27 April, 2010(Selasa) – Hari ini brlaku satu tragedi yang amat menyayat hati dimana satu kemalangan telah berlaku diantara sebuah kereta dengan seekor burung telah berlaku di satu bulatan menuju ke Rompin dan Bandar Muadzam Shah berhampiran Balai Bomba dan Apartment Bestari. Oh..sungguh tragis dan sadis sekali.Nak tahu ceritanya lebih lanjut sila baca kisah seterusnya…
Ceritanya begini..hari ni..biaselah setiap pagi semue org sibuk dan tergesa2 menuju ketempat kerja dan ke destinasi masing2.Begitu juge aku, pagi ni aku tergesa2 memandu keretaku menuju ke tempat kerjaku. Dari rumahku jalan boleh dikatekan berbukit-bukit. Tiba disatu jalan menuruni bukit menuju ke bulatan, aku ternampak beberape ekor burung sedang berkumpul mungkin mereka sedang bermesyuarat la kut pg2 ni ataupun bertanye khabar diantara satu sama lain..so tanpa menghiraukan burung2 itu aku terus je memandu..biasanya bila ada kenderaan yg lalu burung2 itu akan terbang..akupun terus memandu kereteku melepasi burung2 yg sedang berkumpul dan bermesyuarat tu . Aku rase tidak ade ape2 yg berlaku sebab aku nampak semua burung2 td terbang bila melihat keretaku melintasi mereka dan aku buat tak tahu je lah dan terus memandu menuju ke ofis, maklumlah nk kejar mase ni..nk punch card takut terlewat nanti..jam didalam keteku menunjukkan hampir 5 min kul 8.00 pg.
Sampai je kat ofis, aku park kete ku dan terus pegi punchcard, lepas punch naik kereta semule dan terus memandu menuju ke tempat kejeku yg sebenar. Aku parking kete dan terus masuk ofis tanpa melihat ape yg ade kat kete ku. Buka bilik dan masukkan handbang dlm cabinet dan terus menuju ke rak buku tuk susun buku dan newspaper kemudian masuk semula ke bilik, pastu on pc dan buka mailbox biaselah pg2 aku mmg mcm tu..bace email dulu..nk tahu ape2 berita dan perkabaran terbaru tuk harini..nampaknye ade 2-3 email terbaru..hari ni aku ade training BMO database dengan pensyarah dimaklmal komputer kt Wisma.
Dah habis bace email, akupun unlock pc sbb nk kuar jap nk pegi beli sarapan sebab mase datang td x sempat nk beli..biasenya aku bawa bekal je tp hari ni x sempat nk wat sarapan tuk anak2 just makan roti + planta jer..Aku tak tahan makan roti je..dlm kul 10 pg nnti mesti lapar semula..teringat pule gerai makcik yg jual mcm2 nasi dan kuih muih kt belakang hospital tu..aku dh lame x beli kt gerai tu..pagi ni rase lapar pulak sebab semalam aku tak makan nasi cume makan roti je. Lepas beli sarapan aku balik ke rumah jap tuk makan, sebab rumahku dekat ngan tempat keje..lepas tu aku terus ke makmal komputer tuk training database tu. Training tu bermula jam 9.00 – 11.00 pg. Lepas habis training tu..aku terus pergi ke stesyen minyak Petronas sebab isi minyak kereta ku yg dhpun berkelip2..Banyak pulak kereta yg nk isi minyak mase tu.. aku menunggu ikut giliran..bila dh ade tempat akupun turun dari kete dan terus ke kaunter tuk bayar duit minyak. Mase tengah menunggu giliran nk bayar minyak kete tu, ade seorang lelaki yg nk isi minyak kerete jugak menegurku dan memberitahu ku bahawa ade burung yg telah mati melekat kat keretaku..selepas teguran tu barulah aku perasan rupenya aku telah melanggar salah seekor burung mase kejadian tadi..MasyaAllah..aku rase sedih pulak..kesian burung tu..diapun nak hidup jugak macam aku kerana ia juga merupakan makhluk Tuhan dan begitu juga semua makhluk2 yg ade atas muka bumi ini..Ya Allah..ampunkanlah dosaku..aku tidak sengaja membunuhnya…Amin...
Pengajaran:
Ingatlah kawan, berhati-hati semasa memandu..dan kita juga perlu sayang menyayangi antara satu sama lain tak kira samada manusia ataupun haiwan.
No comments:
Post a Comment