garam dan dikacau hingga larut kemudian ambil setengah drpd agar yg telah dimasak tadi dan masukkan dalam satu bekas berasingan. Setengah lagi agar2 yg tinggal dalam periuk tadi dicampurkan dengan serbuk coklat yg telah dilarutkan dgn sedikit air sebelumnya. Kacau lah sehingga masak dan tutupkan api dapur. Sediakan loyang/bekas untuk acuan agar2. Mula2 masukkan agar2 coklat dahulu dlm 1 cm kemudian sejukkan sehingga ia beku sedikit kemudian masukkan pula agar2 putih(susu+kastad) tadi dan sejukkan dan biarkan beku sedikit dan seterusnya. Buatlah secara berselang seli sehingga habis. Bila kesemuanya telah sejuk masukkan dalam peti sejuk.Bila puding dah sejuk dan beku bolehlah dipotong dan dihidangkan. Dan lihatlah hasilnya yg telah siap..trengg!!!...


(pandangan dari atas permukaan puding)


(pandangan dari tepi puding)

Note & Panduan:

Semasa membuat lapisan agar2 tu, jangan biarkan lapisan tu beku sangat nanti ianya tak melekat, agak2 beku sikit bolehlah masukkan lapisan kedua dan seterusnya.

Coretanku:

..Menarik takk??..mmg menarikk sekali kann.. rasenyapun menarikk gakk...hihi..Ok..cuba jgn x cuba tau..Kalau nak tau ni adalah resepiku yg ke 4 dlm bln pose ni..rajin pulak aku buat kuih bln pose tahun ni ye... sebenarnya bukan rajin sangatpun..sbb nk buatnya senang sangat pastu bahan pun dah ade kt rumah..on je la..lagipun malas nk membazir duit beli kuih kat Bazar Ramadhan tu..kalau buat sendiri ni jimat..dapat banyak sikit nk makan tuk 2 hari pun boleh..simpan je dalam preezz tu..esok tak payah buat dah..hehe..betul tak?tunggu resepi yg seterusnya dariku kalau rajin ye..tungguuuu.. Selamat Berbuke..

No comments: