SALAM SEJAHTERA

Thursday, September 2, 2010

AYAM PERCIK NUR KASIH

Salam...
Sebenarnya dah lame aku x buat ayam percik ni tapi disebabkan permintaan dari anak2 tuk juadah mase berbuke haritu so…akupun buatlah walaupun badan ni masih penat sebab baru balik kerja hari Ahad lepas..

Anakku nak makan ayam percik putih dan aku pulak nak makan ayam percik merah. Untuk tidak menghampakan keduanya, aku terpaksa buat 2 enis kuah iaitu kuah putih dan kuah merah..kalau nak cuba buat resepi ayam percik ciptaanku ni cubalah buat..emm..memang best!!!..



AYAM PERCIK PUTIH



AYAM PERCIK MERAH

Bahan-bahan:

½ ekor ayam

4 ulas Bawang Merah

4 ulas Bawang Putih

1 inchi Halia

1 sudu kecil Lada Hitam(Utk kuah putih)

2 sudu besar Cili kering dh digiling@ Cili Boh (Utk kuah merah)

3 batang serai - diketuk

1 biji santan pekat

Sedikit garam ikut rasa

Sedikit gula ikut rasa


Cara Membuatnya:

Ayam

1. Ayam yg telah dicuci disapu dgn garam n kunyit dan diperap lebih kurang ½ jam

2. Bakar sehingga masak, jika tiada tempat pembakar bolehlah digoreng dlm kuali dgn menggunakan minyak yg sedikit.

3. Setelah masak, angkat dan biar seketika.

Untuk kuahnya

1. Tumbuk/kisar semua bahan spt bawang merah,bawang putih,halia dan cili kering or lada hitam manakala serai diketuk hingga hancur sedikit sahaja. (Untuk makluman tuan/puan semua kalau sesape yg nk makan ayam percik putih kuahnya dicampur dgn lada hitam dan kalau nak ayam percik merah kuahnya dicampur dgn cili kering, itu saje perbezaannya..)

2. Panaskan periuk, masukkan santan kelapa, dan semua bahan yg telah dikisar tadi.

3. Kacau sehingga masak dan santan agak pekat sedikit maukkan garam n gula mengikut citarasa barulah diangkat.

4. Tuang kuah keatas ayam yg telah dibakar tadi dan bolehlah dihidang.


Selamat Mencuba…

No comments: