SALAM SEJAHTERA

Wednesday, January 27, 2010

Coretan Di Malam Hari


Assalamualaikum..,

Jam dirumahku telah menunjukkan masa hampir jam 12 tgh mlm..namun aku masih belum tidur lagi. Aku baru saje habis membersihkan ayam, ikan, udang dan sotong yg dibeli oleh suamiku dipasar tani pagi tadi.. Kalau nak diikutkan mata aku ni mengantukk sgt..tp aku fikir kalau aku tidur jawabnye bangun pg besok mesti kelam kabut punyer..bila nk siang ayam , ikan, sotong dan udang,bila mase pulak aku nk masak utk menu mkn tghari nanti..baju ank2pun masih belum bergosok lagi, termasuklah bajuku dan suamiku utk dipakai ke pejabat nanti..kainpun belum bersidai lagi..aduhh..penat sekali rasenye tubuhku..namun demi keluargaku, kugagahi jua utk melakukan semua itu dan menyiapkan semua kerja2 rumah sebelum masuk tido dgn berteman tv yg masih lg menyiarkan siarannye dgn berbagai2 cerite didlmnye dan ank gadisku yg juge masih belum tidur lg utk mengulangkaji pelajarannya..utk menggelakkan daripada mengantuk yg amat sgt, aku buatkan kopi tuk diminum bersame kuih karipap yg masih ade sebiji lg yg dibeli oleh suamiku mase minum ptg td..selepas siap je menyiang dan membersihkan laukpauk tu..bdan pun letih sgt coz berdiri lame sgt kt sink td..so timbul pulak idea utk ku tuliskan dlm blogku ini..ape lg..akupun buke blogku sambil berehat seketika sambil minum secawan kopi panas..emm..baru lege..sedapnyer..kopi kapal api..hehe.. Dah minum kopi tu..barulah hilang sikit mengantuk ni..lpas ni aku kene sambung balik keje2 rumah yg ku katekan tadi..xpelah walau mcmane letih sekalipun aku tetap melakukan tugas2 harianku sebagai seorang ibu demi utk membesarkan anak2ku..ibu mithali lah katekan..dan juge menjadi seorang isteri yg solehah..InsyaAllah..bak kate pepatah.. kasih saudara semase berade.. kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu sehingga ke syurga.. seperti lirik lagu yg didendangkan oleh Aisyah iaitu "Syurga DiTelapak Kaki Ibu"..kerana aku amat meminati lagu ini..bila aku mendengar dan menghayatinye, aku hampir menitiskan air mata kerana aku terkenangkan ibu dan ayahku yg dah lame kembali ke rahmatullah..Semoga roh ibu dan bapaku dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t...Amin..


Disini aku uploadkan lagu tersebut bersama liriknye sekali..



Oklah setakat inilah saje coretanku pd mlm ini..Selamat Malam..

Tuesday, January 26, 2010

Amalan Lestari Di Rumah

Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)
Kaedah jimat tenaga, mesra alam yang boleh diamalkan keluarga

PEPATAH melentur buluh biar dari rebungnya juga sebenarnya dapat digunakan bagi mengajar penghuni rumah tabiat baik yang harus dilakukan untuk kebersihan, konsep berjimat cermat dan penjagaan alam sekitar.

Amalan lestari ini harus ada pada setiap isi rumah tidak kira rumah kediaman itu besar atau kecil. Apa yang penting setiap ahli rumah mengambil bahagian dalam melaksana amalan ini. Tanggungjawab menjaga kebersihan dan alam sekitar harus bermula dari rumah kerana bermula dari sini sifat tanggungjawab ini dapat dipupuk dan dilaksanakan ibu bapa kepada setiap ahli keluarga.
Setiap kediaman memerlukan beberapa keperluan asas bagi membantu penghuni kediaman melaksanakan aktiviti harian mereka. Antara keperluan asas yang sangat diperlukan adalah keperluan air bersih dan tenaga elektrik. Dua asas keperluan ini disifatkan nadi kehidupan dan jika salah satu tidak dapat diperoleh, maka pasti berlaku kepincangan dalam sistem kehidupan seharian. Selain daripada itu amalan kebersihan dan menjaga kesihatan juga perlu dititik beratkan kerana amalan memang dituntut oleh agama selain mengelak daripada ahli keluarga dari dijangkiti sebarang penyakit.

Berikut amalan lain yang boleh dilaksanakan:

Amalan kitar semula
• Memberi sokongan program kitar semula selain memastikan ahli keluarga memberi kerjasama untuk mengitar semula barang buangan sebanyak mungkin.
• Menggunakan semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang atau sebagai hiasan yang mengelakkan pembaziran dengan membeli bekas baru.
• Mengurangkan penggunaan beg plastik atau bawa beg sendiri untuk membeli belah. Ini disebabkan beg plastik sukar untuk dilupuskan.
• Kitar semula air bilasan cucian. Air cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.
• Gerakkan ahli keluarga untuk memberi idea kreatif bagi mengguna semula peralatan yang terbuang atau mengguna semula peralatan atau perabot dengan gaya baru.

Amalan jimat sumber air
• Penggunaan mandi pancuran atau shower harus digalakkan berbanding penggunaan takungan mandi atau bath tub. Namun tidak semua orang selesa mandi secara pancuran dan sekiranya menggunakan kolam mandi adalah digalakkan menggunakan gayung kecil. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak empat kali ganda.
• Elakkan kerap cuci kenderaan. Jika perlu, gunakan siraman bilasan menggunakan air dari baldi yang jauh lebih menjimatkan berbanding air disalurkan terus daripada paip. Lebih bijak, gunakan sumber tadahan air hujan.
• Siraman pokok dan tanaman secara berkala bagi mengelak pembaziran. Gunakan tadahan hujan adalah digalakkan.
• Jika elemen air tidak begitu penting kepada sesebuah reka bentuk rumah kediaman, maka eloklah jika ia ditiadakan. Ini kerana kolam ikan, kolam renang atau pun reflecting pool memerlukan penjagaan serta air yang sentiasa diganti.
• Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga dan hanya membasuh selepas muatannya penuh. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.
• Kawal kadar aliran air paip kerana aliran yang rendah boleh mengurangkan antara 25 peratus - 50 peratus penggunaan air.
• Pasangkan sistem dua curahan pada tandas yang dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bagi satu-satu keluarga• Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.
• Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

Amalan jimat sumber tenaga
• Gunakan peralatan elektrik jimat tenaga. Elak peralatan elektrik seperti televisyen yang dibiarkan dalam keadaan 'standby mode' yang menggunakan tenaga elektrik.
• Penggunaan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi jimat tenaga. Periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga selain makanan dimasak juga lebih sihat.
• Gunakan menggunakan mentol dan lampu jimat tenaga, ini kerana penggunaan mentol dan lampu seperti ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80%.
• Pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan terpengaruh membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan kewajaran penggunaannya. Semakin besar kapasiti semakin tinggi penggunaan tenaga.
• Jemur pakaian di bawah cahaya matahari berbanding mesin pengering.
• Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan.
• Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yang sesuai dengan keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh ruang bilik tidur seluas 3 meter x 4 meter adalah mencukupi menggunakan penghawa dingin berkadar 1hp. Kadar suhu yang sesuai sekitar 22 - 24’darjah Celsius. Elak daripada menggunakan kadar suhu yang sangat rendah kerana mengakibatkan alat penghawa dingin bekerja lebih berat.

Amalan kesihatan baik
• Galakkan ahli kelurga berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
• Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi menghindar serangan serangga perosak.
• Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ia tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.
• Menjaga kebersihan dari haiwan perosak seperti lalat, lipas, tikus dan semut. Pastikan kebersihan dijaga pada setiap peralatan dan memastikan tiada tempat haiwan ini boleh membiak.
• Senantiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga dari segi persekitaran dan haiwan peliharaan bagi mengelak penyakit berjangkit.

Panduan Kebersihan

Bagi memastikan kebersihan menjadi amalan, beberapa panduan perlu dituruti. Antara perkara asas mesti diketahui ialah;

• Kepentingan membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan peralatan bekerja seperti perkakasan berkebun, berus tandas dan penyapu.
• Pastikan anggota keluarga terutama pembantu rumah mengamalkan prosedur membasuh tangan yang betul iaitu menggunakan sabun, gosok tangan hingga hilang kotoran dan memastikan celah kuku bebas sebarang daki serta sisa kotoran. Akhir sekali, bilas tangan dengan air bersih dan lap sehingga kering.
• Pastikan pembantu rumah mengenakan pakaian sesuai iaitu sopan, bersih dan bersedia melakukan tugasnya.
• Memberi tunjuk ajar dan panduan kebersihan diri kepada seisi rumah. Beri penekanan mengenai larangan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, tuala muka selain tuala mandi harus ditukar sekurang-kurangnya sekali seminggu serta kebaikan kerap mencuci muka dan rambut.

Panduan kebersihan kanak-kanak

Anak kecil paling mudah diserang jangkitan. Sistem imunisasi mereka tidak membantu berdepan dengan persekitaran kotor serta tidak terjaga. Oleh itu, pembantu rumah perlu dilatih memastikan permainan, haiwan peliharaan dan ruang bermain mereka sentiasa dalam keadaan bersih.
Apa yang perlu dipastikan bersih:
• Alat permainan - sentiasa dicuci dengan pembersih basmi kuman tanpa toksik dan dikeringkan di bawah cahaya matahari.
• Haiwan peliharaan - meskipun yang dibela nampak jinak dan bersih, ia berpotensi menyebarkan kuman penyakit khususnya kepada kanak-kanak. Bagi mengelakkannya berlaku, pastikan langkah penting termasuk basuh tangan anak selepas bermain dengan haiwan, kerap bersih dan mandikan haiwan peliharaan, pastikan tempat tidur, tikar dan alat permainan haiwan berkeadaan bersih serta memastikan tempat najisnya sentiasa dibersihkan.

Amalan kebersihan makanan

Kaedah pemilihan dan pengendalian makanan amat penting dan ia harus bermula di pusat beli-belah, kaedah penyimpanan selanjutnya penyediaan makanan dan cara memasak.

Panduan pengendalian kebersihan termasuk:
• Sebelum membeli bahan makanan, periksa dulu tarikh pembuatan dan tempoh luput pada pembungkus makanan.
• Segera simpan, buat pengasingan makanan mentah dengan siap dimakan sebaik di peti sejuk.
• Cuci papan pemotong daging mentah dengan pembersih tanpa toksik sebelum ia digunakan semula.
• Cuci tempat memasak, papan pemotong, sinki, peti sejuk dan peralatan dapur dengan pembersih bebas toksik sekerap mungkin. Selesai memasak, permukaan dapur dibersih dan dikeringkan supaya ia bebas kuman.

Ruang dapur

Ruang ini tempat menyediakan makanan. Kegagalan memastikan dapur bersih menyebabkan pembiakan kuman pembawa penyakit serta keracunan makanan. Pendidikan pembantu rumah bermula di dapur kerana sebahagian masa mereka dihabiskan di sini.

Ruang ini juga dikatakan sarang pembiakan haiwan perosak seperti lalat, tikus, lipas dan ulat. Justeru untuk mengelakkannya, anda perlu;
• Ganti tuala tangan dan alas meja mengikut keperluan.
• Sentiasa kosongkan tong sampah dan bersihkannya sebelum diletak plastik sampah baru.
• Pemilihan kemasan dan reka bentuk ruang dapur juga penting bagi kesempurnaan ruang. Ini termasuk mengelak penggunaan bahan kemasan licin yang boleh mengundang kemalangan kecederaan apabila ia terkena air. Adalah digalakkan memilih kemasan tahan air kerana ruang dapur harus kerap dicuci.
• Elakkan reka bentuk dapur mudah mengumpul habuk dan membiakkan haiwan perosak.

Bilik Air

Ruang ini lembap dan berair, maka memudah pembiakan kuman seterusnya menjadi punca kepada penyakit berbahaya seperti jangkitan viral dan cirit-birit.

Kebersihannya dijamin dengan menggunakan pencuci antikuman. Panduan penjagaan termasuk;
• Basuh tangan selepas menggunakan bilik air.
• Sentiasa tutup pintu bilik air bagi menyekat penyebaran kuman.
• Tutup penutup mangkuk tandas selepas mengepam air untuk elak kuman merebak ke tempat duduk.
• Cuci tandas dengan cecair pembersih tanpa toksik dan basmi kuman. Ruang itu harus dibersihkan sekerap mungkin selain dipastikan berkeadaan kering.
• Ruang mandi dipastikan dicuci setiap minggu supaya kuman tidak melekat dan membiak dengan mudah.

Monday, January 25, 2010

Deco Nur Kasih

Hai..ni pulak hiasan rumah sape ...emm..cume org2 yg biase tengok je yg tahu rumah siapekah ini..hiasan ini sesuai bagi rumah yg mempunyai ruang yg sempit..


Ruang Santai


Ruang Menonton TV


Ruang Komputer


Ruang Sudut

Deco Nur Kasih

Hiasan ni adelah idea deco dari Nur Kasih sendiri..tak taulah cantik ke tak..xpelah untuk kepuasan sendiri..maklumlah rumahnye x besar manepun..
Ruang Makan 1
Ruang Makan 2

Ruang Tamu 1

Ruang Tamu 2
Ruang Tamu 3





Rumahku Syurgaku..


Syurga Linda Onn

Hiasan Bilik Tidur Anak

Hiasan Antik 1

Haisan Antik 2

Hiasan Antik 3

Rumahku Syurgaku..

Rumah Selesa


Perabut Ekslusif

Dapur Sempurna 1





Dapur Sempurna 2

Friday, January 22, 2010

Rumahku Syurgaku..

Hiasan perabut ni saya dapat dari halaman deco di Akhbar Harian Online, disini saya uploadkan beberapa contoh hiasan deco hiasan rumah. Mungkin hiasan tersebut dapat dijadikan contoh dan panduan untuk puan-puan mengubahsuai kedudukan perabut dalam menghias rumah. Sebenarnye..saya juga amat meminati hiasan deco tersebut. Ini adalah sebahagian dr koleksi deco saya dan akan saya uploadkan lagi dari masa kesemasa jika ade kelapangan...Selamat menghias rumah...
Perabut Agam 1

Perabut Agam 2

Perabut Agam 3

Gaya Hiasa Klasik 1

Gaya Hias Klasik 2

Gaya Hias Klasik 3

Gaya Hias Klasik 4