Masihku ingat lagi pesanan arwah ayahku “biarlah orang buat kita..jgn kita buat orang..” kemarahanku jadi reda semula bila aku teringat pesanan tu.. aku tak suka cari gaduh sbb keturunanku bukan kaki gaduh..tp kalau orang cuba cari pasal denganku mmg aku tak boleh berdiam diri sekurang2nya aku menjawab jugak untuk mempertahankan diriku dan hakku, orang kata kesabaran seseorang tu ada hadnya tp kalau dah hilang pertimbangan dan sabarpun dah ditahap maximum tu..tak taulah ape nak jadipun jadilah..tetapi..Aku mohon padamu Ya Allah..Ampunkanlah dosaku, kuatkanlah imanku, jauhilah diriku dari segala kemungkaran dan perasaan hasad dengki dan berikanlah kesabaran serta ketabahan pada diriku dalam mengharungi liku2 hidup yg penuh dengan dugaan dan cabaran ini ..Mungkin ini juga salah satu ujian dan dugaan yg Allah berikan padaku.. aku redha..Aku juga doakan agar insan yg kumaksudkan tu dapat menginsafi perbuatannya, menundukkan muka kebumi nyata, merenung sejenak keawan biru dan bertafakur seketika serta menginsafi diri atas segala perbuatannya itu tak kiralah samada pada diriku atau orang lain..memang manusia ni tak lepas dari membuat kesalahan termasuklah aku juga tapi sekurang2nya kita perlu berikhtiar untuk cuba menjauhinya dan menginsafi segala perbuatan buruk yg telah kita lakukan selama ini..Janganlah menambahkan lagi dosa yg ada. Ingatlah..”secantik manapun kita, segagah manapun kita, sebanyak manapun harta yg kita ada dan setinggi manapun ilmu yg kita perolehi…ianya tidak akan kekal selamanya kerana semuanya itu adalah milik Allah s.w.t..kecuali sedekah jariah dan amal ibadat yg benar2 ikhlas saja yg akan kekal abadi dan akan membantu kita diakhirat kelak…"
Seandainya aku telah tiada didunia ini nanti, aku dah maafkan segala kesalahan yg orang dah buat padaku dan aku juga mohon maaf jika ada salah dan silapku, maaflah kalau ada sesape yg terase..bukan sengaja tetapi sekadar luahan rasa yg terpendam dilubuk hatiku yg kudus…
“bumi mana yg tidak ditimpa hujan, lautan mana yg tak bergelora..”
Wallahualambissawab…
Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi
Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)
Kepada semua pembaca blogku yg budiman, mohon maafkan segala salah silapku. Suamiku dan kedua ibu bapa serta keluargaku..
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.
~ WASSALAM ~
No comments:
Post a Comment