SALAM SEJAHTERA

Wednesday, February 2, 2011

TRIP & HONEYMOON TO BEIJING – PART 6

HARI KE-5 DIBEIJING, CHINA – 15/1/2010


LAI..LAI..SHOPPING2!!!..JOM SHOPPING2!!!..

Hari ni lepas brekfes, semua naik bas utk ke 2 destinasi iaitu 2 pusat membeli belah. Jawabnya sepanjang harini asyik shopping je..le..huhu..

Destinasi Pertama - Tianya Hongqiau Market

Tempat ni ada menjual pakaian kanak2 dan dewasa, kasut2, bermacam jenis beg spt. handbag, beg pakaian, purse dan eksesori wanita spt. gelang, sepit rambut, keronsang dll. (maaf x sempat nk ambil gambar tempat2 ni). Kat sini sape yg x tahan dengan perangai jurujualnya mmg sakit hati dibuatnya, ape taknya..cara layanan mereka agak kasar sikit jauh sekali jika nk dibandingkan dgn jurujual kt M’sia ni yg penuh dgn sopan santun dan budi bahasa tambah2 lg jika pelancung asing yg dtg singgah kt kedai mereka. Kat sini pantang kita tanya je berape harganya bukan nk beli lagi..just nk tanya harga je..habis la jawabnya..mereka akan bagitau harga yg paling mahal sekali, jika kita tak pandai nk tawar menawar, jawabnya kene tipu 100%. Kalau kita cakap taknak beli dia akan tanya berape harga yg kita nak dan cuba sedaya upaya(cam pakse gitu..) nak suruh kita beli gak barangan mereka. Nasib baiklah aku dan suami dah tahu semuanya pasal ni masa kt M’sia lagi sbb kawan2 yg dah biasa kt sane yg bagitau kami so kitorang mmg tawar kaw2 punyer la sampai diorang sanggup nk jual barang tu mengikut harga yg kitorang tawar tu..tp diorang bagipun sambil merungut2..ahh..peduli ape, sebelum diorang nk tipu kita baik kita berhati2..bak kata pepatah melayu, “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, sediakan paying sebelum hujan”.. Lepas 3 jam shopping kt dlm tu kami dibawa makan tengahari kt sebuah restoran dan solat.Than gerak lagi ke destinasi ke 2 pulak..

Destinasi Kedua - Yashow Market

Yashow Market, pusat beli belah yg kedua dituju…
Kat sini tak sama mcm kt shopping yg pertama tadi selain apa yg ada kat Tiangya Hangqiao Market tadi kat sini ada lebih lagi. Selain dari beg,handbag, pakaian, kt sini pula ada menjual barangan spt. batu2 jade dan mutiara tiruan, jam2, kain2 ela dan yg paling banyak sekali ialah handphone yg bermacam jenis, pelbagai i-pod, walkie-talkie, kamera dan jam tangan. Memang giler la bagi sape yg tgok rase mcm semua benda nak dibeli..Layanan jurual kat sini lebih kurang macam yg tadi juga Cuma kurang sikit la..sbb ada gak yg baik hati tu dan pandai melayan pelanggan..mereka semua pandai becakap dlm bahasa Inggeris.Cuma ada gak sorang dua jurujual yg bersikap kasar, ada sekali tu masa aku just nak tanya berapa harga handbag tu, bila aku taknak beli handbag tu 2 orang salesgirl kat situ sampai kiri kanan menarik tangan aku tak bagi aku pergi dari situ, mereka paksa aku beli gak, sampai aku rase takut pulak dan langsung taknak beli. Aku cuba lepaskan diri aku dan terus bla je dari situ dan tobat aku aku takkan lalu dah kat kedai tu lagi..ish..ish..isshh..sampai begitu teruk sekali ko tau tak!!!..Kat sini semuanya borong habis2an yelah dah hari ni adalah hari terakhir kami kt Beijing ni, esok dh nak balik dah..aku ade gak beli sikit2 barang utk diri sendiri dan pelbagai barang lagi sbgai buah tangan ataupun ole2 tuk family dan kawan2 masa balik nanti espectually tuk anak2ku dan kedua ibubapa mertuaku…aku rase tak payahlah aku tunjuk kat sini nanti orang kate nak menunjuk2 pulak, riak atau takburr..so tak payah..biar mereka dan keluarga mereka je yg tahu…hehe..

Lebih kurang 3 jam jugak kami kat dalam tu..lepas tu kami semua naik bas. Nak tau tak, mase kat dalam bas tu, semuanya bercakap tentang layanan jurujual yg kasar tu dan ada jugak yg tak puas lagi shopping sampai mereka terpaksa bagitau kat guide kami tu utk datang semula kt sini pagi besok. Kemudian kami diibawa ke restoran untuk makan malam dan terus balik ke hotel.


Kat bilik hotel malam tu, aku dan suami packing semua barang yg dibeli kat dalam satu beg, bila dah siap packing, mak datuk!!..barulah nampak banyaknya barang yg dibeli..drpd 2 beg yg dibawa menjadi 4 beg semuanya..fuhh…shopping sakan nampak!!!..bila lagikan.. masa nilah nk shoping mopingg utk kebahagiaan dan hadiah untuk diri sendiri setelah penat lelah bekerja... bila dah balik kat M’sia nanti..kita simpan duit lagi pastu kita pergi melancung tempat lain pulak..hehe..InsyaAllah..smbung cite hari ke 6 dlm Part 7..

..wassalam..

No comments: