SALAM SEJAHTERA

Wednesday, September 29, 2010

Meningkat Lagi Usiaku Hari Ini...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…


Masih tidak terlewat lagi, disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat yg mengenaliku, sedara maraku dan semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia fana ini..


(My Birthday Cake- Kek yg ku buat sendiri masa harijadi tu(permintaan dr ank2)..sory ye lmbt sgt uploadnya x berkesempatan...walaupun ianya x berape cantekk..tp xpe la..at list kek yg ku buat sendiri...hehe.)
Pagi ni aku mendapat satu ciuman ikhlas dari suamiku sambil dia mengucapkan “Happy Birthday”, begitu juga dengan ank2ku..sebelum mereka pegi sekolah tadi mereka cium pipiku dan mengucapkan “Happy Birthday Ma”..emm terharu rasenye…Diam x diam rupenya umurku meningkat setahun lagi.. hari ini 29 September adalah hari lahirku yg ke 40++, yg lebih tu biarlah rahsiaa..huhu..Kalau org tengok diriku dari segi raut wajah dan fizikal, ramai yang meneka umur ku baru 37-38 gitu..mereka tak katapun yg aku ni dah berumur 40an, kate mereka aku nampak muda dr usia sebenarku...awet muda la katekann..ape rahsianya..dan mereka tanya ilmu ape yg aku pakai…hehe..perasan la pulakk…ilmu2 hitam ni x main la..kalau ayat suci al-Qur’an ok le..mmg sentiasa baca semasa melihat diri dicermin. Sebenar, raut wajah seseorang datangnya dari hati kita sendiri yang sentiasa tersenyum,jujur dan ikhlas, kebersihan diri dan penampilan perlu dijaga, aku juga sentiasa mengamalkan meminum air masak setiap pagi selepas bangun tidur sebaiknya sebelum gosok gigi..ini adalah petua dari arwah nenek moyangku dulu..nenekku meninggal dunia pada usianya 100thn++ dan badannya walaupun org kate dah bongkok sabut tetapi masih sihat lagi. Nenekku dh lame meninggal selepas beliau baru balik mengerjakan solat subuh di surau dekat kg ku di Negri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan(negri asal usulku)..tp tempat lahirku di NS..

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan umur yang panjang dan sihat tubuh badan dan semoga aku dimurahkan rezeki serta dikuatkan semangat untuk lebih tabah lagi dalam mengharungi liku2 hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.

Malam ni aku x standby, haa..bolehlah buat kek coklat tuk family, anak2ku lebih suka kek birthday yang ku buat sendiri daripada yang beli kt kedai tu..kate mereka yg jual kt kedai tu nampak je cantik tp x sedap x sama dengan yang mak meke buat..ma buat lg sedap..hehe..macam2 la anak2ku ni..biasa la…masakan sape yg paling sedap kt dunia ni kalau tak masakan dari air tangan ibu…betul tak??..

Wassalam..

Nur Kasih

No comments: