SALAM SEJAHTERA

Friday, January 7, 2011

Trip & Honeymoon to Beijing,China – Part 3

Hai..masih x abih2 lg ke cito ni makcik oi….hehe..cite ni mmg x abis lg..biarlah ape korang nk kate, mgkin ade gak orang yg meluat nak tengok dan nak bace cite ni..kalau nak bace korang bace kalau taknak tutup je..tapi aku x kesah..janji cite yg aku karang ni mesti sampai ke penghujungnya bak kate pepatah, “gengam bara api biar sampai jadi abu..” eh..betul ke peribahasa aku ni..aku rase betul dah kut..byk lg peribahasa yg sama ertinya korang carilah sendiri ye..nanti kalau cite tergantung je xde kesudahannya ape pulak orang katekan..xde penyudahnya..biarlah tahun baru dah menjelma sekalipun, cite yg lepas tu jgn pulak dilupakan..cite ni aku sengaja nk masukkan dalam blog aku ni untuk anak cucu cicit aku baca bila aku dh taka de kt dunia ni, biar mereka semua boleh tengok dan baca macamana tok nenek mereka dulu menulis dan berbloging..hehe..

Ni sambungan dari Part 2 hari tu..kali ini akupun malas nk cite panjang sbb aku juga xde masa nk menulis banyak2 sbb aku ni bukannya penulis(minat tu ade la..), banyak lagi kerja yg harus aku buat, dipendekkan citenya aku masukkan gambar2 yg aku sempat ambik kat Beijing tu pd hari ke2 pula dan mungkin sambung lagi hari cite seterusnya hingga hari ke-6. Kali ini aku pendekkan sikit citenya dgn sedikit keterangan berkenaan gambar dan berikan sedikit ilmu yg aku dapat dari sana utk kongsikan bersama korang semua . Aku ni tak kedekut ilmu tau..tp ilmu yg aku ade tak setinggi manapun jika nk dibandingkan dgn korang semua kan..sekolahpun tak tinggi hanya 3 tingkat je..hehe..

Hari Ke-2 di Beijing – 12/12/2010(Ahad)


Dah selesai sarapan semua berkumpul kat lobi bersama baggage masing2 utk disimpan, Cuma 1 beg sja yg perlu dibawa utk bermalam di Ski Resort mlm ni. Seblum naik bas tu sempat la tengok jap suasana kesibukan kotanya diwaktu pagi.

Suasana yg agak sibuk diwaktu pagi..biarpun kenderaannya agak lintang pukang tetapi tak pernah berlaku perlanggaran, mungkin cara mereka memandu agak perlahan sbb tu lah takde kemalangan yg berlaku. Yang aku pelik tu, kenderaan spt basikal, motorsikal , kereta  melalui jalan yg sama..Bagi yg berjalan kaki pula, mereka berjalan sambil berlari macam berjoging untuk memanaskan badan.
Beca motor roda tiga sebagai alat pengangkutan di Beijing
Motor basikal atau “motor bic” yg selalu digunakan oleh penduduk di Beijing, kalau ade dijual kt M’sia kan bagus boleh aku beli,bagi kt anak yg sek.men tu bawak gi sekolah takde lesenpun takpe..jimat minyak..hehe..

Harini aku dan rombongan cik kiah dibawa melawat ke tempat2 bersejarah spt di tempat pemprosesan batu jade dan kilang dan jualan krim herba Cina, tempat pembuatan pasu tembikar, restoran dan seterusnya ke Ski Resort. Layan gambar2 dibawah..

Dihadapan studio opera klasik Cina..
Masa dalam perjalanan tu sempat gak tengok pasukan sukarelawan mereka yg terdiri dari belia2 lepasan sekolah yg berumur dari 16 thn keatas berkawad dan berbaris ..
Tempat pemprosessan dan penjualan Batu Jade

2 pekerja sedang mengukir batu jade

Jade yg diukir berbentuk kobis
Taklimat berkenaan jade asli, tiruan dan yg terbaik..
3 jenis jade yg terbaik grade A, B dan C..yg mana yg terrbaik..?

Ha..kalau korang nk tahu jade ni ade 3 grade, iaitu Grade A, B dan C. Nak tau tak kaler ape yg paling baik sekali dan jenisnya? Ok..kat sini bolehlah kita berkongsi ilmu pengetahuan ye..Dari ape yg aku dgr dan kulihat drpd taklimat yg mereka berikan dan jade2 yg mereka tunjukkan, jade yg paling bagus sekali ialah jade yg bewarna putih(A), kedua hijau keputih-putihan(B) dan hijau(C). Dan kalau nk tahu juga tentang yg mana satu jade yg asli atau tak ialah dengan cara mengetuknya, cthnya, ambil 2 gelang jade yg berwarna putih dan ketuk kedua2nya dan ia akan menghasilkan bunyi dentingan yg amat jelas sekali(tinggg!!..), yg keduanya kurang dentingannya (tingg!!..) dan ketiganya berbunyi( teng!! ..)lg kurang dentingannya..Dentingan yg amat jelas sekali itu adalah yg paling baik sekali .. haa..kalau korang nk beli gelang jade atau ape2 berkenaan jade bolehlah guna petua ni ye..aku ade gak beli beberapa jenis aksesori jade ni ..spt rantai , tikar jade dan massage muka jade..gelang jade aku x minat ..

seutas rantai jade for my daughter

Alat mengurut muka dari jade utk sendiri punyer..
 
Koleksi hiasan buah dari jade

My hubby berposing depan ukiran hiasan batu jade..
Selepas itu kami dibawa ke kilang pembuatan krim yg diperbuat drpd daun2 dan herba Cina. Kami dijemput masuk ke satu bilik khas utk diberikan sedikit taklimat berkenaan krim herba tersebut.Demontrasi berkenaan kebaikan krim herba juga ditunjukkan dengan cara memanaskan sebatang besi dgn menggunakan dapur gas kemudian besi panas tersebut dipegang dan selepas itu tangannya disapukan dgn krim tersebut secepat mungkin. Lebih kurang ½ jam selepas itu tapak tangan orang yg memegang besi panas itu tidak melecur, nampaknya spt tiada apa yg berlaku..ada jgk dikalangan group aku tu yg mengatakan kesahihan dan kebenaran krim tersebut kerana dia juga telah menggunakannya sebelum itu..krim ini juga amat mujarab jika kita terkena besi panas,air panas dan sebagainya..apa lagi aku pun beli satu utk dibawa pulang..ramai gak yg beli..krim itu juga akan tahan selama lebih kurang 3 thn jika ianya disimpan dlm peti sejuk.(yg ni takde pic ye..lupe nk ambik..)

Selepas itu kami dibawa ke tempat memproses dan penjualan tembikar cina. Kami juga ditunjukkan bagaimana pasu2 tembikar itu dibuat. Amat rumit juga aku tengok..ianya taklah macam pasu tembikar yg dibuat kt M’sia ni spt labu sayung kt Perak tu yg dibuat drpd tanah liat manakala pasu tembikar Cina ni dibuat drpd tanah liat tetapi ukirannya dilekatkan dengan cebisan gangsa ..amat unik dan halus sekali pembuatannya..

Pekerja sedang tekun mengukir pasu tembikar cina dgn ukiran cebisan gangsa..
Pasu tembikar cina dgn berbagai corak yg menarik
Pasu2 yg tlh siap utk dijual, harganya mengikut saiz pasu..
Kenangan bersama salesgirl kat kedai pasu..
Bergambar bersama pasu2 yg berharga RM1 juta..(pasu yg besar kt belakang tu..)

Dah penat pusing2 kat pasu tembikar tu, kami dibawa ke sebuat restoran halal yg agak mewah jugak kepunyataan seorang Cina Muslim yg baru saja balik dari mengerjakan haji. Kat restoran ni baru tekak aku selera nak makan, hidangannya juga menyelerakan. Kat restoran ni juga ada disediakan surau utk pelancong Islam mengerjakan solat.
Sebuah restoran exclusive kepunyaan Cina Muslim
Macam-macam ada..ikn sweet sour, aym grg, dging grg, udg+sayur, kentang grg  dan ade lagi..


Sebelum balik tu sempat lak posing kt restoran tu..
Sebenarnya nk amik gmbr lukisan pada penghadang tu..cantik..lukisan Cina
Kemudian kami dibawa ke Great Wall iaitu “Tembok Besar Cina”.

Tembok Besar China..
Temboknya dibina oleh seramai 2 juta orang pekerja dan batu batanya digam dgn menggunakan telur putih.


Tembok Besar Cina masa musim luruh..pokok2 semua kering..kata guide tu panjang tembok ini ialagh 480 km.

Dihadapan batu asas Great Wall
Tempatnya agak tinggi dan suhu diatasnya pun agak dingin dan sejuk sekali iaitu 7.2 drjh celcius.


Dihadapan papan tanda menunjukkan suhu 7.2 drjh celcius..

kenangan di Great Wall, China ku abadikan dlm piring


Kenangan bersama pelancung mek saleh dr Swedan..Miss Susan
Kenangan bersama group TNB travel di Great Wall, China
Buku bergambar tentang pemandangan  diBeijing, China
Sijil kerana berjaya sampai ke Tembok Besar China pd 12/12/2010..yeay !!!..
Aku bersyukur sangat2 kerana akhirnya aku berjaya juga memijakkan kakiku di Tembok Besar China ni..Alhamdulillah..

Jam masa tu baru pukul 4.30 ptg, kalau kt M’sia ni kalau waktu ni baru masuk waktu asar ataupun budak2 baru nk kuar bermain dipadang tapi kat sini lain pulak kul 4.30 tu sama dgn 6.30 ptg di M’sia dh nk maghrib dah sbb waktu maghribnya lebih kurang jam 5.15 mlm kt M’sia jam 7.15 mlm.Pehtu kami dibawa ke sebuah hotel lain pula yg berhampiran dgn Ski Resort. Dah check-in dh dapat kunci kami semua masuk ke bilik masing2.

Check-in kat Ski Resort Hotel, Beijing
Hiasan dan perabut kt hotel nil eh tahan gak la tapi katilnya duk jauh2..huhu..

Dah lepas mandi and solat maghrib aku dan hubby take a rest jap ..kemudian kami bersiap untuk ketingkat bawah hotel tu utk makan malam pula. Kali ni aku langsung xde selera nk makan, suami aku pun cam tu jgk, biasa kalau aku x mkn dia makan la jgk yg ni diapun sama tak leh makan bila tengok menu yg dihidangkan tu sebiji macam masakan cina betul..semuanya stim, grg kangkung pun dipotong halus2 cam hancur je dan layu sgt, aym grg lak mcm x masak je..kt M’sia ni pun aku x suke Chinese Food apetah lg kt negeri China ni..member2 yg lain nmpknya semua dh mengadap makanan mungkin tekak meke boleh masyuk kut..tapi supaya taknak kecikkan hati yg lain tu dan guide tu, aku dan suamiku just minum air teh o panas je..pastu minta diri utk masuk ke bilik. Masuk je bilik akupun ape lagi, masak Maggie dan buat air kopi yg aku bawa dr rumah tu pastu makan lak biskut dan snack yg ade, at list teralas jugak perut aku malam tu..syukur..Dah kenyang makan tu, kami borak2 jap pastu tidur awal sikit sbb penat sgt panjat tangga kt Tembok Besar tadi lagipun esoknya kene bangun awal nak main ski pulak..ok..Good Night..ok.jumpe lg dalam Part 4 ye..InsyAllah..


Wassalam.. to be continue..                                                                                                                           

AKU TAK NAMPAK!!!.AKU TAKPERASAN!!!AKU LUPA!!!....

Pagi ni..masa aku kelam kabut nak gi keje, aku kuar dari rumah dan terus masuk dalam keta. Akupun start la enjin dan terus masuk gear “R” (auto) dan jatuhkan handbreak sbb nk reverse kete, tetiba aku bunyi satu denduman yg agk kuat. . Akupun cepat2 hentikan kete . Akupun turun tengok ape yg berlaku, bila aku lihat ke belakang, rupanya ada kete suamiku kat belakang. Aku lihat kt bhg bawah bonet keteku, nampak ade kesan calar sikit dan bila lihat kt bhg depan kete suamiku., aku nampak kt logo protonnya pecah dan retak sedikit..Ya Allah..aku langsung tak perasan yg kete suamiku ade kt belakang kete aku sbb biasanya dia parking kt tepi..masa aku turun dari rumah tadi tu mmg aku langsung x perasan ape2pun sbb masa dh agak lewat nk gi keje..aku masuk dlm rumah semula utk minta maaf dan menyatakan yg aku benar2 tak nampak yg sebenarnya aku mmg x perasan sgt2…dan dgn itu x pasal2 aku kene marah kt suamiku, dia kate aku ni buta ke sbb x nampak walaupun aku dh byk kali menyatakan yg aku betul2 x nampak dan x perasan yg kete dia ade kt belakang. Sedih gak aku bila suamiku cakap macam tu..nilah sikap suami , bila kita buat silap sikit je, mudah sgt di marahkan kita dan cakap macam2 tp bila dia buat silap kita tak pernah marahkan dia …(bkn nk buruk2kan suami tp tp sekali2 tu ade gak tegur dia bila dia buat silap..hehe..pe2pun perkara ni x la melarat sgt taklah sampai nak bergaduh2 pulak...dia cuma marah ngan mulut je..biasa lah lelaki kalau dah marah tu..mcm2 ayat yg kuar dr mulutnya tp kejap je..aku dh faham sgt perangai suamiku...”maafkan saya ye bang!!!...nanti i ganti yg baru plat tu ye..”.
Masa kt dalam kete masa nk gi keje tu, aku mengucap panjang...dan dlm hatiku berkate, kenapa dgn aku ni..pg2 lagi dh buat hal..mungkin masa aku turun dr rumah tadi aku tak bace bismillahitawakkal…, biasa tu setiap kali aku kuar rumah aku akan baca doa keluar rumah..mungkin pagi ni aku tak bace sbb tulah jadi macam ni..aku juga bersyukur sbb aku dan kete suamiku tak teruk sangat rosaknya..

Pengajarannya:


1) Sebelum kuar rumah atau sebelum pegi keje tu, cium tangan suami..nk cium pipi pun boleh.., mintak izin dulu..(biasa tu aku buat lagu ni tp td dia ada dlm bilik ayor..)

2) Setiap hari bila nak kuar rumah, perlu baca doa ni..“Bismillahitawakkaltualallah laahaulawalakuwwataillabillahalaliyalazim..”

3) Jangan selalu lewat patuhilah masa.

Ya Allah!!.kuatkanlah daya ingatanku, elakkanlah diriku dari segala keburukan dan kejahatan. Amin Ya Rabbulalamin…

Wassalam

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011 & Welcome Back to School

Selamat Tahun Baru 2011


Disini saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, semoga apa yang diharapkan akan jadi kenyataan dan semoga segala cita-cita dan impian kan bisa tercapai tahun ini..InsyaAllah...Amin..Rayakanlah lembaran baru ini dengan semangat baru yang optimis!


Selamat Kembali Ke Sekolah
Kepada anak-anakku dan semua anak-anak di Malaysia yang baru nak masuk alam persekolahan tu dan juga yang nak sambung lagi tu makcik nak ucapkan Selamat Kembali ke Sekolah semula ye.. rajin-rajinlah belajar ye..patuhi ajaran Allah dan dengarlah nasihat ibubapa dan guru..InsyAllah berjaya..
 
Wassalam..

Thursday, December 30, 2010

Trip & Honeymoon ke Beijing, China - Part 2

HARI PERTAMA DIBEIJING – 11 DIS 2010

Kapal terbang MAS – MH 370

Flight MH370 yang ku naiki itu mendarat di Lapangan Terbang Beijing tepat jam 7.30 pg. Aku sekali lagi bersyukur kerana akhirnya aku selamat juga sampai ke sana tanpa apa-apa masalah yang dialami semasa penerbangan itu .. mula2 naik tu risau gak aku..mcm2 ayat Al-Quran yg kubaca..spt. ayt kursi, 3 kul..dan seterusnya doa ..Alhamdulillah..syukur..semuanya selamat..
Cuaca di Airport Beijing pada jam 7.30am

Semasa kapal terbang sedamg mendarat ke landasannya, kulihat cuaca dipagi hari agak berkabus dan dingin sekali..kelihatan pekerja dsitu sedang sibuk menjalankan tugas masing2 dengan tekun sekali..mereka nampaknya kesejukan, semuanya memakai jaket/baju yg tahan sejuk dan memakai sarung tangan.

Semua yang menaiki pesawat pada hari tu turun dan terus menuju masuk ke dalam Airport tersebut dan mengambil baggage masing2. Apa yang kelakar tu bila aku bercakap kelihatan asap keluar dari mulutku
dan begitu jugak dgn yang lainnya..ada pulak yg buat lawak bodoh..”tak hisap rokok pun asap kuar je kat mulut ngape ye..hehe..” , semua yg dengar masing2 tergelak..Kami dikehendaki berkumpul disatu tempat untuk diberi taklimat ringkas oleh pemandu pelancung disitu.

Sebelum tu sempat lak berposing dulu kt Beijing International Airport tu..
with my dearest hubby..
Malas nak berjalan, penat...guna escalator je le..
Masing2 berkumpul bersama baggage yg dibawa..

Sesampainya kami disana kami disambut oleh seorang pemandu pelancong(guides) yg berbangsa Cina dari Bejing sedang menunggu dengan senyum lebar sambil mengucapkan “Welcome to Beijing dan Selamat Datang ke Beijing, puan2 dan tuan2..”..dan memperkenalkan dirinya pada kami semua namanya En. Michcel dan beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan nada suaranya amat lembut sekali mengalahkan orang Melayu ....huhu..terharu dan gembira sekali rasenya..lepas tu dia suruh kami semua follow dia , ada sebuah bas dah sedia menanti kami untuk dibawa pusing2 dikota Beijing ini. Group kami ada dlm 43 org semuanya 37 staf TNB, 5 org cikgu sekolah dari kuantan dan seorang dari agensi swasta. Dalam bas tu kami diberi taklimat serba sedikit perihal kota Beijing dan perihal penduduknya.

Nak tau tak..kalau kat M’sia ni, kita naik bas ade econ tp kt sini ade heater tujuannya tuk panaskan badan sbb cuaca diluar sangat sejuk iaitu -8 drjh celcius… pintu basnya pulak disebelah kanan kt M’sia belah kiri. Kata Mr. Michcel, keluasan Beijing adaalah seluas 16,800 m persegi. Beijing mempunyai bilangan penduduk yg ramai lebih kurang 16 juta orang. Kebanyakkannya tinggal dirumah2 flat sbb x cukup tanah sbb tu lah rakyatnya x dibenarkan mempunyai family yang besar cukup hanya seorang anak untuk satu family je dan mereka lebih memerlukan anak lelaki drpd ank perempuan..kenape ye..mgkin sbb ank lelaki ni xleh beranak kut..hehe.. dia kate rumah2 kat sini x perlu guna econd sbb kt luar dh sejuk sangat.. Dalam bas tu macam2 lagi dia nasihatkan agar group kami ni jangan berpecah takut ade yg sesat atau hilang..

Suamiku bergambar bersama driver bas yg dah sedia ready nk bawak kami ronda2..

Destinasi kami yang pertama kami ialah di Istana Musim Panas di pagi hari. Menjadi taman empayar terbesar di China. Istana Musim Panas pertama kali dibina pada masa Maharaja Qianlong Qing di 1751 dan dibakar pada tahun 1860 oleh Tentera Perancis dan Inggeris dan dikembalikan oleh Ratu Cixi Doweger untuk kenikmatan sendiri. Ini menjadi tempat kegemaran dari Cixi yang lebih suka ke Kota Larangan, dan menamakannya Yihe Yuan bererti taman kesihatan dan harmoni... layan je gambar2 aku bersama rakan2, diistana maharaja tu ye..biar gambar je yg bercerita..malas nk cite lagipun setengah cite tu aku dah x hengat panjang sgt kesahnya..dipendekkan cite la ye..layann...

Pintu masuk pertama ke istana maharaja..

Inilah adalah tahta maharaja yg original semasa zaman pemerintahannya..

Salah sebuah bilik permaisurinya...

Taman larangan istana..tempat permaisuri bermain..

Bergambar dihadapan istana maharaja..(didalam istana).

Kat sini mmg ramai pelancung2 asing yg datang. Masa jalan2 kt istana ni, kelihatan matahari dah bersinar..kira panas gak la sampai silau mate aku dibuatnya, tengoklah bayang dlm gambar tu..tapi yg pelik tu, wahaupun hari panas tapi cuacanya amat sejuk terase berada dalam peti sejuk pulak..mmg sejuk betull..sampai salah seorang anak staf TNB yg bergelar Dato’ yg berusia 5 thn tak boleh nak menerusnya perjalanannya kerana mengalami batuk2 dan muntah, nasib baik la aku tak bawak anakku yg kecik sekali tu..kalau tak tentu diapun macam tu..kesian aku melihatnya. Dah disapu balm barulah ok sikit.., Mungkin inilah yang dikatakan kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T..
Bergambar dihadapan istana yg terakhir..

Kalau korang nk tau, Istana Maharaja ni dibina oleh 2 Dinasti iaitu Dinasti Ming & Dinasti Khan..ala..xkan korang x belajar sejarah zaman sekolah dulukan..Genghis Khas, Khublai Khan dan macam2 khan lagi..Shahrukh Khan, Amir Khan..oops..tu my fovaurite bollywood actor tau..hihi..

Terdapat 7 buah istana didalamnya, terpaksa kami naik turun2 beberapa buah tangga..”adoih loteh kaki den dibuek ehh”..Dikatakan istana ini dibina terlalu besar sebab maharaja cina ini mempunyai ramai isteri dan gundik2 yg seramai lebih kurang 3,000 orang dan setiap malam dia akan bertukar bilik tuk memuaskan nafsunya..fuyoo.. boleh tahan gak ye..mau tergelak gak aku mendengar kata2 En. Micheal tu..dia kata maharaja cina ni sentiasa mengamal ubat2an cina spt ginseng dan sebagainya sbb tu la powerr...huhu.

Lebih kurang 2 jam kami disana, Mr. Micheal membawa kami dari satu istana ke satu istana sampai naik lenguh kaki aku dibuatnya, dahlah mase tu aku x pakai sarung tangan, kasut yg aku pakaipun agak nipis..naik kebas kaki tangan aku dibuatnya..sepatutnya bawaklah ke shopping komplek dulu bolehlah kami beli ape yg patut..ni tidak..nak x nak jalan je le..just masukkan tangan dalam poket baju je nak hilangkan kesejukkan. Jalan punye jalan lebih kurang 20 min sampailah ke sebuah restoran halal untuk makan tengahari disana...kami dihidang dengan bermacam2 lauk pauk spt, ayam, daging, ikan,telur dadar dan 2-3 jenis sayur spt sawi jepun(sawi kecik), batang saderi+lada bengala, kentang yg diracik halus dan semangkuk sup telur dan nasi putih manakala airnya pulak semangkuk kecil air teh o panas(teh cina) dan air kosong..tengok le hidangan kat bawah ni..makanannya semua x berkuah semua goreng2, yg berkuah cume sup telur je setiap kali hidangan disajikan tp aku tak pernah rase pun..diorang kate kuahnya tawar..x best la tp xpe leh elakkan penyakit darah tinggi...

(lum sempat nk ambik gambo, diorang dah balun daa..sbb keletihan dan kelaparan kut..)

Kira agak special gak la menu yg dihidangkan tu..Bagi orang yg boleh makan, mereka makan dgn penuh selera tapi bagi aku, tekak aku ni mmg x leh masyuk makanan cina ni, bau diapun aku x tahan sbb orang cina ni suke guna minyak bijan dan banyak gunakan bawang putih dalam masakannya... Untuk nak mengisi perutku yg kosong ni, aku terpaksa makan jugak lah spt nasi putih, telur dadar, ikan dan sayur2 je..ok le teralas gak perut aku ni..tengok la menu tuk makan malam nanti camane pulak ye..

Selepas makan tengahari tu kami dibawa ke sebuah Masjid Dian Ma yang merupakan salah satu masjid yang paling terkenal dengan sejarah seratus tahun. Kami megerjakan solat jamak takdim (zohor & asar) disana takut xde masjid lagi nak singgah diperjalanan nanti dan memudahkan perjalanan. Walaupun masjidnya x besar tapi aku terpegun dengan hiasan ayat2 suci dan ukiran2 seni yang halus dan cukup kreatif sekali yg terdapat pada dinding dan tiang2 didalam masjid tu..

Pintu masuk ke masjid
Ukiran pd dinding masjid yg unik
mimbar masjid
Beberapa orang cina muslim sedang belajar mengaji Al-Qur’an
Kawasan dalam masjid
Kawasan dihadapan masjid

Dah sudah makan, rombongan kami dibawa ke hotel dimana kami akan menginap pada malam itu. Dah settle check-in, semua masuk ke bilik masing2..Boleh tahan jugak cantik bilik dan perabut2 didalamnya. Kira ok dan selesa sangat bagi hotel bertaraf 3 bintang ni..

 Perabut dibilik hotel tempat aku menginap..

Aku dan suamiku masuk kedalam dan simpan semua barang, rehat kejap dan terus keluar ke kedai menjual pakaian yg berhampiran dengan hotel tu tuk beli kasut sukan, stokin tebal, mafla, penutup kepala dan sarung tangan sbb x tahan sejuk sangat.

Penutup kepala, sarung tangan & mafla


Harga barang2 kat sini mmg murah. Dah beli apa yg patut kami balik semula ke hotel, rehat kejap pastu mandi dan bersiap semula sbb malam ni kami akan dibawa ke suatu tempat untuk menyaksikan persembahan akrobatik. Jam 7.00 mlm kami dibawa ke Showroom utk menyaksikan [ersembahan akrobatik tu. Memang amat mengkagumkan persembahan akrobatik tu..selama 2 jam kami didalam showroom tu.

Salah satu persembahan acrobatik yg ditunjukkan..
Akrobatik bermotosikal didalam globe sangkar..

Lepas tu kami dibawa ke satu restoran untuk makan malam. Kat sinipun samalah juga dgn hidangan makan tengahari tu..aku just makan nasi ngan telur dadar, sayur je..hai..kalau macam ni la hari2 ..leh slim sikit badan aku ni..

Lepas makan, kami balik ke bilik masing2. Masuk je dalam hotel tu, aku buat maggi dan air kopi 3 dlm 1 yg ku bawa dari rumah. Aku mmg dah standby awal2 lagi benda2 mcm ni takut tak lalu makan kat sane nanti..byk lg bekal yg aku bawa spt snack dan biskut cukup tuk seminggu.., silap aku tak bawak rendang ayam ke daging ke..makan ngan nasi putih tu je cukup..lagi best..tp aku tak bawak pulak, bukan ape takut kene rampas pulak mase kat airport tu sbb bawa barang2 yg berbau..Xpelah..maggi pun maggi la.. Dah kenyang makan, kene packing semula beg2 dan barang2 yg dibawa dan asingkan 1 beg utk 1 hari sahaja sbb malam esoknya kami kene bermalam di Ski Resort sbb hari yg ke 3 tu nak pergi ketempat salji nak main ski..

Nak tengok tv x best lak cite, semua channel dlm bahasa cina je..dah xde ape nak buat ape lagi..tidur le..sbb esok tu nak kene bangun pagi..nak jalan2 lagi..Nak tau x, waktu siang kat Beijing ni agak singkat jika nak dibandingkan pada waktu malam.

Note:

3 Percakapan yg telah kupelajari hari ini di Beijing ialah:

1) Chao Shan HawSelamat Pagi

2) How – Hai, Ni How Ma? – Ape Khabar?

3) Toche-toche – terima kasih banyak2..

Ok..nanti aku sambung cite lg dalam part 3 ye..InsyaAllah..

Friday, December 24, 2010

Trip & Honeymoon to Beijing, China - Part 1

Salam Bahagia..

Dah lame rasenya aku x menulis dlm blog aku ni, bukannya xde cite.. banyakk..tp mase dan keadaan tak mengizinkan. Entry kali ini aku nak cite sikit pasal kenangan melancong sambil berbulan madu ke Beijing, China bersama suamiku. Eh..eh..orang yang dah beranak pinak macam aku ni boleh gi honeymoon lagi ke..biasanya honeymoon ni tuk pengantin baru je..hehe..tapi aku rase, tak salahkan kalau dah tua2 ni nak pegi berbulan madu..tak salahkan..boleh mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan suami isteri, lagipun mase aku kawin dulu aku tak sempat nak pegi bulan madu..sbb aku dapat cuti 3 hari je sbb mase tu aku baru lapor diri untuk bekerja..planing lepas kawin tu nk pi bulan madu kat Cameron Highland tp sampai sekarang pun aku x pernah jejakkn kaki kesana..tup2..x dapat pegi yg dekat, yang jau pulak dapat..mmg x terlintas langsung difikiranku yg satu hari nanti aku dapat melancung keluar negara sbb kat dalam negara nipun aku lum habis melancung lagi..ini kan pulak kat overseas tu..ape yg ku fikirkan cuma, InsyaAlah suatu hari nanti, jika diizinkan aku ingin mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah, itu je..kapal terbangpun aku tak pernah naik..ulu betul la aku ni..xpela..ulu pun ulu laa..aku x kisahpun..x dapat naik kapal terbangpun aku x kisah..aku rase bukan aku sorang je yg x penah naik flight tu lagipun aku ni bukannya dari keluarga yg berharta, cuma sederhana je..tp Alhamdulillah..aku bersyukur sangat2 kehadrat Allah s.w.t. sbb dgn takdir dan kehendaknya aku sampai kesana..mungkin dah rezeki yg diberikan padaku, bak kata pepatah Melayu, " tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yg tahu..".


Kisahnya camni.. mase dlm perjalanan pulang ke kg ku di Kelantan pd hari raya haji baru ni, suamiku terima panggilan telafon dari salah seorang staf yg bertugas sebagai Pemandu Pelancong di bahagian Koperasi TNB, Bangsar. Disebabkan suamiku salah seorang staf TNB so beliau memaklumkan ada pakej melancong selama 6 hari, 5 mlm ke Beijing pd 11 - 16 Dis 2010 dan menawarkan tiket separuh harga sbb suamiku dah lame menjadi ahli dalam koperasi tersebut. Pakej tu terbuka tuk semua ahli koperasi TNB diseluruh M'sia.

ini adalah pakej agensi pelancungan yg kuambil..6H 5M..ke Beijing

Bila dengar je berita gembira tu, ape lagi suamiku terus setuju je..sbb dia mmg dah lama berhajat nak bawa aku melancong dan berbulan madu tu..dan nak tunaikan janjinya masa kawin dulu..lagipun skrg ni  ank2pun tengah cuti sekolah, diorangpun semua setuju kami pergi kesana, semuanya sporting..wlaupun aku pada mulanya agak berat meninggalkan mereka buat beberapa hari. Tapi mujurlah mereka semua dah besar, taklah susah nanti Atuk dan Wan nya nak menjaga mereka.Alhamdulillah..syukur sgt2 coz dapat seorang suami penyayang dan anak2 yang sporting macam tu..

Lepas balik berhari raya selama 4 hari di Kelantan, pada  23 Nov 2010 tu aku dan suami terus ke Imegresen, Kuantan utk wat pasport tuk ke luar negara. Bayarannya taklah mahal cuma RM100 utk 2 thn.
Lepas amik gambar pasport dan isi borang, x sampai 1 jam kami tunggu, siap la pasport tu..kebetulan dan nasib baik jugak lah hari tu orang tak berape ramai sangat nk wat pasport kalau tak kene beratur panjang dan lame nak tunggu pasport tu siap.

passportku yg pertama kali kubuat..kuatkuasa selama 2 thn..

Dah settle pasport tu, aku dan suami terus ke shopping kompleks nk cari la ape2 persiapan dan pakaian yg   yg sesuai tuk travel..Jenguk2 gak baju sejuk tp aku x beli pun sbb diorg kate lebih baik beli kat Beijing lagi murah dr sini, kalau beli kat sini harganya RM300-400 hinggit keatas loo..ya ampun..x kuase i ...nk menghabiskn duit nk beli baju tu..yg aku beli cuma seluar jeans yg agk brjenama sikit, 2 helai dan T-Shirt yg  tebal sikit sesuai tuk cuaca kt sane dan sepasang kasut je..dan alat make-up spt lipsgloss dan cream muka yg sesuai tuk musim sejuk.. Masuk ofis keesokan harinya aku terus isi borang cuti keseberang laut,aku ambil cuti mulai pada 10 - 17 Dis 2010.

10/12/2010 - Aku dan suami membawa anak2 pulang ke kg ibu dan bapa mertuaku di Kuala Pilah, NS.Sebelum tu singgah di Bahau tuk ke Money Changer utk tukar duit Ringgt Malaysia(RM) ke Yuen(China). Rupenya duit kita RM ni lebih besar drp duit mereka(Yuen) iaitu duit mereka tu setengah duit kita..cthnya RM1 = 100Y(iaitu 50 sen), pastu beli barang2 keperluan dapur dan makanan tuk mak mertua dan anak2ku.Aku tinggalkan anak2ku bersama Atuk dan Wan mereka dikg, mujurlah mereka semua sihat, nak tinggalpun taklah risau sangat..pagi tu aku masak dan makan tengahari bersama mak dan abah dikg. Lepas makan tengahari tu aku dan suami bersiap untuk ke rumah adik di Bangi. Sebelum tu peluk cium ku berikan pada anak2 tersayang, dan kedua ibu mertuaku..sedih gak nak tinggalkan mereka..kalau ikutkan hati mau ku bawa semuanya tapi apa boleh buat duit x cukup..tambangnya mahal..maklumlah nk gi overseas bukannya dlm negeri..xpelah anak2ku ye..nanti bila ma dan ayah pulang dari Beijing kita gi jalan2 ye..janjiku pada anak2ku...tenguk muka2 anak2 semuanya ceria..lege sikit rase hati nk meninggalkan mereka buat sementara..

Pada jam 5 ptg aku dan suami bertolak dari kg ke rumah adik iparku diBangi sbb nk mintak tolong dia hantarkan kami ke KLIA sbb kalau nak tinggalkan kete kt KLIA tu lama sgt takut kene bayar parking banyak, wat ape aku bazirkan duit lebih baik aku tumpangkan kete akutu kt rumah adik ipar aku, leh gak mereka tengok2kan.. Lepas minum dan solat kt umah adik, jam 8.30 mlm aku terus ke KLIA dan sampai sana jam 9.30 mlm.

adik iparku n familynya..

my hubby..nk posing jugak..

Damia, Amsyar,Suhaili n Me..

depan shopping dlm KLIA..

sambil menunggu rakan2 yg lain sempat lak aku dan suami posing dulu kt KLIA tu...hehe..

Flight yg aku naiki ialah MH 370 dan dijangka akan bertolak pada jam 10.30 mlm tetapi flight delay pada mlm tu sbb kapten kapal mengatakan mereka ada sedikit kerosakan pada brek kapalterbang pada mlm tu..flight kami berlepas agak lewat sikit iaitu pada jam 1.40 mlm..Dah duduk kejap dlm fligth tu, kami diberi makan oleh pramugari dan pramugara yg bertugas pd mlm tu..

pramugari & pramugara yg cantik2 n handsome2...


makan mlm berupa snack, cheese burger n oren juice..ape lagi dah kelaparan sgt aku dan suamiku bedal habis la..emm..best nyerr...



dah 2-3 jam lepas tu supper pulak..yummy!!!..

Perjalanan dari M'sia ke Beijing lebih kurang memakan masa 6 jam..dah kenyang makan, tidur la ape lagi..tenguk2 haripun dah siang...pg soknya lebih kurang kul 7.30 pg sampailah ke Beijing Airport..kulihat jam ditanganku, wakti disana lebih kurang sama dengan waktu kita kt M'sia ni..tp ade juga waktu yg berbeza tau..nantikan sambungannya dalam Part 2..tunggu ye...

Jumpe lagi..

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Salam Maal Hijrah ku ucapkan kepada muslimin dan muslimat semua...Semoga tahun baru ini akan lebih bahagia dan ceria dari tahun sebelumya. Sama-samalah kita tingkatkan prestasi hidup kita tidak kira dari apa segi, dari yang buruk ke arah kebaikan  dan tingkatkan amalan2 kita dari segi ilmu pengetahuan  didunia dan akhirat..semoga tahun ini juga akan tercapai segala apa yang dihajati selama ini..InsyaAllah..Amin..Wassalam..

Saturday, December 4, 2010

Congrate's & Good Luck My Son

15 Nov 2010 - Hari ni aku ke sekolah Sek. Keb. Muadzam Jaya(SKMJ) Muadzam Shah utk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah utk mengiriingi anakku yg kecik Aniq - yg berada di tahun 1 Amanah. Dia juga diantara pelajar2 yg mendapat Anugerah Prestasi Meningkat dalam kelasnya. Hadiah berupa sijil dan cenderahati. Nasib baik aku cuti hari tu..so dapatlah pegi..kan main suke sekali dia bila nampak mak dia datang, biasalah nama lagi ankkan..sebelum tu siap pesan lagi, ma dtg ke x..takut maknya x dtg..mak mane yg xnk dtg utk majlis macam tu..nanti hampe dan kecewa pulak harapan anak2 ...kat sini aku uploadkn beberape keping foto anakku bersama rakan2 classmate dia yg juga dapat mcm2 anugerah pd hari tu..utk dijadikan kenangan bila dia besar nnti, dia boleh bukak blog aku ni dan tengok semula gambar2 dia mase darjah 1 dulu...


Sijil Anugerah Prestasi Meningkat - Muhd. Aniq Faisal b. Suhaimi - 1Amanah

Hadiah Saguhati - Sehelai Baju T- SKMJ & Alat Tulis

Bersama rakan2 sekelasnya..Aniq, Adib & Nabil..

Wah..kan main lagi Aniq & Adib ni..siap pisst!! lagi...

Alhamdulillah, smoga ank2ku akan lebih berjaya dimasa akan datang, berjaya didunia dan juga diakhirat..Amin..


Wassalam..

Wednesday, December 1, 2010

Salam..ape khabar semua?

Salam semua..dah lame rasenya aku x on blog aku ni sebab lama sangat aku bercuti lebih kurang ½ bulan mula 15hb Nov 2010 hari tu sampai habis bulan. Maaflah pd sesape yg sggah n follow blog aku sebab tak dapat balas msj korang semua dan terima kasih juga pada yg sudi singgah n follow my blog ye..

Hari ni baru aku masuk keje semula. Dah lame sangat cut ini, malas pulak pulak rasenya tapi harini aku semangat pulak nak kerja sebab lame sgt rindu pulak kt kerusi, meja, pc yg kutinggalkan sendirian..ermm..bila masuk keje je hari ni, banyak kerja yang aku perlu bereskan ..InsyaAllah aku akan bereskan semuanya sebelum aku cuti lagi minggu depan..hehe..


Mase cuti hari tu aku begitu seronok sekali dapat bersama anak-anak, maklumlah diorangpun cuti sekolah..masa raya haji haritupun aku dapat pulang ke kampung halamanku di Kelantan dan dapat beraya bersama adik-beradikku dan juga sanak saudaraku disana, ape ke tidaknya dah setahun aku tak balik..raya pose haritupun aku tak balik..rindu sangat2 kat mereka dan kg halaman. Aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga aku pulang ke kampung tahun ini.Alhamdulillah..

Sebenarnya banyak lagi benda yg aku nak cita sepanjang aku bercuti hari tu..nantilah ade masa aku cite ye dan uploadkan foto2 kenangan..tunggu..wassalam..