Kapal terbang MAS – MH 370
Flight MH370 yang ku naiki itu mendarat di Lapangan Terbang Beijing tepat jam 7.30 pg. Aku sekali lagi bersyukur kerana akhirnya aku selamat juga sampai ke sana tanpa apa-apa masalah yang dialami semasa penerbangan itu .. mula2 naik tu risau gak aku..mcm2 ayat Al-Quran yg kubaca..spt. ayt kursi, 3 kul..dan seterusnya doa ..Alhamdulillah..syukur..semuanya selamat..
Cuaca di Airport Beijing pada jam 7.30am
Semua yang menaiki pesawat pada hari tu turun dan terus menuju masuk ke dalam Airport tersebut dan mengambil baggage masing2. Apa yang kelakar tu bila aku bercakap kelihatan asap keluar dari mulutku
dan begitu jugak dgn yang lainnya..ada pulak yg buat lawak bodoh..”tak hisap rokok pun asap kuar je kat mulut ngape ye..hehe..” , semua yg dengar masing2 tergelak..Kami dikehendaki berkumpul disatu tempat untuk diberi taklimat ringkas oleh pemandu pelancung disitu.
Sebelum tu sempat lak berposing dulu kt Beijing International Airport tu..
with my dearest hubby..
Malas nak berjalan, penat...guna escalator je le..
Masing2 berkumpul bersama baggage yg dibawa..
Sesampainya kami disana kami disambut oleh seorang pemandu pelancong(guides) yg berbangsa Cina dari Bejing sedang menunggu dengan senyum lebar sambil mengucapkan “Welcome to Beijing dan Selamat Datang ke Beijing, puan2 dan tuan2..”..dan memperkenalkan dirinya pada kami semua namanya En. Michcel dan beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan nada suaranya amat lembut sekali mengalahkan orang Melayu ....huhu..terharu dan gembira sekali rasenya..lepas tu dia suruh kami semua follow dia , ada sebuah bas dah sedia menanti kami untuk dibawa pusing2 dikota Beijing ini. Group kami ada dlm 43 org semuanya 37 staf TNB, 5 org cikgu sekolah dari kuantan dan seorang dari agensi swasta. Dalam bas tu kami diberi taklimat serba sedikit perihal kota Beijing dan perihal penduduknya.
Nak tau tak..kalau kat M’sia ni, kita naik bas ade econ tp kt sini ade heater tujuannya tuk panaskan badan sbb cuaca diluar sangat sejuk iaitu -8 drjh celcius… pintu basnya pulak disebelah kanan kt M’sia belah kiri. Kata Mr. Michcel, keluasan Beijing adaalah seluas 16,800 m persegi. Beijing mempunyai bilangan penduduk yg ramai lebih kurang 16 juta orang. Kebanyakkannya tinggal dirumah2 flat sbb x cukup tanah sbb tu lah rakyatnya x dibenarkan mempunyai family yang besar cukup hanya seorang anak untuk satu family je dan mereka lebih memerlukan anak lelaki drpd ank perempuan..kenape ye..mgkin sbb ank lelaki ni xleh beranak kut..hehe.. dia kate rumah2 kat sini x perlu guna econd sbb kt luar dh sejuk sangat.. Dalam bas tu macam2 lagi dia nasihatkan agar group kami ni jangan berpecah takut ade yg sesat atau hilang..
Suamiku bergambar bersama driver bas yg dah sedia ready nk bawak kami ronda2..
Pintu masuk pertama ke istana maharaja..
Inilah adalah tahta maharaja yg original semasa zaman pemerintahannya..
Salah sebuah bilik permaisurinya...
Taman larangan istana..tempat permaisuri bermain..
Bergambar dihadapan istana maharaja..(didalam istana).
Kat sini mmg ramai pelancung2 asing yg datang. Masa jalan2 kt istana ni, kelihatan matahari dah bersinar..kira panas gak la sampai silau mate aku dibuatnya, tengoklah bayang dlm gambar tu..tapi yg pelik tu, wahaupun hari panas tapi cuacanya amat sejuk terase berada dalam peti sejuk pulak..mmg sejuk betull..sampai salah seorang anak staf TNB yg bergelar Dato’ yg berusia 5 thn tak boleh nak menerusnya perjalanannya kerana mengalami batuk2 dan muntah, nasib baik la aku tak bawak anakku yg kecik sekali tu..kalau tak tentu diapun macam tu..kesian aku melihatnya. Dah disapu balm barulah ok sikit.., Mungkin inilah yang dikatakan kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T..
Bergambar dihadapan istana yg terakhir..
Terdapat 7 buah istana didalamnya, terpaksa kami naik turun2 beberapa buah tangga..”adoih loteh kaki den dibuek ehh”..Dikatakan istana ini dibina terlalu besar sebab maharaja cina ini mempunyai ramai isteri dan gundik2 yg seramai lebih kurang 3,000 orang dan setiap malam dia akan bertukar bilik tuk memuaskan nafsunya..fuyoo.. boleh tahan gak ye..mau tergelak gak aku mendengar kata2 En. Micheal tu..dia kata maharaja cina ni sentiasa mengamal ubat2an cina spt ginseng dan sebagainya sbb tu la powerr...huhu.
Lebih kurang 2 jam kami disana, Mr. Micheal membawa kami dari satu istana ke satu istana sampai naik lenguh kaki aku dibuatnya, dahlah mase tu aku x pakai sarung tangan, kasut yg aku pakaipun agak nipis..naik kebas kaki tangan aku dibuatnya..sepatutnya bawaklah ke shopping komplek dulu bolehlah kami beli ape yg patut..ni tidak..nak x nak jalan je le..just masukkan tangan dalam poket baju je nak hilangkan kesejukkan. Jalan punye jalan lebih kurang 20 min sampailah ke sebuah restoran halal untuk makan tengahari disana...kami dihidang dengan bermacam2 lauk pauk spt, ayam, daging, ikan,telur dadar dan 2-3 jenis sayur spt sawi jepun(sawi kecik), batang saderi+lada bengala, kentang yg diracik halus dan semangkuk sup telur dan nasi putih manakala airnya pulak semangkuk kecil air teh o panas(teh cina) dan air kosong..tengok le hidangan kat bawah ni..makanannya semua x berkuah semua goreng2, yg berkuah cume sup telur je setiap kali hidangan disajikan tp aku tak pernah rase pun..diorang kate kuahnya tawar..x best la tp xpe leh elakkan penyakit darah tinggi...
(lum sempat nk ambik gambo, diorang dah balun daa..sbb keletihan dan kelaparan kut..)
Selepas makan tengahari tu kami dibawa ke sebuah Masjid Dian Ma yang merupakan salah satu masjid yang paling terkenal dengan sejarah seratus tahun. Kami megerjakan solat jamak takdim (zohor & asar) disana takut xde masjid lagi nak singgah diperjalanan nanti dan memudahkan perjalanan. Walaupun masjidnya x besar tapi aku terpegun dengan hiasan ayat2 suci dan ukiran2 seni yang halus dan cukup kreatif sekali yg terdapat pada dinding dan tiang2 didalam masjid tu..
Pintu masuk ke masjid
Ukiran pd dinding masjid yg unik
mimbar masjid
Beberapa orang cina muslim sedang belajar mengaji Al-Qur’an
Kawasan dalam masjid
Kawasan dihadapan masjid
Dah sudah makan, rombongan kami dibawa ke hotel dimana kami akan menginap pada malam itu. Dah settle check-in, semua masuk ke bilik masing2..Boleh tahan jugak cantik bilik dan perabut2 didalamnya. Kira ok dan selesa sangat bagi hotel bertaraf 3 bintang ni..
Perabut dibilik hotel tempat aku menginap..
Aku dan suamiku masuk kedalam dan simpan semua barang, rehat kejap dan terus keluar ke kedai menjual pakaian yg berhampiran dengan hotel tu tuk beli kasut sukan, stokin tebal, mafla, penutup kepala dan sarung tangan sbb x tahan sejuk sangat.
Penutup kepala, sarung tangan & mafla
Harga barang2 kat sini mmg murah. Dah beli apa yg patut kami balik semula ke hotel, rehat kejap pastu mandi dan bersiap semula sbb malam ni kami akan dibawa ke suatu tempat untuk menyaksikan persembahan akrobatik. Jam 7.00 mlm kami dibawa ke Showroom utk menyaksikan [ersembahan akrobatik tu. Memang amat mengkagumkan persembahan akrobatik tu..selama 2 jam kami didalam showroom tu.
Salah satu persembahan acrobatik yg ditunjukkan..
Akrobatik bermotosikal didalam globe sangkar..
Lepas tu kami dibawa ke satu restoran untuk makan malam. Kat sinipun samalah juga dgn hidangan makan tengahari tu..aku just makan nasi ngan telur dadar, sayur je..hai..kalau macam ni la hari2 ..leh slim sikit badan aku ni..
Lepas makan, kami balik ke bilik masing2. Masuk je dalam hotel tu, aku buat maggi dan air kopi 3 dlm 1 yg ku bawa dari rumah. Aku mmg dah standby awal2 lagi benda2 mcm ni takut tak lalu makan kat sane nanti..byk lg bekal yg aku bawa spt snack dan biskut cukup tuk seminggu.., silap aku tak bawak rendang ayam ke daging ke..makan ngan nasi putih tu je cukup..lagi best..tp aku tak bawak pulak, bukan ape takut kene rampas pulak mase kat airport tu sbb bawa barang2 yg berbau..Xpelah..maggi pun maggi la.. Dah kenyang makan, kene packing semula beg2 dan barang2 yg dibawa dan asingkan 1 beg utk 1 hari sahaja sbb malam esoknya kami kene bermalam di Ski Resort sbb hari yg ke 3 tu nak pergi ketempat salji nak main ski..
Nak tengok tv x best lak cite, semua channel dlm bahasa cina je..dah xde ape nak buat ape lagi..tidur le..sbb esok tu nak kene bangun pagi..nak jalan2 lagi..Nak tau x, waktu siang kat Beijing ni agak singkat jika nak dibandingkan pada waktu malam.
Note:
3 Percakapan yg telah kupelajari hari ini di Beijing ialah:
1) Chao Shan Haw – Selamat Pagi
2) How – Hai, Ni How Ma? – Ape Khabar?
3) Toche-toche – terima kasih banyak2..
Ok..nanti aku sambung cite lg dalam part 3 ye..InsyaAllah..