SALAM SEJAHTERA

Friday, June 24, 2011

Projek Kreatif & Inovasi Sekolah Anak

Selamat berhujung minggu..

(Projek yg dah siap)

Entry kali ni nak citer pasal satu projek seni yang dibuat oleh anakku yg berada ditahun 2 sekolah SKMJ.MS. Semua murid disuruh oleh cikgunya utk membuat ape2 sje kenderaan contoh spt lori, bas, kereta kapal terbang dsbnya yg dihasilkan dengan menggunakan bahan terbuang spt kotak kasut, kertas surat khabar dan sebagainya. So ape lagi balik je sekolah haritu, dia terus cari kotak kasut yg dh tak guna lagi tuk wat projek seni tu. Dia dah ade idea sebenarnya nak buat ape cuma tak tahu nak wat camane maklumlah budak darjah 2 manelah pandai sangat nak buat keras tangan ni..kesian pulak aku tengok dia.akupun bagilah idea sikit dan tolong dia buat projek tu..nak tahu projek ape yg dia nak buat..sebenarnya dia nak buat sebuah lori kontena yg dibuat dari kotak kasut. Jom layann projek ni sampai siap…


Bahan2 diperlukan :

(Bahan yg digunakan dlm projek)


1 kotak kasut bersaiz kedil(utk kepala lori)

1 kotak kasut bersaiz besar(utk badan lori)

1-2 kpg surat khabar lame (utk melapik bahan agar tidak kotor)

Water colour & Brush

6 kpg penutup plastik saiz kecil(utk tayar lori)

Solotape/Gam

2 bilah Lidi Satay(utk smbung tayar lori)

Air & cawan, colour plate


Cara Membuatnya:

Mula-mula, sambungkan kotak kecik dan kotak besar dgn menggunakan selotape@gam agar dia bercantum. Lukiskan dahulu dgn marker kotak tersebut bahagian2 lori spt cermin depan, pintu, no plat dan lampu depan dan belakang. Tu idea masing2 la ye..Kemudian cat kotak tersebut dgn menggunakan water colour (terserah nak kaler warna ape).


(Bahagian depan lori lukiskan cermin, plat no dan lampu)

Bahagian cermin, no plat dan lampu tu cat la kaler yg sesuai ye.. Anak aku ni minat kaler merah so diapun cat badan lori tu dgn kaler merah, cermin kaler putih kebiru-biruan. pastu keringkan sebentar.

Bila dah kering cucuk lidi satay tadi di 3 posisi kotak yg besar tadi, 1 didepan(kepala lori),2 dibahagian badan lori(kotak besar) kemudian tebuk sedikit lubang pada penutup plastic tadi dan dicucukkan lidi tadi pada sebelah kanan dan sebelah kiri lori tersebut.Kemudian hujung lidi yg tajam tadi dipatahkan sedikit dan ditepi tayar tadi dilekatkan/dililitkan dgn selotape agar tayar tidak tercabut. Catkan tayar lori dgn warna hitam ..tayar biasa la warna hitamkan..tak taulah kut ade tayar kaler lain pulak..hehe..cat pada bahagian tepi tayar sahaja dan terserahlah nak buat spot rim tayar yg macamane seperti ini..

(proses mengecat tayar n spot rim daa..)

Kemudian jemurkan sekejap hingga kering..



(posisi depan lori..)

siap ade wiper lagi tuu..no. plat lori tu MAF 2702 – sebenarnya nomplat tu adalah singkatan nama tuan yg membuatnya Muhd. Aniq Faisyal dan tarikh lahir dia..27 Februari..hihi.. macam2 la budak ni..

(posisi tepi dan depan lori)

Dan lori kontena tu dah bersedia utk bawak barang2 impot/ekspot tu ke pelabuhan daa..pon-pon..hehe..selamat mencube….

Bila dah siap tu bukan main la gembiranya si Aniq tu siap bagi loving kiss satu kat pipiku, sayang seorang anak pd seorang ibu..dan dia juga mmg tak pernah lupa ucapankan terima kasih pada sesiapa yg sudi menolongnya…hehe..anak yg baik..baguslah macam tu nak, semoga ianya akan menjadi amalanmu sehingga dewasa kelak..Amin..

Pagi besoknya dengan senyum simpul dia bawak lori dia tu kat sek utk ditunjukkkan pada cikgunya. Cikgu siap bagi pujian lagi dan begitu jugak lah dgn member2 classmate dia..ummm..ape lagi kembang kempis2 la hidung dia..huhu..Aniq pun ade jugak bagitau yg kawan2 dia yg lain ade gak buat projek seni tu..ade yg buat kereta, kapal terbang dan sebagainya..Cikgu dia ambil projek seni dia tu utk disimpan di sekolah. Sekian…begitulah al kisahnye..

Bagi ibu2  kalau ade anak2 yg nk buat projek macam ni bolehlah tiru projek ni ye.. Selamat Mencuba..idea yang baik utk dikongsi bersama..

No comments: