SALAM SEJAHTERA

Saturday, October 30, 2010

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR


Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik


lewat overtime dah syak yg bukan2…


C6. CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


C8 CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.




Note:

Atikel ini aku search kat internet untuk ku jadikan panduan buat diri sendiri dan untuk dikongsi bersama kaum muslimah yang lain ..terima kasih to Dato’ Dr Hj Fadhilah Kamsah atas nasihat yg berguna ini..

Wassalam..

Friday, October 29, 2010

Abang…adik mintak maaf…

Entry kali ni.. aku nk cite sikit pasal ragam anak-anakku masa cuti hari tu sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24hb Oktober 2010 yg lepas. Anak-anak tak sekolah dan akupun tak kerja pada hari tu..masing2 semuanya lepak kat rumah je sebab tak gi mana2. Mulanya camni.. si abang sibuk la setting koleksi gmbr dan lagu2 kegemaran dia kt dlm hp dia..pastu tunjuk la kt aku(maknya)pasal tu..dia bukan main happy nmpaknya..bila si adik dah terdengar diapun sibuk la nk tengok jugak gmbar abang dia tu..si abang x perasan yg adiknya dah ambil hp tu..tengok punyer tengok..ingatkan dia tgok je..rupe2nye dia membege pulak gambar yg si abang dh upload tadi..akupun x perasan jugak..ingatkan dia just tengok gmbr kt dlm hp tu je..pastu bila si abangnya ambil hp dia dan tengok semula, rupe2nya si adik dah delete gambr si abang tu, bukannya satu..habis satu folder dah dideletenya..dan lagu2 yg ade kt dlm hp tu pun dh dideletenya..si abang pun ape lg..bukan main la berangnya..siap nk pukul adiknya..sampai menangis2 si adik tu..(belum pukul lagi ..tp si adik dh menangis..) nasib baiklah mak dan ayahnya ade masa tu tak jadilah dia pukul adiknya just marah2 je lah..muke diapun masam mencuka dan langsung taknak tegur dan bercakap dengan si adik tu...


Akupun tegur la adiknya, “ngape adik delete gambar abg tu?”, si adikpun menjawab “ adik tengok abang ambik gambar tak pakai baju, malulah..adikpun delete la..ustazah adik kate x elok nampak aurat..”(gambar muka dan bahu je yg si abang tu ambik).. nak tengok??..ha tengok la foto kat bawah ni yea..

(kan main  lg anak bujang aku ni bergaya..perasan maco la tuu..)

Gelihati pulak aku dengar jawapan dari si adik tu..akupun tegur gak dia “lain kali adik jangan pandai2 delete or bege hp abang ataupun sape2 tanpe pengetahuan tuan punya dulu tau, x baik..nanti adik mintak maaf kat abang ye..”, adikpun menjawab..”ok la ma..nanti adik minta maaf kt abang tp mcmane..adik tak nak cakap ngan dia..adik takutt..”, aku pun jawab “kalau adik takut nak cakap..adik tulis je surat pastu letak kat atas meja dia, nanti bila dia bangun tidur dia akan bace..”, si adikpun buatlah mcm yg maknye suruh tuu..


Mula2 dia tulis ape tau?..dia tulis camni, “ Abang, adik mintak maaf ..kerana menghilangkan lagu abang..” tu je..bukan main besar lagi kertas yg dia tulis tu..kertas lukisan…nak tengok ke surat tu..kalau korang semua nak tengok, tengok la aku dah hapdate kan kt bawah tu...dgn tulisan yg x seberape cantik tu..maklumlah tulisan budak darjah satu..tp aku rase tupun kira ok gak sbb dia pandai tulis dan pandai gak mengeja…hehe..mula2 itu je ayat yg dia tulis kat surat tu..pastu dia letak kt meja kt dalam bilik abang dengan sebungkus roti berharga 50 sen..nak bodek si abang la kononnya tuu..


(Surat minta maaf dari si adik buat si abang ...maaf tulisan x bape clear ye.. hehe..bace le..)
Pastu bila abang ye bangun tidur, abangnya terus baca surat tu..abangnya masih marah lagi kat si adik..dia pun balas surat adik tu, dia tulis ape tau..dia kata” TAK NAK ABANG TAK NAK MAAFKAN..BUT THANKS GIVE ME THE BREAD” siap ngan gambar sekali ngan muka garang..hehe..abang tu saje je nak gertak adiknya tu..tp puji gak adiknya siap ucapkan terima kasih sbb bagi roti kt dia tadi..pastu dia suruh aku bagi surat tu semula pada adiknya, yg tukang jadi posmennya aku la.. maknya sendiri..(saje je..aku buat macam tu nak ajar anak2ku bermaaf –maafan, jangan sampai berlarutan, saje nak ajar si adik minta maaf pada abang jika buat silap lain kali..). 


Surat tu aku bagi semula kat si adik suruh dia baca..bila si adik tu tahu yg abang tak nak maafkan dia ape lagi..risau semacamlah dia..siap tanya maknya, “macamane ni ma..abang tak nak maafkan adik ni..dia masih marahkan adik lagi..”, si adik bukan main lagi risau aku tengok..sbb sian kat adik, akupun ajar dia balas surat tu tuk minta maaf sekali lagi..adik pun tulis begini..”Abang tolong lah maafkan adik, lain kali adik janji taknak buat lagi..i’m sori..” siap lukis gambar muke dia tengah senyum pulak tu..hehe..gelihati aku..adik suruh aku (maknya) bagi semula surat tu kat abangnya..aku pun tunjuklah kat abangnya..bila abang baca sekali lagi..diapun tergelak baca ayat yg ditulis oleh si adik, dan terus balas surat tu pastu siabangnya balas semula, dia tulis..

“ OK, LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI TAU!!!..” siap lukis gambar lagi.. wajah siabang yg ade tanduk(garang) tetapi muka senyum..surat tu aku tunjukkan semula pada si adik..bila adik baca surat tu yg abangnya dah maafkan dia baru la dia rase lega dan senyum semula..Hai..macam2 gelagat anak2 ni, nak marahpun ade, gelihatipun ade..ku doakan semoga anak-anakku tidak bergaduh sesame sendiri dan sentiasa bermaaf-maafan bila mereka dewasa kelak..Amin…


Pengajarannya: ( Wah, siap pengajaran lagi…cm cikgu la pulak..hihi..)

Kita perlulah sentiasa bermaaf-maafan dan mudah memaafkan kesalahan orang lain jika orang itu mohon maaf, yang muda perlu minta maaf dari yg lebih tua dan yang tua perlu memaafkan yang muda.


Didikan pertama adalah bermula dari rumah dan ibubapa adalah guru yang pertama memberi pendidikan pada anak-anak.



Jumpa lagi…Wassalam..

Monday, October 25, 2010

SIAPAKAH ORANG ITU?..

Untuk renungan bersama..



Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?


Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.



Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wallahualambissawab..

Sunday, October 24, 2010

APABILA HATI SUDAH BUTA..

Salam sejahtera.. dalam pencarianku dari blog ke blog terjumpalah sebuah sajak yg kuminati yg mana kata-kata dialamnya amat bermakna pd diriku dan kita semua utk dijadikan sebagai teladan..

Pabila hati Sudah Buta


Apabila hati manusia telah buta,

Atau jika hati manusia telah mati,

Perasaannya yang positif sudah tidak ada lagi,

Kasih sayangnya hilang, rasa simpatinya gersang,

Bertimbang rasa sesama manusia lenyap sama sekali,

Belas kasihannya tercabut sama sekali dari jiwanya,

Maaf-bermaafan tidak akan berlaku sesama manusia,

Di waktu itu hatinya kejam, jiwanya keras,

Kalau dia menzalim atau menganiaya manusia,

terhibur hatinya,


Kalau dia disinggung orang, sangat berdendam,

Jika orang mendapat kesusahan gembira hatinya,

Puas hatinya melihat orang di dalam penderitaan,

Dia jadi orang pemarah, emosional dan pemberang,

Jangan ada orang yang mencabarnya, dia tidak sabar,

Dia akan bertindak balas kepada orang itu,

Kalau mendapat pangkat, kekayaan,

sombongnya terserlah,

Jika mendapat kesusahan atau ujian,

aduh, sungguh derita jiwanya,

Sentiasa sahaja keluh-kesah, resah dan gelisah,

Marah-marah pun tiba hingga sikap tidak normal lagi,

Pantang diberi ingatan dan nasihat,

Payah mahu menerima bahkan dia tersinggung,

Sakit hati pun membara kepada orang itu,

Begitulah jika hati manusia sudah buta,

Atau kalau jiwa manusia telah mati,



Oleh itu, hati perlu dibrsihkan agar ianya tidak pudar dan mati..

Wassalam


Dipetik dari cahayamukmin.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

SALAM 1 MALAYSIA…



Selamat pagi semua..

Salam ceria dan Salam 1 Malaysia kepada semua rakyat yg tinggal dalam negara Malaysia ini iaitu sebuah negara yg rakyatnya yg terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan keturunan yang hidup dalam negara yg aman damai dan indah permai ini..

Semoga pagi Jumaat yg indah dan suci ini akan memberikan satu keceriaan dan kegembiraan buat kita semua dan bersyukurlah kepada Yang Maha Esa kerana kita masih dapat menghirup udara segar dibumi Allah s.w.t yg tercinta in dan masih dapat menjalani hidup seharian bersama insan-insan tersayang…

"RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Wednesday, October 20, 2010

TEMAN LAMA..

Hari ni aku suke sgt2 sbb kawan karib mase aku bekerja kat Pej. Qadhi Kuala Krai, Kelantan dulu..Che Zuraida namenye..dia ade call aku ptg ni..x sangka hubungan kami yg lebih kurang 20 thn terputus dapat bersambung kembali dgn bantuan komunikasi skrg ni..terima kasih byk2..syukur kehadrat Ilahi..

Mase berpisah dulu aku x sempat nk ambil no.telefon rumahnya..mklumlah mase tu hp ni jrg org guna lg..kalau ade pun x ramai yg ada benda tu..dia kate dia dpt no.hp aku drpd abangku yg berada kt Kota Bharu skrg ni..Alhamdulillah..nnti boleh lah kami sambung cite lg..mmg mcm2 nk cite mase dia call td tp x sempat..InsyaAllah slps ni kami akan saling berhubung..dah tahu rumah dia kat mane balik kg nanti bolehlah jumpe..

Thursday, October 14, 2010

Buta Mata Buta Hati..Perbaiki Diri Hiasi Peribadi..

Semalam aku sakit kaki.. pagi ni aku sakit hati.. sakit hati dengan perangai orang2 yang “buta mata dan buta hati” ..kenapa aku cakap macam tu sbb orang tu ada mata tetapi x tau nk melihat, ada hati tetapi tak tau nak menilai..manusia yg bersikap “kurang pendidikan” agaknya dlm bahasa yg halus dan kalau bahasa kasarnya “agak kurang ajar” sikit..ade la insan yg kukenali yg hidup diatas muka bumi Allah ini..aku ni mmg mudah memaafkan orang kalau orang tu mintak maaf dan aku jugak mudah melupakan apa yg orang dah buat padaku, tp setiap perbuatan yang mereka lakukan tu tetap tersimpan dalam memori hidupku… cuma aku tidak suka menyimpan dendam, bagiku yg dah lepas tu lepaslah ..biar Allah s.w.t saja yg membalasnya…

Masihku ingat lagi pesanan arwah ayahku “biarlah orang buat kita..jgn kita buat orang..” kemarahanku jadi reda semula bila aku teringat pesanan tu.. aku tak suka cari gaduh sbb keturunanku bukan kaki gaduh..tp kalau orang cuba cari pasal denganku mmg aku tak boleh berdiam diri sekurang2nya aku menjawab jugak untuk mempertahankan diriku dan hakku, orang kata kesabaran seseorang tu ada hadnya tp kalau dah hilang pertimbangan dan sabarpun dah ditahap maximum tu..tak taulah ape nak jadipun jadilah..tetapi..Aku mohon padamu Ya Allah..Ampunkanlah dosaku, kuatkanlah imanku, jauhilah diriku dari segala kemungkaran dan perasaan hasad dengki dan berikanlah kesabaran serta ketabahan pada diriku dalam mengharungi liku2 hidup yg penuh dengan dugaan dan cabaran ini ..Mungkin ini juga salah satu ujian dan dugaan yg Allah berikan padaku.. aku redha..Aku juga doakan agar insan yg kumaksudkan tu dapat menginsafi perbuatannya, menundukkan muka kebumi nyata, merenung sejenak keawan biru dan bertafakur seketika serta menginsafi diri atas segala perbuatannya itu tak kiralah samada pada diriku atau orang lain..memang manusia ni tak lepas dari membuat kesalahan termasuklah aku juga tapi sekurang2nya kita perlu berikhtiar untuk cuba menjauhinya dan menginsafi segala perbuatan buruk yg telah kita lakukan selama ini..Janganlah menambahkan lagi dosa yg ada. Ingatlah..”secantik manapun kita, segagah manapun kita, sebanyak manapun harta yg kita ada dan setinggi manapun ilmu yg kita perolehi…ianya tidak akan kekal selamanya kerana semuanya itu adalah milik Allah s.w.t..kecuali sedekah jariah dan amal ibadat yg benar2 ikhlas saja yg akan kekal abadi dan akan membantu kita diakhirat kelak…"

Seandainya aku telah tiada didunia ini nanti, aku dah maafkan segala kesalahan yg orang dah buat padaku dan aku juga mohon maaf jika ada salah dan silapku, maaflah kalau ada sesape yg terase..bukan sengaja tetapi sekadar luahan rasa yg terpendam dilubuk hatiku yg kudus…

“bumi mana yg tidak ditimpa hujan, lautan mana yg tak bergelora..”

Wallahualambissawab…


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)

Kepada semua pembaca blogku yg budiman, mohon maafkan segala salah silapku. Suamiku dan kedua ibu bapa serta keluargaku..

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.


~ WASSALAM ~

Wednesday, October 13, 2010

Adoii!!!...Sakitnya...

Adoii!!…Sakitnya Jari  Kakikuu..
(Beginilah lebih kurang rupenya jari kakiku yg bengkak tu..gmbr ni sbnrnya search kt google kebetulan jari yg sama pulak tu..)
Pagi ni, time tengah kelam kabut nak urus anak ke sekolah, masa aku nak ambil duit dalam handbag yg aku letak dalam almari, bila ku bukak je almari tu..tetiba satu objek jatuh menghempap kakiku..akupun ape lagi menjerit la..aduihh…sakitnya kaki..bila kulihat benda yg jatuh tu rupa2nya kamera yg kuletak tepi sangat dgn pintu almari tu..nasib baik la kamera tu x pecah cume kaki aku pulak yg sakit..sambil menahan kesakitan aku membuka dompetku nak ambil duit tuk belanja sekolah anak-anak..pastu bagi duit kat anak, salam dan cium mereka..dah settle..


Bila dah settle uruskan anak, apa lagi..urus diri sendiri la pulakk..bersiap nak g keje ..kakiku yg sakit tu aku cuma sapu minyak gamat je..harap2 baiklah....malas nak manja2kan diri.. masa ni kakipun tak bengkak lagi..Sambil menahan kesakitan, akupun pergilah punch card kemudian masuk ofis, bila dah sampai ofis buatlah keje seperti biasa susun buku dan surat khabar yang student baca malam tadi, banyak lak tu..maklumlah diorang tengah peksa sekarang ni...minggu depan diorang dah nak cuti 2 minggu…tp bdk foundation je, yg degree masih ade lagi..pastu baru bdk degree pulak nk exam..

Lepas settle semua tu..akupun masuk bilik untuk wat keje2 yg ade kt bilik pulak..masa tu x la rase sakit sangat. Lepas tu dalam kul 10 lelebih gitu..aku terasa semula sakitnya..jari kakiku berdenyut-denyut rasenye..bila aku tengok jari kakiku yg sakit tu..Ya Allah!!..ia semakin membengkak dan lebam, tadi terpikir jugak nk g klinik ke tidak..tapi..pikir punya pikir malas la pulak nak g klinik tu sebab semalampun aku dah g klinik, bawak anakku untuk jumpa doctor sbb demam..nanti ape pulak kate doctor dan misi (nurse) kat klinik tu..asyik2 muke tu je..dah malas nak pegi klinik tahan je la sakit tu sampai ke malam..hari ni aku keje sampai malam pulak tu..malam ni sapu minyak gamat lagi, InsyaAllah ..harap2 besok ok la tu..malas la syik mc je..rekodpun x cantik nanti..hehe..klau x ok jugak x tau la..terpaksa jugak la aku gi klinik tuk mintak ubat..

Monday, October 11, 2010

Al FATIHAH..


Al-Fatihah buat ayahanda kpd sahabat karibku Norbaini Mat Nor yang telahpun kembali ke rahmatullah pada jam 5.00 pg tadi di Wad HTAA Kuantan yg mana arwah baru dimasukkan ke hospital tersebut semalam. Arwah meninggal kerana sakit jantung.Jenazah dalam perjalan pulang untuk disemadikan tengahari ini di No.448, Felda Keratong Tiga Bandar Tun Razak. Muadzam Shah,Pahang.
 Semoga roh arwah ayahnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya semasa didunia dahulu dan dimasukkan dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..