SALAM SEJAHTERA

Friday, December 24, 2010

Trip & Honeymoon to Beijing, China - Part 1

Salam Bahagia..

Dah lame rasenya aku x menulis dlm blog aku ni, bukannya xde cite.. banyakk..tp mase dan keadaan tak mengizinkan. Entry kali ini aku nak cite sikit pasal kenangan melancong sambil berbulan madu ke Beijing, China bersama suamiku. Eh..eh..orang yang dah beranak pinak macam aku ni boleh gi honeymoon lagi ke..biasanya honeymoon ni tuk pengantin baru je..hehe..tapi aku rase, tak salahkan kalau dah tua2 ni nak pegi berbulan madu..tak salahkan..boleh mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan suami isteri, lagipun mase aku kawin dulu aku tak sempat nak pegi bulan madu..sbb aku dapat cuti 3 hari je sbb mase tu aku baru lapor diri untuk bekerja..planing lepas kawin tu nk pi bulan madu kat Cameron Highland tp sampai sekarang pun aku x pernah jejakkn kaki kesana..tup2..x dapat pegi yg dekat, yang jau pulak dapat..mmg x terlintas langsung difikiranku yg satu hari nanti aku dapat melancung keluar negara sbb kat dalam negara nipun aku lum habis melancung lagi..ini kan pulak kat overseas tu..ape yg ku fikirkan cuma, InsyaAlah suatu hari nanti, jika diizinkan aku ingin mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah, itu je..kapal terbangpun aku tak pernah naik..ulu betul la aku ni..xpela..ulu pun ulu laa..aku x kisahpun..x dapat naik kapal terbangpun aku x kisah..aku rase bukan aku sorang je yg x penah naik flight tu lagipun aku ni bukannya dari keluarga yg berharta, cuma sederhana je..tp Alhamdulillah..aku bersyukur sangat2 kehadrat Allah s.w.t. sbb dgn takdir dan kehendaknya aku sampai kesana..mungkin dah rezeki yg diberikan padaku, bak kata pepatah Melayu, " tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yg tahu..".


Kisahnya camni.. mase dlm perjalanan pulang ke kg ku di Kelantan pd hari raya haji baru ni, suamiku terima panggilan telafon dari salah seorang staf yg bertugas sebagai Pemandu Pelancong di bahagian Koperasi TNB, Bangsar. Disebabkan suamiku salah seorang staf TNB so beliau memaklumkan ada pakej melancong selama 6 hari, 5 mlm ke Beijing pd 11 - 16 Dis 2010 dan menawarkan tiket separuh harga sbb suamiku dah lame menjadi ahli dalam koperasi tersebut. Pakej tu terbuka tuk semua ahli koperasi TNB diseluruh M'sia.

ini adalah pakej agensi pelancungan yg kuambil..6H 5M..ke Beijing

Bila dengar je berita gembira tu, ape lagi suamiku terus setuju je..sbb dia mmg dah lama berhajat nak bawa aku melancong dan berbulan madu tu..dan nak tunaikan janjinya masa kawin dulu..lagipun skrg ni  ank2pun tengah cuti sekolah, diorangpun semua setuju kami pergi kesana, semuanya sporting..wlaupun aku pada mulanya agak berat meninggalkan mereka buat beberapa hari. Tapi mujurlah mereka semua dah besar, taklah susah nanti Atuk dan Wan nya nak menjaga mereka.Alhamdulillah..syukur sgt2 coz dapat seorang suami penyayang dan anak2 yang sporting macam tu..

Lepas balik berhari raya selama 4 hari di Kelantan, pada  23 Nov 2010 tu aku dan suami terus ke Imegresen, Kuantan utk wat pasport tuk ke luar negara. Bayarannya taklah mahal cuma RM100 utk 2 thn.
Lepas amik gambar pasport dan isi borang, x sampai 1 jam kami tunggu, siap la pasport tu..kebetulan dan nasib baik jugak lah hari tu orang tak berape ramai sangat nk wat pasport kalau tak kene beratur panjang dan lame nak tunggu pasport tu siap.

passportku yg pertama kali kubuat..kuatkuasa selama 2 thn..

Dah settle pasport tu, aku dan suami terus ke shopping kompleks nk cari la ape2 persiapan dan pakaian yg   yg sesuai tuk travel..Jenguk2 gak baju sejuk tp aku x beli pun sbb diorg kate lebih baik beli kat Beijing lagi murah dr sini, kalau beli kat sini harganya RM300-400 hinggit keatas loo..ya ampun..x kuase i ...nk menghabiskn duit nk beli baju tu..yg aku beli cuma seluar jeans yg agk brjenama sikit, 2 helai dan T-Shirt yg  tebal sikit sesuai tuk cuaca kt sane dan sepasang kasut je..dan alat make-up spt lipsgloss dan cream muka yg sesuai tuk musim sejuk.. Masuk ofis keesokan harinya aku terus isi borang cuti keseberang laut,aku ambil cuti mulai pada 10 - 17 Dis 2010.

10/12/2010 - Aku dan suami membawa anak2 pulang ke kg ibu dan bapa mertuaku di Kuala Pilah, NS.Sebelum tu singgah di Bahau tuk ke Money Changer utk tukar duit Ringgt Malaysia(RM) ke Yuen(China). Rupenya duit kita RM ni lebih besar drp duit mereka(Yuen) iaitu duit mereka tu setengah duit kita..cthnya RM1 = 100Y(iaitu 50 sen), pastu beli barang2 keperluan dapur dan makanan tuk mak mertua dan anak2ku.Aku tinggalkan anak2ku bersama Atuk dan Wan mereka dikg, mujurlah mereka semua sihat, nak tinggalpun taklah risau sangat..pagi tu aku masak dan makan tengahari bersama mak dan abah dikg. Lepas makan tengahari tu aku dan suami bersiap untuk ke rumah adik di Bangi. Sebelum tu peluk cium ku berikan pada anak2 tersayang, dan kedua ibu mertuaku..sedih gak nak tinggalkan mereka..kalau ikutkan hati mau ku bawa semuanya tapi apa boleh buat duit x cukup..tambangnya mahal..maklumlah nk gi overseas bukannya dlm negeri..xpelah anak2ku ye..nanti bila ma dan ayah pulang dari Beijing kita gi jalan2 ye..janjiku pada anak2ku...tenguk muka2 anak2 semuanya ceria..lege sikit rase hati nk meninggalkan mereka buat sementara..

Pada jam 5 ptg aku dan suami bertolak dari kg ke rumah adik iparku diBangi sbb nk mintak tolong dia hantarkan kami ke KLIA sbb kalau nak tinggalkan kete kt KLIA tu lama sgt takut kene bayar parking banyak, wat ape aku bazirkan duit lebih baik aku tumpangkan kete akutu kt rumah adik ipar aku, leh gak mereka tengok2kan.. Lepas minum dan solat kt umah adik, jam 8.30 mlm aku terus ke KLIA dan sampai sana jam 9.30 mlm.

adik iparku n familynya..

my hubby..nk posing jugak..

Damia, Amsyar,Suhaili n Me..

depan shopping dlm KLIA..

sambil menunggu rakan2 yg lain sempat lak aku dan suami posing dulu kt KLIA tu...hehe..

Flight yg aku naiki ialah MH 370 dan dijangka akan bertolak pada jam 10.30 mlm tetapi flight delay pada mlm tu sbb kapten kapal mengatakan mereka ada sedikit kerosakan pada brek kapalterbang pada mlm tu..flight kami berlepas agak lewat sikit iaitu pada jam 1.40 mlm..Dah duduk kejap dlm fligth tu, kami diberi makan oleh pramugari dan pramugara yg bertugas pd mlm tu..

pramugari & pramugara yg cantik2 n handsome2...


makan mlm berupa snack, cheese burger n oren juice..ape lagi dah kelaparan sgt aku dan suamiku bedal habis la..emm..best nyerr...



dah 2-3 jam lepas tu supper pulak..yummy!!!..

Perjalanan dari M'sia ke Beijing lebih kurang memakan masa 6 jam..dah kenyang makan, tidur la ape lagi..tenguk2 haripun dah siang...pg soknya lebih kurang kul 7.30 pg sampailah ke Beijing Airport..kulihat jam ditanganku, wakti disana lebih kurang sama dengan waktu kita kt M'sia ni..tp ade juga waktu yg berbeza tau..nantikan sambungannya dalam Part 2..tunggu ye...

Jumpe lagi..

No comments: