SALAM SEJAHTERA

Showing posts with label kianat. Show all posts
Showing posts with label kianat. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Buta Mata Buta Hati..Perbaiki Diri Hiasi Peribadi..

Semalam aku sakit kaki.. pagi ni aku sakit hati.. sakit hati dengan perangai orang2 yang “buta mata dan buta hati” ..kenapa aku cakap macam tu sbb orang tu ada mata tetapi x tau nk melihat, ada hati tetapi tak tau nak menilai..manusia yg bersikap “kurang pendidikan” agaknya dlm bahasa yg halus dan kalau bahasa kasarnya “agak kurang ajar” sikit..ade la insan yg kukenali yg hidup diatas muka bumi Allah ini..aku ni mmg mudah memaafkan orang kalau orang tu mintak maaf dan aku jugak mudah melupakan apa yg orang dah buat padaku, tp setiap perbuatan yang mereka lakukan tu tetap tersimpan dalam memori hidupku… cuma aku tidak suka menyimpan dendam, bagiku yg dah lepas tu lepaslah ..biar Allah s.w.t saja yg membalasnya…

Masihku ingat lagi pesanan arwah ayahku “biarlah orang buat kita..jgn kita buat orang..” kemarahanku jadi reda semula bila aku teringat pesanan tu.. aku tak suka cari gaduh sbb keturunanku bukan kaki gaduh..tp kalau orang cuba cari pasal denganku mmg aku tak boleh berdiam diri sekurang2nya aku menjawab jugak untuk mempertahankan diriku dan hakku, orang kata kesabaran seseorang tu ada hadnya tp kalau dah hilang pertimbangan dan sabarpun dah ditahap maximum tu..tak taulah ape nak jadipun jadilah..tetapi..Aku mohon padamu Ya Allah..Ampunkanlah dosaku, kuatkanlah imanku, jauhilah diriku dari segala kemungkaran dan perasaan hasad dengki dan berikanlah kesabaran serta ketabahan pada diriku dalam mengharungi liku2 hidup yg penuh dengan dugaan dan cabaran ini ..Mungkin ini juga salah satu ujian dan dugaan yg Allah berikan padaku.. aku redha..Aku juga doakan agar insan yg kumaksudkan tu dapat menginsafi perbuatannya, menundukkan muka kebumi nyata, merenung sejenak keawan biru dan bertafakur seketika serta menginsafi diri atas segala perbuatannya itu tak kiralah samada pada diriku atau orang lain..memang manusia ni tak lepas dari membuat kesalahan termasuklah aku juga tapi sekurang2nya kita perlu berikhtiar untuk cuba menjauhinya dan menginsafi segala perbuatan buruk yg telah kita lakukan selama ini..Janganlah menambahkan lagi dosa yg ada. Ingatlah..”secantik manapun kita, segagah manapun kita, sebanyak manapun harta yg kita ada dan setinggi manapun ilmu yg kita perolehi…ianya tidak akan kekal selamanya kerana semuanya itu adalah milik Allah s.w.t..kecuali sedekah jariah dan amal ibadat yg benar2 ikhlas saja yg akan kekal abadi dan akan membantu kita diakhirat kelak…"

Seandainya aku telah tiada didunia ini nanti, aku dah maafkan segala kesalahan yg orang dah buat padaku dan aku juga mohon maaf jika ada salah dan silapku, maaflah kalau ada sesape yg terase..bukan sengaja tetapi sekadar luahan rasa yg terpendam dilubuk hatiku yg kudus…

“bumi mana yg tidak ditimpa hujan, lautan mana yg tak bergelora..”

Wallahualambissawab…


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)

Kepada semua pembaca blogku yg budiman, mohon maafkan segala salah silapku. Suamiku dan kedua ibu bapa serta keluargaku..

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.


~ WASSALAM ~

Monday, March 15, 2010

LU FIKIR LAH SENDIRI..

Ape boleh buat..hasrat orang perlu dipenuhi, walaupun hati ini berkate..ah..malaslah nk pegi..yelah ajkpun mcm ajk2 ayam je..sambil lalu..sambil kluar smbil masuk dan bermcam sambil2 lg lah..mcm x ikhlas je..ah..mls aku nk cakap, xpelh, oleh krne nk jge hti org biarlh hatiku terluka ku pergi jua..yelah aku ni sape..org yg x punye harte dan kedudukan..kalau aku ni dato' ke menteri ke baru org respect aku..tp aku x kisah semua tu..aku bersyukur ape yg ku ade sekarang ni..ape yg nk dibanggakan dgn status dan pngkat..sbb bila ajal dh tibe segala2nye ditinggalkn kecuali amal yg soleh sje..akn dibawa bersame..aku x hairan dgn org yg berstatus tinggi dan kaya melaut sekalipun tp kalau sombong dan perangaipun x baik x gune jgkkan...biar muke x cantik asalkan hatinya baik..biar serendah mane status dan kedudukan kita asalkan kita tak sombong dan kaya dengan budi bahasa.."Tidak ada yg lebih tinggi darjatnya selain dari Allah s.w.t."..

Ape boleh buat..nak x nak ditelan jua takut ade yg kecik hati..bismillah dan selawat dibace manelh tahu tkut ade yg...harap2 xde le..kalau x takut dose buatlah..harap2 ape yg dinyatakan tu benar belake dan bukannye bohong..kalau x berdosalah jawabnye kpd org yg berbohong tu..klau kate bhong sunatpun xleh jgak sbb dikira bersubahat..kut nk jge hti orgpun biarlh hati org yg dijge tu baik..jgn hti yg x baik..yelah berikan maklumat palsu..takpe walaupun aku tak tahu..Tuhan tu Maha Kaya dan Maha Mengetahui segalanye..

Terlihat bermacam2 muke yg ade.. muke cenge, muke menyampah,muke meluat, muke ikut2 dan yg bermuka-muka pun ade..entahlah..semuanye lakonan semata2..masing2 melarikan diri, menjauhkan diri..biasenye yg buat salah je mcm tu.....jgn jadikan alasan utk menggelak..bersemuka..bercakap..kalau x nk ckp diam sje.."Nabi kate lebih baik diam drpd bercakap".. x byk dosa..tak tahulah kenapa ada manusia yg sembahyangnya x tinggal, ajaran agama dipatuhi tp masih suka berhasad dengki, mengumpat, mengata, dan irihati sesama sendiri..

Hadith:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

Riwayat Muslim

Pengajaran:

i) Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riya’ dan takabur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.

Hadith:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki".

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Bagi yg suka menghasut pulak..aku pelik jugak.. yg menghasut tu mmg dh hobi dia kut .. sbb dia x takut dosa..tp yg mendengar tu takkanlah x reti nk berfikir yg mane baik dan yg mane buruk..bile dgr je terus telan bulat2..takkan tak tahu yg mane betul yg mane salah..sbb masing2 berpendidikan..dirumah dan disekolah..mak x ajar ke, cikgu x ajar ke..xde identiti sendiri ke..kalau kita takde kene mengena dgn hal tu dan x tahu hujung pangkal dan belum kenal hati budi seseorang itu..tak payahlh nk susah2 masuk campur..jangan mudah percaya cakap orang..sepatutnye bila dh dengar..fikir dulu betul atau tidaknye ape yg dinyatakan..ataupun kalau dh tahu perkara tu salah cubalah betulkan atau nasihat..tak kira tua x kira muda..kalau yg salah tu..tetap salah..jgn buat2 x bersalah pulak..bodoh sombong namenye tu..kalau xnk masuk campur buat tak kesah je..buat hal masing2..jge tpi kain sendiri lg baik .."Tepuk dada tanyalah Iman"..

Yang sedihnye.. ade yg tak berdosa  juga terpalit sekali buat dosa dah kalau bersubahat itu dikira dosa jugak..tak takutkah mereka pd dosa...nauzubillahuminzalikh...ingatlah, semakin meningkat umur kita semakin banyak dosa yg kita telah lakukan..tetapi kita harus elakkan drpd melakukan dosa lg dgn bertaubat..Allah maha pengampun lagi maha mengasihani pd hamba2nya..hanya Allah s.w.t sje yg tahu dan dapat menghitung serta menimbang seberat manakah dosa yg telah kita lakukan..oklh nk celoteh pnjg2 pun x gune jgk..semuenye ade hati..ade otak...LU FIKIR LAH SENDIRI..

Wallahuaklambissawab..