SALAM SEJAHTERA

Tuesday, January 11, 2011

Haram Dan Dosa

Salam Sejahtera,
Ilmu untuk dikongsi bersama..

Kuliah Maghrib oleh Ust. Abdul Halim-Kota Bharu, Kelantan.

Byk perkara yg kita selalu diambil sambil lewa mengenai agama, mungkin krn jahil, kurang ilmu agama di dada atau tidak ambil peduli..

1) Haram mem ’bin’ atau “binti” anak angkat dgn nama sendiri…

e.g: Harun ambil anak angkat nama Aminah, kemudian dia membintikan ank tersebut dgn namanya..hukumnya haram, yakni xbole dibin/bintikan dgn nama sendiri.

2) Meminang atas pinangan…

e.g: Saleh telah meminang Salmah dan Salmah telah menerima pinangan tersebut. Jadi haram bg orang ketiga atau Samad utk meminang Salmah ketika itu.

3) Berdosa kerana meratap kematian sambil memukul2 pipi atau menghantukkan kepala kerana keadaan ini sama seperti orang-orang jahiliah

4) Haram belajar atau menuntut ilmu yg songsang dan tak bermanfaat

e.g: Ilmu hitam, santau ect…

5) Melarang orang lain melakukan kebaikan

e.g: Ahmad hendak pergi ke masjid, tetiba dtg Ali melarang Ahmad berbuat demikian dengan memberitahu bahawa pada hari itu tiada ust yg dtg mengajar agama.. Tindakan Ali itu telah menyekat Ahmad utk beribadat di masjid.

Inilah sedikit sebanyak ilmu yg diperoleh yg dpt dikongsi bersama. Atikel ni sebenarnya yg ku dpat dari anak sedaraku yg tekah menghadiri kuliah agama tu..tq Aja..Sebenarnya sukar itu kita menghukum kan sesuatu. Sekiranya kita tidak pasti dengan sesuatu hukum agama tersebut, cukup lah dgn sekadar mengatakan Allahu’alam, sesungguhnya Allah yang lebih Mengetahui.

Sama2lah kita renung-renungkan dan selamat beramal...Wassalam..

No comments: