Bissmillahirrahmannirrahimm…
AL-FATIHAH ..buat dua insan yg pernah ku kenali dan pernah bersamaku satu ketika dahulu...
Pertama, buat arwah kakak iparku iaitu isteri kpd abg longku yg baru saje kembali ke rahmatullah setelah 3 minggu koma di Unit CCU HKL akibat serangan jantung dan darah tinggi dan seminggu sebelum arwah meninggal, beliau juga telah menjalani pembedahan dikepala kerana doctor kate, beliau mengalami pendarahan dibahagian otak. Tetapi selepas seminggu menjalani pembedahan beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir pada petang Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431H. Jenazahnya telah dibawa ke kg ibunya diRembau, NS dan telah selamat dikebumikan sebelum pukul 12.00 tengahari pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H. Beliau telah meninggalkan 4 org ank dan suami tercinta…Sedih pulak bila mengenangkan nasib ank2 dan suami yg ditinggalkan krn dlm kesibukan dan kegembiraan umat Islam menyambut Ramadhan, mereka pula dlm kesedihan krn tiada lg ibu yg akn sama2 memasak makanan utk mereka dibulan puasa ini dan tiada lg ibu yg akan megejutkan mereka bangun utk bersahur segalanya telah tiada lg.. terpaksalah mereka bangun sendiri utk melakukan semua itu tapi mujurlah anak2nya semua telah remaja terpakselah mereka melakukan semua kerja2 rumah sendiri. Segala2nya sekarang ini terletak pada bahu Abang Long, dialah ibu dan dialah abah..apa2 yg berlaku kpd ank2 dan keluarganya dia yg akn menanggungnya seorang diri sehinggalah semua anak2nya berumahtangga kelak, itupun jika umurnya masih panjang dan sempat lagi..InsyaAllah..
Keduanya pula ialah salah seorang rakan yg pernah kukenali satu ketika dulu iaitu arwah Shida yg juga telah kembali ke rahmatullah pada awal Ramadhan tahun ini. Aku dpt tahu berita kematiannya dari salah seorang hamba Allah yg baik hati yg juga seorang rakanku, itupun setelah 2-3 hari arwah meninggal. Aku amat terkejut bila mendengar berita kematianya itu kerana aku seakan x percaya atas pemergiannya kerana kali terakhir aku melihatnya dia sihat saja dan aku juga tak tahu yg dia mengidap penyakit diebetes sbb sebelum ni ku lihat dia amat cergas dan sihat walafiat, x sangka kini ia telah pergi buat selama-lamanya … mungkin Tuhan lebih menyayanginya..Arwah juga seorang yg baik hati dan memahami ku. Beliau juga seorang yg kreatif, pandai mengubah hantaran perkahwinan dan juga mengubah bunga, banyak juga bunga2 yg digubahnya dengan sukarela kepada sesiapa saja yg memerlukannya dan masih ada lagi gubahan bunga yg dibuatnya di Jabatan tempat ku bekerja. Kesian.. kpd ank2nya yg ditinggalkan, macamanelah persiapan puasa dan raya mereka tahun ni ye tanpe ibu yg dikasihi.. dan aku jua dapat rasekan kesedihan itu krn aku juga telah kehilangan ayah dan ibu tapi nasibku mungkin tak sama macam mereka kerana sewaktu ibuku meninggal aku dah dewasa dan telahpun mempunyai keluarga sendiri sedangkan ank2nya masih kecil dan masih bersekolah lagi.. sungguh sedih sekali kurasakan...bagaimanakah jika ini berlaku pd diriku, bagaimana nasib anak2ku nanti .. oh Tuhan..andaiku tahu bilakan tibanya ajalku, kuakan memohon padaMu agar kau panjangkan umurku dan sihatkanlah aku kerana anak2ku masih memerlukan kasih sayang dariku, tetapi sekiranya itu sudah ketentuanMu, Kau ambillah nyawaku tapi biarlah setelah anak2ku telah cukup dewasa dan berumahtangga kelak...InsyaAllah..
Aku mohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silapku dan halalkan segala yg telah termakan dan terminum. Aku juga berdoa agar roh mereka dicucuri Rahmat oleh Allah s.w.t dan diampunkan segala dosa2 semasa didunia dahulu dan dimasukkan bersama golongan orang2 yg beriman..Aminn..
Ku jua berharap agar kedua2 keluarga ini sabar dan tabah menghadapi segala dugaan hidup ini dan semoga mereka dilindungi Allah s.w.t selalu hendaknya..dan redhakanlah pemergian insan yg tersayang pergi buat selamanya..
Wassalam
No comments:
Post a Comment