SALAM SEJAHTERA

Friday, November 12, 2010

SALAM AIDIL ADHA..


Disini ku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga raya kali disambut dengan penuh kecerian dan penuh pengorbanan.

Wassalam.


"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN"

Tuesday, November 9, 2010

Aku Berdoa Pada Mu Ya Allah..

Bissmillahirrahmannirrahimm





Aku Berdoa kepada Allah SWT

Aku berdoa kepada Allah di langit di atas ku,

Aku berdoa kepada Allah meminta-Nya untuk kasih-Nya.

Aku berdoa kepada Allah agar aku selamat dunia dan akhirat

Aku berdoa kepada Allah agar aku jauh dari bahaya.

Aku berdoa kepada Allah untuk menjaga keluarga ku agar selamat,

Aku berdoa kepada Allah untuk menjaga kita semua dalam pelukan-Nya.

Aku berdoa kepada Allah agar aku tidak takut,

Aku berdoa kepada Allah untuk semua yang aku sayangi.

Aku berdoa kepada Allah untuk ku dan untuk kamu,

Aku berdoa kepada Allah bahawa Dia mengampunkan yang salah yang kita lakukan.

Aku berdoa kepada Allah di langit di atas ku,

Aku berdoa kepada Allah meminta-Nya untuk kasih-Nya.


Semoga doaku ini dimakbulkan oleh Mu Ya Allah...Amin..

Monday, November 8, 2010

MENU SEPANJANG CUTI DEEPAVALI

Salam bahagia..

Sebenarnya xde ape yg hendak ku citekan just nk uploadkn menu2 yg telah ku masak sepanjang cuti Deepavali hari tu. Aku dan family x pegi mana2pun just stay at home je..dah dapat cuti 3 hari, anak2pun semua x sekolah, cuacapun mendung dan syik hujan je..nak kuar jalan2pun malas..ape lagi masak je la kerja aku selain dari menegmas rumah..masa cuti je aku dapat masak yg special sikit tuk kuargaku..(special ke??..ala menu biasa je..), kalau hari biasa tu menu simple2 je..1-2 menu dah..maklumlh aku ni bekerja..nak masak byk2 lauk kut x smpat...kalau nak tahu ape menu yg aku masak hari tu ha layan je.. maaf ye..resepinya aku lum sempat lg nak taip..tapi kalau ade request dr sesape nnti aku upload semula k....layannzz....


Chicken Chop (x pyh beli kt kedai lg dah..kalau nk mkn buat sendiri je..)

 
goreng aym popcorn (x pyh pegi KFC - dijamin halal dan sedap) 


ayam masak lomak cili api (fvrite my hubby)


kacang soya campur telur

masak lemak ikan kembung dgn timun(masakan org kelantan)

 cendawan goreng bersalut tepung..emm..sedap n rggup gitu..(fvrite anak2)

MENU MINUM PETANG


 COLOURING RICE CUP CAKE




DUNKIN DONATS..ha yg ni beli..


Selamat menjamu mata...


Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php



Hadith :

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.


Riwayat Muslim

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali..


Happy Deepavali to all Indian religious and always cheerful and happy and safe holidays to all ..