SALAM SEJAHTERA

Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

POKOK SENA PULA MENANGIS…

Baru saje kita digemparkan dengan cerita Pokok Petai Menangis kini ada pula berita mengenai Poko Sena Menangis pulak..berita pelik tapi benar..betul atau salah..wallahualambissawab..

Pokok sena 'menangis', kelihatan balutan kain kuning n merah

Sungai Petani:Hampir seminggu selepas penduduk kampung Lembah Raja Kepala Batas,Pulau Pinang mendakwa sebatang Pokok Petai disitu menangis mengeluarkan air seperti hujan baru baru ini, sekumpulan penduduk di Taman Ria Jaya pula mendakwa sebatang Pokok Sena turut mengeluarkan air sejak beberapa hari lalu.Walaupun Jabatan Pertanian Pulau Pinang mendakwa bahawa air itu berkemungkinan berpunca daripada air kencing sejenis serangga iaitu Riang Riang....,namun penduduk disini tetap meninjau pokok yang didakwa mengeluarkan air tersebut.


Menurut seorang penduduk, Shashdeep singh,36, air yang keluar daripada pokok sena yang setinggi kira kira 20 meter yang terletak berhampiran Perumahan Rakyat Paya Nahu itu umpama hujan renyai renyai terutama jika angin bertiup agak kuat.Di fahamkan bahawa pokok itu telah ditanam oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani,Kedah [MPSPK] sebagai pokok hiasan.Katanya lagi,kejadian disedari beberapa lalu apabila beberapa orang penduduk yang melalui kawasan itu mendakwa melihat pokok itu mengeluarkan air seperti hujan renyai renyai walaupun ketika itu tiada hujan.Katanya,dia yang tertarik dengan dakwaan tersebut telah pergi ke pokok berkenaan dan turut melihat dan merasai titisan air yang mengenai muka dan tangannya biarpun ketika itu tiada hujan.


"Air keluar lebih kerap dan banyak ketika angin bertiup agak kuat tetapi tidak sebanyak Pokok Petai di Pinang Tunggal itu.Saya juga tidak tahu pnca air itu" katanya.Seorang lagi penduduk,Harun Ahmad 35,berkata,dia mendapati air berkenaan berwarna kekuningan tetapi tidak banyak.




P/S: Belum apa apa lagi…….. dah pun ada kain berwarna warni yang dililit disitu..hai..macam2 ye manusia ni..jangan percaya..KURAFAT!!!..nauzubillah...

Tuesday, March 2, 2010

Air Oh Air..

Susahnye rase kalau takde air ni.. Kalau duk kg ok le..ade perigi, ade sungai, ade jeram..boleh terjun jer..duk kat bandar ni  mane la nak cari semua tu..terpakaselah menakung dan menyimpan air..tp kalau takde lektrik, istilah lain (takde api) boleh gak pasang lilin, pelita, lampu minyak tanah dan macam2 lagi. Kalau takde air semuanye susah jadinye, nk mandi x boleh..,nk masak x boleh..dan macam2 lagi, nak amik air sembahyangpun susah.. org kate kalau takde air boleh brtayammum..mmg la boleh tp nk cari tanah/debu yg bersih skrg ni bukannya senang..lain la kalau kat negri A..rab sane boleh laa..sbb sane byk padang pasiak..

Ni..aku nk cite sikitlah, pagi semalam memang huru-hara sikit dibuatnye disebabkan takde air. Dahlah pinggan-mangkuk kat rumah tu dari malam tadi lagi tak berbasuh, dah menimbun dalam sink tu..pagi ni nak mandipun tak boleh, air yang ade cuma dalam satu baldi je..bolehlah buat basuh muka,gsok gigi dan ambil air smbhyang je...aku cume dapat basahkan badan sikit je sbb nk gi keje. Aku masuk ke pejabat hari ni sambil  bawa 3 balang kosong untuk nak isi air. Terpaksalah punggah air dr ofis dan isi dalam kerete bawa balik ke rumah, nasib baiklah kat ofis aku ni ade air ..dapatlah anak2 wat basuh muka dan gosok gigi.Malam tadi pun beli nasi bungkus je bagi anak2 makan, nak masak takde air..nasib baik..la ade gak kedai yang buka, yg lain byk tutup sbb takde air..hai..tu baru sehari takde air, kalau sebulan takde air camane la agaknye ye..sekarang baru aku dapat rasekan macamane hidup orang2 yg kt rumah mereka takde air berbulan-bulan. Ade yg terpakse menggunakan air yg kotor utk makan dan minum..kesiann..mereka.

Memang selame ni aku tak pernah menyimpan air kat umah, bukan ape..malas nk takung air lame2 takut nanti ade jentik2 pulak yg membiak didalam air tu..so aku cuma harapkan air tangki je selame ini, yelah sebelum ni x pernah xde air lame sgt, kalau xdepun cume 2-3 jam je pas tu ade ..tp dari malam kelmarin smpai ke petang takde air kt umah, nasib baiklah malam tu air dah kuar sikit..bolehlah takung air. Balik keje petang semalam boleh mandi puas2 sbb air dah ade sikit.. Yang aku nak marah tu.. pihak JBA tu pulak sepatutnya beritahulah awal2 kt orang ramai sebagai makluman .. ni notis atau emailpun takde, tak tau ape punca takde air..kalau beritahu awal2 tu bolehlah aku simpan air awal2 lagi..x lah susah smpai mcm ni..syukur..sekarang ni rumahku dah ade air...

Moral of this stories

Selepas kejadian ini, aku dah nekad nak simpan stok air tu takut perkara macam tu berulang kembali..jgn nk harapkan sgt makluman atau notis ...standby je air kat rumah tu awal2 lagi..senang cite.. Kate orang tua-tua, beringat sebelum kene, jimat sebelum habis dan sediakan payung sebelum hujan..bukan air je kita perlu berjimat-cermat, kewangan dan segalanya perlu jimat untuk kesenangan dimasa depan..anak-anak kita juga perlu dididik dari kecil lagi untuk belajar berjimat cermat. Semoga situasi yang kualami ini menjadi pengajaran buat diriku dan sahabat semua..