SALAM SEJAHTERA

Wednesday, February 2, 2011

TRIP & HONEYMOON TO BEIJING – EPISOD TERAKHIR..

HARI KE-6 (LAST DAY) DIBEIJING, CHINA – 16/1/2010

Hari ni adalah hari terakhir aku di Beijing ni. Bangun pagi terus bersiap dan check semua barang2 utk pastikan tiada yg tertinggal nanti. Lepas tu bawa barang2 turun ke lobi dan kekaunter utk pulang kunci dan checkout. Yang mana yg dah terguna apa2 barang kt dalam bilik hotel tu perlu settlekan bayarannya dulu..nasib baik aku n hubby tak guna apa2 so takdelah kene bayar satu sen pun. Pastu kami pergi sarapan dulu sebelum keluar dari hotel tu. Bila semuanya dah berkumpul, kami semua angkut barang2 dan masukkan dalam bonet bas yg dah sedia menunggu kat luar tu..mmg banyak betul barang sampai tak muat bonet dibuatnya terpakselah setengahnya dimasukkan kedalam bas tu..

Lepas tu kami dibawa sekali lagi kat pusat beli belah semalam iaitu di Yashow Market, tempat kedua kami shoping semalam sbb ade request dari ramai yg masih x puas hati nk shoping lagi sekali kat sane sbb ade benda lg yg mereka tak sempat nk beli semalam, so shoping lagi.. Kami diberi masa 2 jam pastu perlu naik bas semula sbb lepas tu nak ke restoran utk lunch dan terus ke airport. Sampai di airport kami solat dulu dan terus ke kaunter penyerahan barang2 dan passport. Dah settle semuanya aku dan yg lainnya duduk kat satu sudut yg dikhaskan utk penumpang.

Kenangan kali terakhir di Beijing bersama kak Salmah dr TNB Korporat, Bangsar
Pramugari dr Beijing telah bersiap sedia utk menaiki pesawat
Tepat jam 4.00 ptg flight yg akan ku naiki sampai dan kami dikehendaki masuk ke dalam pesawat tu. Setelah semua penumpang dah duduk ditempat masing2, Kapten kapal mengumumkan yang flight tu akan berlepas sebentar saja lagi. Flight dr Airport Beijing fly to M’sia tepat jam 4.30 ptg. Masa kat dalam kapalterbang tu aku diberi makanan utk dinner pd jam 8.00 mlm berupa nasi putih, sayur grg campur ayam dan suamiku makan nasi lemak dan supper pulak pada jam 9.30 mlm berupe sandwish, cheess kek, sosaj, sedikit buah2an campur dan air kopi dan coke.Flight sampaii ke KLIA pada jam 10.30 mlm. Walaupun cuaca pada malam tu tak berapa baik sebab hari hujan.. syukur Alhamdulillah..akhirnya aku selamat juga sampai ke tanahair. Sampai di sana, call adik ipar dan dia telahpun sedia menungu kt luar. Ambil barang2 kat laggage pastu jumpe dgn geng2 travel utk bersalam-salaman dan bermaafan ..umm..sedih gak nk tinggalkn mereka semua sbb dh seminggu kt Beijing tu dah mcm 1 family pulak sbb semuanya kepala giler2 dan baik hati. Lepas tu masing2 beredar ke destinasi masing2. Aku dan hubby terus ke kereta adikku yg dah lame menunggu kat luar sane..Disebabkan aku sampai dah dekat jam 12 mlm, so kami tidur je kat rumah adik iparku di Bandar Baru Bangi. Keesokan harinya pagi2 lagi aku dan hubby bangun dan bersiap utk pulang ke kampung, tak sabar rasenya nak berjumpe anak2 kesayangan yg dah seminggu aku tinggalkan disana. Dari situ aku tak singgah mane2pun terus balik kg. Sampai kg, kulihat anak2ku dah sedia menunggu kepulangan kami berdua ditangga dgn tersenyum lebar menyambut kepulangan kami, terharu sangat2..Maka tamatlah sudah kisah honeymoonku di Beijing bersama suami tercinta..duedate passport yg aku buat haritu tamat ujung thn ni, tak taulah nak g mane pulak..aku rase tahun ni takleh nak gi mane2 sbb 3 org ank2ku nk pekse UPSR, PMR dan SPM so aku perlu berikan lebih tumpuan pd pelajaran anak2ku mungkin bila dh habis exam mereka semua pd penghujung tahun ni baru boleh makan angin mungkin kat dlm Malaysia je kut tapi bukan berdua ngan suami, aku akn bawa ank2ku sekali bagi diorang enjoy dan relese dear mind sbb dah habis exam..InsyaAllah…mudah2an..Akhirnya tamat jugak skrip dramaku kali ini..hehe..Jika ada tersalah cakap atau terkasar bahasa harap dimaafkan ye, aku cume insan biasa.. Aku akhiri citeku ini dgn serangkap pantun:

JIKA ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH DEN TUMPANG MANDI,
JIKA ADA UMUR YG PANJANG,
BOLEH DEN POI LAGI..
 
Sekian Wassalam…

Note:

1. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China”..alhamdulillah.aku dh sampai dan brmacam2 ilmu yg ku dapat semasa kat sana..ilmu ni x semestinya org yg berpelajaran tinggi je..

2. “Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, sediakan paying sebelum hujan”..kita perlulah ada persediaan terlebih dahulu sebelum kemana2 dan duit tu sebelum berbelanja, simpanlah separuh jgn habiskan semuanya..

3. “Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi dinegeri sendiri”...bagiku seindah dan secantik manapun Beijing tu, aku rase kat Malaysia ni lagi indah dan menarik lagi tak kira dari segi pemandangannya, tempat membeli belahnya..mcm2 ada dan murah2..dan rakyat Malaysia ni penuh dgn kesopanan dan kebudayaannya yg tinggi..

4. “Jauh perjalanan, luas pemandangan”, dgn perjalananku yg jauh ini, aku dapat menimba berbagai ilmu dan dapat melihat bermacam2 tempat yg menarik dan cuaca yg berbeza yg mungkin sukar bagi semua orang utk menjejaki dan menjelajahi keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t yg lain selain dari Malaysia..

“GONG XI FA CHAI”

..TAMAT..

No comments: