SALAM SEJAHTERA

Tuesday, March 2, 2010

Majlis Baca Yassin,Tahlil, Maulud Nabi s.a.w

Assalamualaikum wrh.wbth.,

Pada hari Jumaat lepas, aku & family pulang ke kgku kt Kuala Pilah, N.9. Hari Sabtu hari tu iaitu pd 27 Februari, mak mertuaku telah mengadakan majlis bacaan Yassin, tahlil dan selawat Nabi s.a.w. Majlis tu berlangsung pada jam 3.00 ptg.Taklah besar sangat majlis tu, kecil-kecilan je..majlis tak besarpun takpe janji niat tu ikhlas, bukan nk menunjuk-nunjuk..buat sekadar yg mampu..betul tak??..

Mak mertuaku cuma jemput kawan2nya saje iaitu group baca Yassin kat kg tu..semuanya terdiri daripada kaum ibu dan orang2 tua kat kg tu je..Ramai jugak yg hadir pd majlis tu..meriah..suke tengok mereka sembang-sembang sambil makan-makan..menu masakan hari tu ialah mi kari,kuih koci, karipap, agar2 merah, tembikai dan minumannya pula air oren dan teh o panas.

Disini ku upload kan beberapa kpg foto yg sempatku ambil masa majlis tu..

Bacaan Yassin

Tahlil

Silakan makan makcik2..jgn sogan2 lak yo..

cedok kuah tu Wan jgn x cedok..

Emm..sodap eehh..mi kari ni..

Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati Allah s.w.t..Aminn..

Sekian, Wassalam...

No comments: