Salam Sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini..
Mood utk mempublish menu2 berbuke dan resepi berbuka masih belum ada lagi, fotonya dah ade tp masa dan keadaan masih belum mengizinkan lagi, nantilah bila aku ade mood dan ade mase free nanti aku uploadkn kt sini ye..Harini aku cuma nk berkongsi cerita berkenaan situasi yg kualami pagi tadi semasa menonton tv pagi tadi.
Pagi ni aku terase sebak bila menonton cite "Takbir Terakhir" di Astro Prima dimna, seorg ibu tua tlh lari dpd rumah kabjikan krn dibiarkan oleh anak2nya dan ia pulang ke kg semata2 utk tinggal dirumah lamanya dikg ttp hampa pabila dpt thu yg rumah dan tanah pusakanya tlh dijual oleh ank2nya sendiri smata2 tuk menjelaskan hutang mereka kemudian ia dilanggar secara tak sengaja dgn kereta yg dipandu oleh anak2nya sehari sblm hri raya dan ia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd mlm hari raya slps ia dpt melepaskan hajatnya utk menyiapkan juadah yg digemari oleh ketiga2 anknya iaitu rendang ayam, kari ayam dan aym msk kurma dan sempat juga menyuapkan makanan pd ketiga2 anknya..syukur ketiga2 anaknya sempat memohon maaf dr ibu mereka dan ibu itu juga telahpun memaafkan mereka..betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang yg diberikan oleh ibu utk kebahagiaan anak2nya. Bagaimanakah sekiranya anak itu tidak sempat memohon maaf pd ibunya sehingga ibu itu menghembuskan nafas yg terakhir?...Berdosakah anak itu?..Wallahualambissawab..Oleh itu pd sesiapa yg masih lg mmpunyai ibu & ayah, pulanglah ke kg utk bertme dgn mereka utk memohon keampunan sebelum terlewat..Terkenang arwah ibuku yg telah lama pergi..dan pada bulan yg mulia ini aku amat merinduimu ibu dan ayahku..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa dan dimasukkan dlm glongan org2 yg beriman..Amin..Saksikan video kisah pengorbanan seorang ibu untuk dikongsikan bersama..
No comments:
Post a Comment