SALAM SEJAHTERA

Sunday, October 24, 2010

APABILA HATI SUDAH BUTA..

Salam sejahtera.. dalam pencarianku dari blog ke blog terjumpalah sebuah sajak yg kuminati yg mana kata-kata dialamnya amat bermakna pd diriku dan kita semua utk dijadikan sebagai teladan..

Pabila hati Sudah Buta


Apabila hati manusia telah buta,

Atau jika hati manusia telah mati,

Perasaannya yang positif sudah tidak ada lagi,

Kasih sayangnya hilang, rasa simpatinya gersang,

Bertimbang rasa sesama manusia lenyap sama sekali,

Belas kasihannya tercabut sama sekali dari jiwanya,

Maaf-bermaafan tidak akan berlaku sesama manusia,

Di waktu itu hatinya kejam, jiwanya keras,

Kalau dia menzalim atau menganiaya manusia,

terhibur hatinya,


Kalau dia disinggung orang, sangat berdendam,

Jika orang mendapat kesusahan gembira hatinya,

Puas hatinya melihat orang di dalam penderitaan,

Dia jadi orang pemarah, emosional dan pemberang,

Jangan ada orang yang mencabarnya, dia tidak sabar,

Dia akan bertindak balas kepada orang itu,

Kalau mendapat pangkat, kekayaan,

sombongnya terserlah,

Jika mendapat kesusahan atau ujian,

aduh, sungguh derita jiwanya,

Sentiasa sahaja keluh-kesah, resah dan gelisah,

Marah-marah pun tiba hingga sikap tidak normal lagi,

Pantang diberi ingatan dan nasihat,

Payah mahu menerima bahkan dia tersinggung,

Sakit hati pun membara kepada orang itu,

Begitulah jika hati manusia sudah buta,

Atau kalau jiwa manusia telah mati,



Oleh itu, hati perlu dibrsihkan agar ianya tidak pudar dan mati..

Wassalam


Dipetik dari cahayamukmin.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

SALAM 1 MALAYSIA…



Selamat pagi semua..

Salam ceria dan Salam 1 Malaysia kepada semua rakyat yg tinggal dalam negara Malaysia ini iaitu sebuah negara yg rakyatnya yg terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan keturunan yang hidup dalam negara yg aman damai dan indah permai ini..

Semoga pagi Jumaat yg indah dan suci ini akan memberikan satu keceriaan dan kegembiraan buat kita semua dan bersyukurlah kepada Yang Maha Esa kerana kita masih dapat menghirup udara segar dibumi Allah s.w.t yg tercinta in dan masih dapat menjalani hidup seharian bersama insan-insan tersayang…

"RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Wednesday, October 20, 2010

TEMAN LAMA..

Hari ni aku suke sgt2 sbb kawan karib mase aku bekerja kat Pej. Qadhi Kuala Krai, Kelantan dulu..Che Zuraida namenye..dia ade call aku ptg ni..x sangka hubungan kami yg lebih kurang 20 thn terputus dapat bersambung kembali dgn bantuan komunikasi skrg ni..terima kasih byk2..syukur kehadrat Ilahi..

Mase berpisah dulu aku x sempat nk ambil no.telefon rumahnya..mklumlah mase tu hp ni jrg org guna lg..kalau ade pun x ramai yg ada benda tu..dia kate dia dpt no.hp aku drpd abangku yg berada kt Kota Bharu skrg ni..Alhamdulillah..nnti boleh lah kami sambung cite lg..mmg mcm2 nk cite mase dia call td tp x sempat..InsyaAllah slps ni kami akan saling berhubung..dah tahu rumah dia kat mane balik kg nanti bolehlah jumpe..

Thursday, October 14, 2010

Buta Mata Buta Hati..Perbaiki Diri Hiasi Peribadi..

Semalam aku sakit kaki.. pagi ni aku sakit hati.. sakit hati dengan perangai orang2 yang “buta mata dan buta hati” ..kenapa aku cakap macam tu sbb orang tu ada mata tetapi x tau nk melihat, ada hati tetapi tak tau nak menilai..manusia yg bersikap “kurang pendidikan” agaknya dlm bahasa yg halus dan kalau bahasa kasarnya “agak kurang ajar” sikit..ade la insan yg kukenali yg hidup diatas muka bumi Allah ini..aku ni mmg mudah memaafkan orang kalau orang tu mintak maaf dan aku jugak mudah melupakan apa yg orang dah buat padaku, tp setiap perbuatan yang mereka lakukan tu tetap tersimpan dalam memori hidupku… cuma aku tidak suka menyimpan dendam, bagiku yg dah lepas tu lepaslah ..biar Allah s.w.t saja yg membalasnya…

Masihku ingat lagi pesanan arwah ayahku “biarlah orang buat kita..jgn kita buat orang..” kemarahanku jadi reda semula bila aku teringat pesanan tu.. aku tak suka cari gaduh sbb keturunanku bukan kaki gaduh..tp kalau orang cuba cari pasal denganku mmg aku tak boleh berdiam diri sekurang2nya aku menjawab jugak untuk mempertahankan diriku dan hakku, orang kata kesabaran seseorang tu ada hadnya tp kalau dah hilang pertimbangan dan sabarpun dah ditahap maximum tu..tak taulah ape nak jadipun jadilah..tetapi..Aku mohon padamu Ya Allah..Ampunkanlah dosaku, kuatkanlah imanku, jauhilah diriku dari segala kemungkaran dan perasaan hasad dengki dan berikanlah kesabaran serta ketabahan pada diriku dalam mengharungi liku2 hidup yg penuh dengan dugaan dan cabaran ini ..Mungkin ini juga salah satu ujian dan dugaan yg Allah berikan padaku.. aku redha..Aku juga doakan agar insan yg kumaksudkan tu dapat menginsafi perbuatannya, menundukkan muka kebumi nyata, merenung sejenak keawan biru dan bertafakur seketika serta menginsafi diri atas segala perbuatannya itu tak kiralah samada pada diriku atau orang lain..memang manusia ni tak lepas dari membuat kesalahan termasuklah aku juga tapi sekurang2nya kita perlu berikhtiar untuk cuba menjauhinya dan menginsafi segala perbuatan buruk yg telah kita lakukan selama ini..Janganlah menambahkan lagi dosa yg ada. Ingatlah..”secantik manapun kita, segagah manapun kita, sebanyak manapun harta yg kita ada dan setinggi manapun ilmu yg kita perolehi…ianya tidak akan kekal selamanya kerana semuanya itu adalah milik Allah s.w.t..kecuali sedekah jariah dan amal ibadat yg benar2 ikhlas saja yg akan kekal abadi dan akan membantu kita diakhirat kelak…"

Seandainya aku telah tiada didunia ini nanti, aku dah maafkan segala kesalahan yg orang dah buat padaku dan aku juga mohon maaf jika ada salah dan silapku, maaflah kalau ada sesape yg terase..bukan sengaja tetapi sekadar luahan rasa yg terpendam dilubuk hatiku yg kudus…

“bumi mana yg tidak ditimpa hujan, lautan mana yg tak bergelora..”

Wallahualambissawab…


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)

Kepada semua pembaca blogku yg budiman, mohon maafkan segala salah silapku. Suamiku dan kedua ibu bapa serta keluargaku..

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.


~ WASSALAM ~

Wednesday, October 13, 2010

Adoii!!!...Sakitnya...

Adoii!!…Sakitnya Jari  Kakikuu..
(Beginilah lebih kurang rupenya jari kakiku yg bengkak tu..gmbr ni sbnrnya search kt google kebetulan jari yg sama pulak tu..)
Pagi ni, time tengah kelam kabut nak urus anak ke sekolah, masa aku nak ambil duit dalam handbag yg aku letak dalam almari, bila ku bukak je almari tu..tetiba satu objek jatuh menghempap kakiku..akupun ape lagi menjerit la..aduihh…sakitnya kaki..bila kulihat benda yg jatuh tu rupa2nya kamera yg kuletak tepi sangat dgn pintu almari tu..nasib baik la kamera tu x pecah cume kaki aku pulak yg sakit..sambil menahan kesakitan aku membuka dompetku nak ambil duit tuk belanja sekolah anak-anak..pastu bagi duit kat anak, salam dan cium mereka..dah settle..


Bila dah settle uruskan anak, apa lagi..urus diri sendiri la pulakk..bersiap nak g keje ..kakiku yg sakit tu aku cuma sapu minyak gamat je..harap2 baiklah....malas nak manja2kan diri.. masa ni kakipun tak bengkak lagi..Sambil menahan kesakitan, akupun pergilah punch card kemudian masuk ofis, bila dah sampai ofis buatlah keje seperti biasa susun buku dan surat khabar yang student baca malam tadi, banyak lak tu..maklumlah diorang tengah peksa sekarang ni...minggu depan diorang dah nak cuti 2 minggu…tp bdk foundation je, yg degree masih ade lagi..pastu baru bdk degree pulak nk exam..

Lepas settle semua tu..akupun masuk bilik untuk wat keje2 yg ade kt bilik pulak..masa tu x la rase sakit sangat. Lepas tu dalam kul 10 lelebih gitu..aku terasa semula sakitnya..jari kakiku berdenyut-denyut rasenye..bila aku tengok jari kakiku yg sakit tu..Ya Allah!!..ia semakin membengkak dan lebam, tadi terpikir jugak nk g klinik ke tidak..tapi..pikir punya pikir malas la pulak nak g klinik tu sebab semalampun aku dah g klinik, bawak anakku untuk jumpa doctor sbb demam..nanti ape pulak kate doctor dan misi (nurse) kat klinik tu..asyik2 muke tu je..dah malas nak pegi klinik tahan je la sakit tu sampai ke malam..hari ni aku keje sampai malam pulak tu..malam ni sapu minyak gamat lagi, InsyaAllah ..harap2 besok ok la tu..malas la syik mc je..rekodpun x cantik nanti..hehe..klau x ok jugak x tau la..terpaksa jugak la aku gi klinik tuk mintak ubat..

Monday, October 11, 2010

Al FATIHAH..


Al-Fatihah buat ayahanda kpd sahabat karibku Norbaini Mat Nor yang telahpun kembali ke rahmatullah pada jam 5.00 pg tadi di Wad HTAA Kuantan yg mana arwah baru dimasukkan ke hospital tersebut semalam. Arwah meninggal kerana sakit jantung.Jenazah dalam perjalan pulang untuk disemadikan tengahari ini di No.448, Felda Keratong Tiga Bandar Tun Razak. Muadzam Shah,Pahang.
 Semoga roh arwah ayahnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya semasa didunia dahulu dan dimasukkan dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..

Wednesday, September 29, 2010

Meningkat Lagi Usiaku Hari Ini...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…


Masih tidak terlewat lagi, disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat yg mengenaliku, sedara maraku dan semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia fana ini..


(My Birthday Cake- Kek yg ku buat sendiri masa harijadi tu(permintaan dr ank2)..sory ye lmbt sgt uploadnya x berkesempatan...walaupun ianya x berape cantekk..tp xpe la..at list kek yg ku buat sendiri...hehe.)
Pagi ni aku mendapat satu ciuman ikhlas dari suamiku sambil dia mengucapkan “Happy Birthday”, begitu juga dengan ank2ku..sebelum mereka pegi sekolah tadi mereka cium pipiku dan mengucapkan “Happy Birthday Ma”..emm terharu rasenye…Diam x diam rupenya umurku meningkat setahun lagi.. hari ini 29 September adalah hari lahirku yg ke 40++, yg lebih tu biarlah rahsiaa..huhu..Kalau org tengok diriku dari segi raut wajah dan fizikal, ramai yang meneka umur ku baru 37-38 gitu..mereka tak katapun yg aku ni dah berumur 40an, kate mereka aku nampak muda dr usia sebenarku...awet muda la katekann..ape rahsianya..dan mereka tanya ilmu ape yg aku pakai…hehe..perasan la pulakk…ilmu2 hitam ni x main la..kalau ayat suci al-Qur’an ok le..mmg sentiasa baca semasa melihat diri dicermin. Sebenar, raut wajah seseorang datangnya dari hati kita sendiri yang sentiasa tersenyum,jujur dan ikhlas, kebersihan diri dan penampilan perlu dijaga, aku juga sentiasa mengamalkan meminum air masak setiap pagi selepas bangun tidur sebaiknya sebelum gosok gigi..ini adalah petua dari arwah nenek moyangku dulu..nenekku meninggal dunia pada usianya 100thn++ dan badannya walaupun org kate dah bongkok sabut tetapi masih sihat lagi. Nenekku dh lame meninggal selepas beliau baru balik mengerjakan solat subuh di surau dekat kg ku di Negri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan(negri asal usulku)..tp tempat lahirku di NS..

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan umur yang panjang dan sihat tubuh badan dan semoga aku dimurahkan rezeki serta dikuatkan semangat untuk lebih tabah lagi dalam mengharungi liku2 hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.

Malam ni aku x standby, haa..bolehlah buat kek coklat tuk family, anak2ku lebih suka kek birthday yang ku buat sendiri daripada yang beli kt kedai tu..kate mereka yg jual kt kedai tu nampak je cantik tp x sedap x sama dengan yang mak meke buat..ma buat lg sedap..hehe..macam2 la anak2ku ni..biasa la…masakan sape yg paling sedap kt dunia ni kalau tak masakan dari air tangan ibu…betul tak??..

Wassalam..

Nur Kasih

Friday, September 3, 2010

Kereta Buat Ragam..

Semalam 3 September 2010, mase aku nk balik kerja kul 5.00ptg. Keluar dari ofis terus menuju ke kete, masuk dalam keta terus stat enjin, biasa tu stat2 terus hidup je enjin kete, ni.. start2 x hidup pulak..dh 3-4 kali stat x hidup aku pelik jugak nk kate minyak xde minyak aku dh isi penuh, nk kate rosak yelah kete baru 2 tahun pakai xkn dh rosak sbb kete baru bknnya second-hand. Aku ni sebenarnya tau bawak kete je..bukannya tau ape2 tentang kerosakan atau ape2 pasal kete. Lepas tu aku call rakan sepejabatku lelaki, dialah satu2nya staf lelaki kt ofis aku ni, sib baiklah dia ot smlm. Aku call dia sbb nak mintak tolong dia tengokkan ape masalah keteku..Diapun datang dan tanyaku kenapa..aku cakap akupun tak tau kenapa bila start kete tak hidup. Aku suruh dia tengok, diapun terus masuk ke keteku n terus stat tapi tak hidup jugak, dia cakap ni mesti pasal bateri dah habis biasa cam tu la..ye la orang lelaki ni semua tahu pasal masalah kete ni..cam aku ni x tahu ape2pun dan malas nak amik tahu..tahu naikk je..tu la bila dah jadi cam ni baru padan muke aku..hehe..

Aku terpakse call suamiku dan bagitau dia pasal keteku buat ragam, mulanya dia susuh aku cuba start semula, letak gear kt P(parking)dan tekan break..aku cuba la buat tapi masih tak hidup jugak..suamikupun cakap mesti bateri dah kong , nak tak nak dia terpakse datang jugak tengok..bila suamiku sampai dia check2, dia kate mmg bateri keteku dah kong..aduyai nak tak nak terpakselah aku beli bateri baru..hai.mcm tahu2 je semalam aku dapat bonus tapi aku tak tengok lagi duit bonus tu dah ad eke belum, nasib baiklah masih adelah saki baki duit gajiku hari tu..Akupun naik kete suamiku , pegi kat bank kt stesen minyak Petronas luar dan terus ke bengkel kete tuk beli bateri baru, nasib baik kete tu tak tutp lagi sebab masa tu dah dekat pukul 6 petang. Suamiku tanya tauke kedai tu barape harga bateri tu, tauke cina tu cakap mula2 rm150 tp disebabkan suamiku dah biasa repair kete kt bengkel tu dapatlah dia kurangkan harga bateri tu rm140, maka terbanglah duitku rm140..nak wat camne kan dah nak pakai kete terpaksalah tanggung risikonya..mula2 bateri habis lepas ni tak tahulah ape lagi agaknya..standby je la duit tu..

Selepas beli bateri tu aku dan suamiku terus ke ofisku dan masukkan bateri baru yg ku beli tadi kt tempat enjin keteku..rakan ofisku tadi pun tolong sama pasang bateri tu..bila dah siap, aku cubalah stat semula enjin kete..barulah boleh stat..lega rasenya..aku berterima kasih pada rakanku itu kerana sudi menolongku..

Tengok jam dah pukul 6 lebih,nasi pun tak masak lagi dan lauk tuk berbukapun tak buat lagi, aku rase dah tak sempat nak masak..balik rumah aku solat jap pastu ajak ank2ku pergi ke bazaar ramadhan tuk beli juadah tuk berbuka, kuih2 dan laukpaukpun dah tak banyak sebab dah banyak gerai yg dah tutup, maklumlah dah dekat nak raya, ramai yg dah bersiap nak kemas rumah dan balik kg..Aku beli 2 jenis kuih dan lauk je tuk berbuka dan terus balik, sampai dirumah dah dekat kul 7 , turun kete terus masuk ke dapur buat air teh panas dan air oren tuk anak dan siapkan hidangan atas meja, nasib baiklah anak2 dah besar2 bolehlah tolong..takdelah aku penat sangat kat dapur tu, dah settle semua tu mase tuk berbuke pun dah cukup..semuanya dah mengadap meja, selepas anakku baca doa berbuke dan doa makan kamipun berbuke..masing2 tak sabar nak makan sebab hari ni semuanya kelaparan kerana kami tak sempat nak bersahur sbb terlewat bangun, lupe nak kunci jam..sedar2 dah kul 6.30..tapi takpelah..Alhamdulillah semuanya dah selamat...Amin..

Thursday, September 2, 2010

BUTIR NANGKA CACA NUR KASIH

Transformasi resepi susulan arwah ibu...





Bahan-bahan:

3 cawan tpg pulut@1/2 bgkus
1cawan tpg gandum
2 cawan gula pasir
2 kotak kecil santan pekat(tambah dgn sedikit air utk cairkn sedikit kuahnya)
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan(disimpul)
1 bungkus bubur cacar ada dijual dikedai
Sedikit air(ikut adunan)
Pewarna merah jambu, hijau dan kuning

Cara Membuatnya:

1. Masukkan tepung kedalam mangkuk besar dan gaulkan bersama air sehingga menjadi doh .(kalau terlebih cair tambah tepung, kalau trlebih pekat tambah air sehingga tepung x melekat ditangan.
2. Bahagi kpd 3 warna dlm mangkuk yg berasingan iaitu adunan berwarna merah jambu, hijau dan kuning.
3. Panaskan air dalam periuk yg sederhana besarnya sehingga mendidih.
4. Sementara menunggu air mendidih bolehlah bentukkan adunan doh tadi dgn bentuk bujur seperti biji nangka.
5. Adunan yg telah siap digentel bulat tadi kemudiannya dimasukkan kedalam periuk yg berisi air dan bila adunan tepung itu timbul dipermukaan air bolehlah diceduk dgn menggunakan senduk berlubang agar air senang ditoskan kemudian masukkan kedalam mangkuk lain yg berisi air.
6. Buatlah berulangkali semua adunan doh sehingga habis kemudian masukkan pula bubur caca yg dibeli dan masak sehingga ia lembut, angkat dan toskan.
7. Masukkan adunan yg telah masak tadi didalam bekas yg berisi air buat seketika supaya ia tidak melekat.
8. Dalam periuk yg lain pula, masukkan santan pekat dgn dicampur dgn sedikit air, masak dengan api yg sederhana besarnya dan dikacau selalu agar santan tidak berketul2.
9. Masukkan halba, gula, garam dan daun pandan dan kacau lagi.
10. Bila santan hampir masak masukkan adunan yg telah siap dimasak dengan menggunakan senduk berlubang dan kacau lagi sehingga masak dan biarkan ia sejuk dahulu sebelum dimakan.

Nota:

Resepi asal adalah dari resepi arwah ibuku yg hanya menggunakan satu color sahaja iaitu hijau dan kuahnya pula berwarna perang kerana dicampur dengan gula enau@nisei(org klntn pnggil) tetapi aku telah mengubahsuaikan sedikit dengan membuat doh dalam bentuk warna warni agar ia nampak lebih ceria dan lebih menyelerakan dan kuahnya warna putih susu, orang kata nk masak ni kene kreatif jugak..bubur ni memang sedap dimakan dengan kuah yg tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.rupenya pun menarik, colouring gitu..emmm..yummy..

Ini adalah menu waktu berbuke semalam.. yang geli hati tu..suamiku yg sebelum ni tak berape gemar makan kuih ni..nampaknya sampai tambah 2-3 mangkuk (maklumlah suamiku org neghri 9..x beso makan kuih cam ni sbb omak dio x ponah buekk..hehe..).Seronok tengok suami dan anak2 makan..

selamat mencube...kalau x jadi tu bukan salah resepi ye tapi salah orang yg membuatnye..hehe..x menoghehh..kato oghang noghori...hihi..

AYAM PERCIK NUR KASIH

Salam...
Sebenarnya dah lame aku x buat ayam percik ni tapi disebabkan permintaan dari anak2 tuk juadah mase berbuke haritu so…akupun buatlah walaupun badan ni masih penat sebab baru balik kerja hari Ahad lepas..

Anakku nak makan ayam percik putih dan aku pulak nak makan ayam percik merah. Untuk tidak menghampakan keduanya, aku terpaksa buat 2 enis kuah iaitu kuah putih dan kuah merah..kalau nak cuba buat resepi ayam percik ciptaanku ni cubalah buat..emm..memang best!!!..



AYAM PERCIK PUTIH



AYAM PERCIK MERAH

Bahan-bahan:

½ ekor ayam

4 ulas Bawang Merah

4 ulas Bawang Putih

1 inchi Halia

1 sudu kecil Lada Hitam(Utk kuah putih)

2 sudu besar Cili kering dh digiling@ Cili Boh (Utk kuah merah)

3 batang serai - diketuk

1 biji santan pekat

Sedikit garam ikut rasa

Sedikit gula ikut rasa


Cara Membuatnya:

Ayam

1. Ayam yg telah dicuci disapu dgn garam n kunyit dan diperap lebih kurang ½ jam

2. Bakar sehingga masak, jika tiada tempat pembakar bolehlah digoreng dlm kuali dgn menggunakan minyak yg sedikit.

3. Setelah masak, angkat dan biar seketika.

Untuk kuahnya

1. Tumbuk/kisar semua bahan spt bawang merah,bawang putih,halia dan cili kering or lada hitam manakala serai diketuk hingga hancur sedikit sahaja. (Untuk makluman tuan/puan semua kalau sesape yg nk makan ayam percik putih kuahnya dicampur dgn lada hitam dan kalau nak ayam percik merah kuahnya dicampur dgn cili kering, itu saje perbezaannya..)

2. Panaskan periuk, masukkan santan kelapa, dan semua bahan yg telah dikisar tadi.

3. Kacau sehingga masak dan santan agak pekat sedikit maukkan garam n gula mengikut citarasa barulah diangkat.

4. Tuang kuah keatas ayam yg telah dibakar tadi dan bolehlah dihidang.


Selamat Mencuba…