Petang semalam, seronok dan sedih sangat tengok cite di TV3 bertajuk “ Cheongsam Untuk Ibu”. Masa cuti Tahun Baru Cina hari tu cite ni dah ditayangkan kat TV2 pd 4 Feb 2011 jam 10 mlm tp aku tak sempat tengok, so semalam cite tu diulang semula kat TV3 petang semalam, dapatlah aku tengok.. Aku ingat cite tu taklah sedap sangat tapi bila dah tengok sekejap jalan ceritanya aku rase tertarik pulak, best pulak rasenya sampai tengah masakpun terhenti kejap. Aku tertarik dengan 4 watak yg dilakunkan oleh 3 orang pelakon yg berbangsa Cina iaitu Ng Hung Shen, Mandy Chong, Rowena Lee dan seorang pelakon Melayu, Siti Fazurina. Watak Ah Leong tu aku tak kenal sangat tapi aku rase dia tu pelakon yg diambil dlm rancangan realiti tv “Jejak Kasih” baru ni kut...(aku ni tak ikuti sangat perkembangan dunia hiburan ni..sbb sibuk ngan kerja.je.. mase free je, aku tengok tv ..) begitu fasih mereka bercakap dalam bahasa Melayu, cuma sekejap2 je mereka bercakap dalam bahasa Cina.
Citenya mmg sedih, sampaikan aku sendiri menangis tersedu2 bila melihat pelakon tu menangis..2-3 kali aku mengelap air mataku yg mengalir dipipi, nasib baiklah takde orang pd mase tu.. aku tengok cita tu sorang2 je, anak2ku semua dah keluar bermain...suamiku pula kerja tak balik lagi..aku tak tau kenape emosional sangat perasaanku ketika itu.. bukan ape..sebab aku juga pernah merasai kerinduan yg teramat bila berjauhan dengan ibuku semasa ibuku masih hidup dan aku rase aku lebih sedih lagi jika nak dibandingkan dgn Leong tu, sekurang2nya akhirnya Leong dapat juga mengubati kerinduannya terhadap ibunya kerana dapat meraikan bersama perayaan Tahun Baru tu tetatpi aku langsung tak dapat, yelah ..aku ni isteri orang, terpaksAlah akur pada kehendak suami dan mentaati suami, jika suami tak balik, akupun tak balik..sehinggalah ibuku menghembuskan nafasnya yg terakhir…setelah aku mendapat panggilan dari kakak iparku yg ibuku telah dimasukkan ke wad CCU, di Hospital Besar KB..aku tak sempat bercakap dan menatap wajah ibu dan membacakan surah Yassin buat kali terakhir untuk ibu.. yg aku dapat lihat hanya sekujur tubuh ibu yg telah dibaluti selimut putih..), kali terakhir aku berjumpa dgn ibu ialah pada Hari Raya Aidil Fitri, sebelum ibu meninggal dunia, ketika itu, ibuku sihat lagi dan gembira aku melihat keadaan ibu yg semakin pulih dan aku ingat aku sempat bertemu dengannya semula bila aku balik semula ke kampung nanti..rupa2 aku tak sempat..
Oh..Tuhan.. kenapa begitu berat sekali dugaan yg kuterima ..Oh ibu, ampunkanlah aku, aku bukan segaja ..kalau nk ikutkan, hatiku meronta2 utk pulang utk berjumpa denganmu dan menjagamu tapi apakan dayaku..mungkin disebabkan jarak, keadaan dan masa yg telah memisahkan kita dan juga mungkin itu sudah suratan Takdir..Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 yg telah kulakukan selama ini, cucurilah Rahmat keatas roh ibuku, ampunilah dosa2nya semasa didunia dahulu dan masukkanlah ia dalam golongan orang2 yg beriman..Amin3..Ya Rabullalamin..hanya bacaan surah Yassin diiringi doa saja yg selalu ku hadiahkan untuk ibu ku..
Nak tau citenya macamane, bacalah lah kisahnya dibawah ni…cerita ni banyak memberi pengajaran kepada kita semua..layann..
Telemovie..”CHEONGSAM UNTUK IBU”..
(foto search from google.com)
Membariskan pelakon Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari, semua bangsa ade..kira 1 Malaysia la tuu..telemovie yang mengambil ‘mood’ perayaan Tahun Baharu Cina ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri ibarat kata pepatah, “sesat di hujung jalan balik semula ke pangkal jalan.”
SINOPSISNYA:
Kerana desakkan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana semata-mata mahu meletakkan dirinya setaraf dengan teman-teman sekampungnya yang telah berjaya memperolehi pekerjaan mampu dibanggakan di Kuala Lumpur. Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua.
Slot drama ini bermula dengan memaparkan watak Mei Lan dan anak tunggalnya, Leong tinggal di sebuah felda. Mereka mengusahakan perusahaan kebun sayur.
Setelah hanya mendapat gred 3 di dalam keputusan SPMnya, Leong tidak seperti kawan-kawan sekampungnya yang telah mengembangkan sayap masing-masing untuk menyambung pelajaran mereka atau mencari pekerjaaan di bandar-bandar besar. Hanya Leong yang tinggal di kampung, membanting tulang empat kerat dengan berkebun.
Leong cemburu apabila melihat kawan-kawannya pulang ke kampung untuk bersama dengan keluarga masing-masing, membawa kereta atau motorsikal berkuasa tinggi. Bila berkumpul, Leong hanya mendengar cerita-cerita kehebatan hidup di bandar dari teman-temannya.
Yang paling menyakitkan hati Leong ialah apabila Jenny, buah hatinya menjalinkan hubungan mesra dengan Tony yang pulang dari Kuala Lumpur dengang kereta besarnya. Jenny mula menjauhi Leong malahan mencemuhnya kerana tidak ada perkembangan dalam hidup. Sejak itu Leong nekad untuk ke Kuala Lumpur.
Leong amat minat kepada muzik. Leong ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain muzik handalan. Leong ingin mencari nama dan kemewahan sebagai pemuzik Mei Lan menentang kehendaknya. Mei Lan ingin Leong terus mengusahakan kebun sayur mereka.
Bagi Mei Lan, pendapatan yang mereka dapat dari hasil kebun itu sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak tetapi itu tidak cukup bagi Leong. Jiwa remajanya mempunyai citarasa sendiri. Citarasa yang didorong oleh hawa nafsu dan hasutan kawan-kawan.
Sejak Jenny bersikap dingin kepadanya, hasrat Leong untuk ke Kuala Lumpur mula membuak-buak di jiwanya. Dia ingin buktikan pada Jenny bahawa dia boleh menjadi lebih hebat dari Tony. Lalu Leong berhijrah ke Bandar meskipun tanpa restu Mei Lan. Mei Lan membawa rajuknya ke pusara mendiang suaminya, menumpahkan airmata kecewa dan kedukaannya di situ.
Di Kuala Lumpur, Leong tiada arah hendak dituju. Bekalan duitnya semakin berkurangan. Leong menumpang tidur di to’kong untuk beberapa malam dan siangnya dia mencari kerja. Nyata hidup di ibukota tidak seindah yang dibayangkan. Kerana terlalu lemah, Leong tertidur di kedai jahit Aziah, pada suatu malam. Aziah terkejut menemui Leong yang terketar kesejukan, ketika dia ingin ke kedai jahitnya.
Di situlah titik permulaaan perkenalan antara Aziah dan Leong. Aziah membantu Leong untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kelab malam tempat kawannya bekerja. Leong bekerja di kelab malam bukan sebagai pemuzik tetapi sebagai seorang pelayan. Aziah mempekenalkan Ah Leong dengan seorang saudaranya dan seorang rakannya yg berbangsa India yg juga bekerja di kelab malam yg sama dan mereka juga menyewa rumah yg sama.. Walaupun mereka berlainan bangsa, persahabatan mereka begitu akrab sekali. Hampir setahun Ah Leong tidak pulang ke kampung. Dalam masa setahun mereka tinggal bersama, 2 orang rakannya telah berhenti bekerja di kelab malam tu dan masing2 pulang ke kempung untuk menjaga ibu mereka yg sakit dan bekerja disana, tinggallah Ah Leong seorang diri dirumah sewa tu. Ah Leong tidak berjaya memenuhi cita-citanya untuk menjadi pemuzik kerana dia tak cukup wang untuk memasuki kelas muzik. Setelah dinasihatkan oleh Aziah agar Ah Leong pulang saje ke kampung untuk menjaga ibunya, barulah ia setuju. Kate Aziah begini, " Jika kita hilang kekasih dapat dicari ganti tetapi jika kita hilang ibu tiada penggantinya"..dengan kata2 itulah Ah Leong bertekad untuk pulang ke kg untuk berjumpe dgn ibunya dan ia juga mengumpul duit tabung dan duit gajinya untuk membeli sehelai baju Cheongsam untuk ibunya tetapi malangnya baju tersebut telah dirompak semasa ia dalam perjalanan balik kerumah. Ah Leong begitu sedih sekali atas apa yg berlaku tetapi ia terpaksa pulang juga menemui ibunya yg amat dirinduinya..dan melupakan niatnya menjadi ahli muzik..(AKUPUN SEDIH JUGAK!!..SAMPAI MENGALIRKAN AIR MATA..SEBAKK..)
Ketika Aziah menghantar Leong pulang ke kg dan bertemu dgn ibunya..(foto search frm google.com)
Menjelang Tahun Baharu Cina, Aziah bersetuju untuk menghantar Leong pulang dengan keretanya. Mei Lan sangat gembira dengan kepulangan Ah Leong tetapi dia terkejut apabila Ah Leong pulang bersama seorang gadis Melayu kerumahnya yg disangkakan teman wanita Ah Leong kerana dia dah ada calun isteri untuk anaknya itu iaitu seorang gadis Cina dikampung tu yg selalu mengambil berat tentangnya. Tetapi setelah Ah Leong menceritakan kisah sebenarnya tentang sape Aziah tu barulah ibunya faham keadaan sebenar dan ia juga menyesalkan akan tindakannya memarahi dan menghalau Aziah keluar dari rumahnya. Aziah tak kecil hati dgn tindakan ibu Ah Leong kerana ia faham dan terus pulang kerumahnya di KL. Sampai di KL, Ah Leong menceritakan keadaan sebenar dan memohon maaf bagi pihak ibunya dan menjemput Aziah dan ibunya untuk datang kerumahnya pada hari Tahun Baru Cina nanti.
(Aziah menghadiahkan Cheongsam utk ibu Leong)..akupun trsengeh same..
Pada masa perayaa Tahun Baru Cina tersebut, Aziah datang kerumah Ah Leong bersama teman lelakinya dengan membawa hadiah berupa sehelai baju Cheongsam untuk ibu Ah Leong dan disuruh ibu Ah Leong memakainya. Ibu Ah Leong begitu gembira sekali dengan hadiah baju Cheongsam yg diidamkannya selama ini. Ah Leong juga begitu dengan hadiah tu..disangkanya baju tu, Aziah beli dikedai, rupanya baju Cheongsam tu Aziah jahit sendiri..Pada hari Tahun Baru Cina itu ialah hari yg paling gembira buat keluarga Ah Leong terutama ibunya..'THE END"..
NOTE:
KEPADA SESIAPA YG MASIH MEMPUNYAI IBU TU, JAGELAH IBUMU BAIK2 SPT IBUMU PERNAH MENJAGAMU SEWAKTU KAMU KECIL DAHULU DAN BERILAH MEREKA KASIH SAYANG SEPENUHNYA DAN BANTULAH MEREKA, YANG TINGGAL BERJAUHAN TU, PULANGLAH KEKAMPUNG UTK MENJENGUK MEREKA SELALU AGAR KAMU TIDAK AKAN MENYESAL KEMUDIAN SETELAH IBUMU TELAH TIADA DIDUNIA INI..
WASSALAM...
No comments:
Post a Comment