When you think there is no one to turn to, Remember, Allah is always there for you..sharing is caring
SALAM SEJAHTERA
Wednesday, September 23, 2009
MEMORI HARI RAYA
Raya tahun ini tak balik beraya dikg ku di Kelantan cume beraya dikg suami di NS je..kalau nak ikutkan hati ni memang sedih jugak...tambah pulak bila dengar lagu raya favorite aku ni "DARI JAUH KUPOHON MAAF" meleleh air mata dibuatnye..lagi2 bile terkenangkan kg halaman dan arwah ayah & ibu yg telah tiada...Nasihatku kpd rakan2 yg masih mempunyai ibubapa tu hargailah mereka dan gembirakanlah hati mereka dengan pulang beraya ke kg untuk memohon ampun dan maaf dari keduanya jika ada salah dan silap, jika tidak kalian akan menyesal kemudian nanti dan bersyukurlah kepada rakan2 yg masih mempunyai ibu dan bapa.Berdoalah selalu agar mereka dipanjangkan usia dan sihat selalu..Amin..
Balik Kg
Aku & family balik kg pada petang Jumaat(18/9/2009), sebelum balik tu aku & family singgah shopping dulu kat Kiara Shopping Bahau,NS utk belikan selipar/sandal raya untuk anak2 coz hari tu cume shopping baju raya je..x sempat nk shopping lagi , shopping complex pun dah nak tutup sebab sampai kat sanepun dah kul 9++.Aku bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberikan aku rezeki dan dapat belikan baju raya utk anak2ku..macamane lah agaknye pada mereka yg tidak mampu..aku doakan juga agar mereka juga mendapat sumbangan drpd kerajaan dan insan2 yg pemurah utk membantu mereka agar mereka juga dapat menyambut hari raya ini dengan gembira seperti aku. Jika aku mampu atau mempunyai rezki lebih akan kubantu insan2 yg tidak berupaya tetapi aku juga dari golongan yg sederhana, sekadar cukup makan/pakai anak2 dan keluarga sahaja dan tak lebih dari itu.
Suasana Hari Raya
Suasana hari raya dirumah mak mertuaku agak kurang ceria sikit kerana 2 orang adik suamiku x dapat beraya bersame kerana tahun ini giliran mereka beraye dikg suami/isteri masing2 pulak. Sorang diTrengganu dan sorang lagi diBanting,S'gor.Mereka akan balik pada hari raya ketiga nanti. 2 org adiknya yg duk dekat kg juge beraye dirumah masing2, tinggallah aku dan familyku shj bersame kedua ibu dan bapa mertuaku saje..apo nk dikato..berayolah mano yg ado kek situ jo..
Hari Sabtu(19/9/2009), aku & suami tolong mak bakar lemang. Kami gotong royong buat persiapan utk raya spt buat nasi impit dan kuah kacang, rendang ayam, daging dan itik. Mak mertuaku masak rendang daging Minang, aku pulak masak rendang berempah(Rendang Tok) dan adik ipar pulak masak rendang itik sebab pak mertuaku tak makan daging coz dia ade darah tinggi manakala rendang ayam pulak takut gatal..hai..macam2..nak buek camano..ikut jo lah selero org tuo..nanti kompunan susah dibueknyo...okeylah setakat ini dulu..ade mase kite sambung lagi ye..tunggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment