SALAM SEJAHTERA

Monday, August 23, 2010

PUDING CAREMEL CREAM CRACKERS


(Biskut Cream Crackers)



(Adunan sebelum siap dimasak)

BAHAN-BAHANNYA:

15 KPG BISKUT CREAM CRACKERS

3 BIJI TELUR AYAM SAIZ ‘A’

2 CAWAN AIR

½ CAWAN SUSU PEKAT MANIS CREAMER

3 SUDU BESAR TPG KASTAD

1 SUDU TEH ESEN VANILA

SECUBIT GARAM HALUS


BAHAN UTK KUAHNYA:

1 BUKU GULA MELAKA/GULA MERAH

1 CAWAN AIR

ATAU

BAHAN UTK BUAT GULA HANGUS:

1 CAWAN GULA

1 CAWAN AIR


Cara Membuat Kuahnya:

Masukkan 1 cawan air bersama gula Melaka/gula merah kedalam periuk dan masak hingga cair.

Cara Buat Kuah Gula Hangus:

Panaskan kuali dgn api yg perlahan, masukkan gula dan masak hingga gula cair keperangan kemudian masukkan air dan kacau bila gula dah cair bolehlah diangkat.(masak gula ni jgn smpai hangus pulak..nnti pahit..)

CARA MEMBUAT PUDING CRACKERS

Mula2 bancuh susu bersama air dan kacau, masukkan tpg kastad dan kacau lagi.Pecahkan telur dlm mangkuk yg lain dan masukkan esen vanilla, pukul telur sehingga kembang atau sebati kemudian masukkan kesemua bahan tadi kedalam satu mangkuk yg lebih besar. Patah2kan biskut kedalam larutan susu,telur tadi dan masukkan secubit garam halus, kacau dan biarkan dlm ½ jam sehingga ia kembang.Panaskan pengukus. Masukkan gula enau/gula merah yg telah cair kedalam loyang bersaiz sederhana dan dimasukkan kedalam pengukus kemudian masukkan kesemua bahan iaitu larutan susu dan biskut yg telah kembang kedalam loyang selepas itu tutup pengukus dan masak adunan lebih kurang 20 min. Kalau nk tahu puding tu dah masak ke belum cucuk adunan dgn garpu, jika x melekat bermakna puding kastad tu dah masak dan bolehlah diangkat dan disejukkan seketika. Bila ia telah sejuk tuang kedalam pinggan besar dgn cara terbalikkan, iaitu kuahnya berada dibahagian atas puding kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk. Puding ini memang sedap dimakan bila sejuk.

Dan beginilah rupenya puding cracker yg telah siap dgn menggunakan gula merah.


(Puding Cream Crackers yg telah masak)


(Puding Cream Crackers setelah dipotong)

Nota:

Ini adalah resepi yg ke3 yg ku buat dalam bulan pose ni. Resepi ni rasenye manis, lemak dan berkrim dan sesuai sekali dimakan waktu berbuke nanti..atau kalau bukan bulan puasa sedap dimakan diwaktu petang. Idea Resepi ni sebenarnya kakak aku yg berikan, dia kate resepi ni cikgu dia yg ajar mase dia bersekolah tahun 60an dulu..aku fikir manarik gak resepi ni so akupun try la buat..Alhamdulillah jadi gak akhirnya..Terima kasih Kak Anie kerana bagi idea ni.. Semoga kakakku dipanjangkan umurnya dan sihat walafiat serta dilindungi Allah s.w.t selalu hendaknya.

Selamat mencube dan selamat berbuke… wassalam..

No comments: