Penceramah : Tn Hj Badrul Hakimi B. Bastaman dr Politeknik MS
Salam to all the readers..
Entry kali ini aku nk cite tentang satu program bual bicara yg pertama kalinya diadakan kt unit aku pagi ni, bagi unit2 lain kt sini mungkin dah banyak kali kut..Staf2 yg hadir kt program ni ialah staf Library, Penginapan dan PPH..ramai jugak staf yg hadir cuma sorang dua je yg x dpt hadir..mungkin mereka ada kerja masing2 yg perlu disiapkan .
Alhamdulillah, syukur sgt2..mmg program seperti inilah yg aku tunggu2 selama ini. Terima kasih kepada Unit Kualiti di Uniten ini yg menganjurkan program ini. Diharap ianya akan berterusan..InsyaAllah.. Aku rindu dan nak sangat dengar ceramah spt ini. Masa aku kerja kt Jab. Agama Lundang, KB dulu mmg selalu aku join ceramah ni..rindu sgt ngan member2 kt sane tu..x kisahlah program ni diadakan seminggu sekali ke sebulan sekali ke kt ofis ni..itu sudah memadai sbb kalau nk harapkan aku nak pergi ke masjid atau ke program yg lain mmg jarang sekali sbb banyak komitmen, kt rumah la..kt pejabat la..dan macam2 lagi..Kadang2 kita malas nk pergi masjid tapi kalau ke tempat2 hiburan, shopping2 boleh pulakkan..tapi walaupun aku jarag ke masjid dan sebagainya..aku selalu gak tengok program motivasi dan ceramah agama kat tv tu spt Ehwal Islam, Bual Bicara dgn Dato’Dr. Fadhilah Kamsah, Semanis Kurma dll.. Aku mengaku, itulah kelemahan yg ada pada diriku walaupun umur dah separuh abad banyak perkara lagi yg aku tak tahu terutamanya ilmu agama..nak kata banyak ilmu agama yg aku tahu takdelah sgt tp sikit2 tu ade la..sekadar nak mengajar anak mengaji Qur’an, solat tu..InsyaAllah..boleh..kalau aku tak sempat aku suruh mereka pergi belajar mengaji kt surau ngan ustaz utk mendalami lagi ilmu yg ada..Alhamdulillah anak2 aku dari yg besar hingga yg kecik sekali boleh mengaji dan solat.
Bagi aku, program2 ceramah agama dan motivasi spt ini mmg patut diadakan disetiap Jabatan kerana ianya boleh memperbaiki diri kita terutamanya bagi pekerja2 di syarikat swasta tp kt pejabat kerajaan mungkin ianya selalu diadakan. Dalam kesibukan mereka melakukan kerja2 pejabat sekurang2nya dpt gak ilmu walau hanya sekejap cuma. Kadang2 kalau kita nak suruh org pegi ke masjid utk dengar ceramah mmg susah.. x semua org boleh pergi termasuklh diri aku sendiri so jika semua staf disuruh hadir kt program mcm ni mungkin mereka akan hadir nak x nak mereka perlu hadir juga untuk menjaga prestasi kerja mereka. Nak kata mereka ikhlas hadir ataupun tidak tu..wallahualam..terserah pada diri masing2..Walaupun program ni sekejap je tp bagiku itu sudah memadai. Dalam masa sekejap tu jugak banyak ilmu dan menafaat yg aku telah dapat. Disini aku nk sampaikan serba sedikit ilmu yg dpt kuambil dlm ceramah tadi dan ada setengahnya aku tak sempat nak tulis...
Ceramah bertajuk “INTEGRITI DAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI-SENDIRI”
Apa itu Integriti?-. integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.. Sebagai contoh, apabila kita berurusan di pejabat, terdapat segelintir pegawai pejabat yang tidak memberi layanan yang baik kepada tetamu mereka. Terdapat juga pegawai yang sering mencuri tulang ketika waktu pejabat. Perkara ini juga berkaitan dengan masa yang sering tidak ditepati terutamanya ketika menghadiri temujanji atau mesyuarat. Seringkali terdapat pegawai yang hadir ke mesyuarat lewat sepuluh minit, dua puluh minit, malah setengah jam.
Semua orang pasti ada sikap mementingkan diri sendiri..tipulah kalau kita takde sikap yg macam ni..kalau tak banyak sedikit tu mesti ade sbb kita bukan nabi ataupun malaikat. Contoh orang yg tidak mementingkan diri sendiri ialah spt. Saidina Ali a.s yg sanggup menahan lapar demi menjaga kepentingan kaumnya daripada kelaparan.
Ada 3 sifat manusia yg mementingkan diri sendiri iaitu:
1. Orang yg 100% pentingkan dirinya sendiri dlm kehidupan sehariannya.
Cthnya: Sekumpulan sahabat yg sedang minum/makan dikedai. Masa makan tu ok la tp masa time nk bayar tu..buat2 tertinggal dompet kt rumah la dan mcm2 alasan lg utk menggelakkan diri drp belanja kawan, duitnya cukup utk dirinya sendiri saje.Kalau sekali sekala ok la tp ni slalu sgt..
2. Orang yg kepentingan dirinya dijaga dan kepentingan org lain juga dijaga
Cthnya: Seorang rakan karibnya lewat dtg kerja ttp dia sanggup menipu utk menggelakkan rakannya itu drpd dimarahi oleh boss apabila soal. Sikap begini adalah tidak baik.
3. Orang yg asyik mementingkan diri orang lain drpd diri sendiri
Cthnya: Si A selalu memikirkan ttg anak2 si B sedangkan anak2 dia sendiri diabaikan.
Setiap kerja rumah atau kerja pejabat yg kita lakukan seharian ini adalah ibadat. Sesiapa yg keluar bekerja dgn niat untuk mencari rezeki yg halal bagi menampung/menanggung keluarganya, dia akan terhapus dari dosanya.
Rumusan/Pengajaran:
“Setiap kerja yg dilakukan oleh seseorang itu perlu ada keikhlasannya.”
Yang baik itu datangnya drp Allah SWT, yg buruk itu dr diri kita sendiri..
~Wassalam~
Renung-renungkan dan selamat beralamal...
No comments:
Post a Comment