SALAM SEJAHTERA

Friday, November 11, 2011

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tips untuk dikongsi bersama, khasnya buat para pelajar Ting.5 yg akan menduduki peperiksaan SPM 2011 bermula 14.11.11 ini.


TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SUMBER: SMK.MUADZAM JAYA



SEBELUM PEPERIKSAAN


1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
 2. Ulangkaji nota secara konsisten secara individu


3. Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah


4. Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;


- format soalan (objektif & esei)


- masa yang ditetapkan


- bilangan soalan yang harus dijawab


- markah yang diberikan pada setiap soalan


5. Jumpa dan berbincang dengan pensyarah bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti


6. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten


7. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik


8. Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat


9. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas


HARI PEPERIKSAAN



1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan


2. Datang awal ke dewan peperiksaan


3. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan


4. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui


5. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda


SEMASA PEPERIKSAAN


1. Baca arahan dengan teliti.


2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya


3. Baca setiap soalan dengan teliti.


4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan


5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;


- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan


- bilangan soalan yang perlu dijawab


- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan


6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan


7. Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)


8. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar


9. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan


10. Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan


11. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti


12. Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Tuesday, November 8, 2011

SALAM AIDIL ADHA..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SEMUA,
SEMOGA AIDIL ADHA KALI INI MEMBAWA SERIBU KEINSAFAN TERHADAP PENGORBANAN KITA SELAMA INI...



Tujuan dan Simbolik Pensyariatan Qurban

Disyariatkannya qurban sebagai simbol pengorbanan hamba kepada Allah Swt., bentuk ketaatan kepada-Nya dan rasa syukur atas ni’mat kehidupan yang diberikan Allah Swt. kepada hamba-Nya. Hubungan rasa syukur atas nikmat kehidupan dengan berqurban yang berarti menyembelih binatang dapat dilihat dari dua sisi. Pertama, bahwa penyembelihan binatang tersebut merupakan sarana memperluas hubungan baik terhadap kerabat, tetangga, tamu dan saudara sesama muslim. Semua itu merupakan fenomena kegembiraan dan rasa syukur atas ni’mat Allah Swt. kepada manusia, dan inilah bentuk pengungkapan ni’mat yang dianjurkan dalam Islam: “Dan terhadap ni'mat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)” (QS Ad-Dhuhaa 11). Kedua, sebagai bentuk pembenaran terhadap apa yang datang dari Allah Swt.. Allah menciptakan binatang ternak itu adalah ni’mat yang diperuntukkan bagi manusia, dan Allah mengizinkan manusia untuk menyembelih binatang ternak tersebut sebagai makanan bagi mereka. Bahkan penyembelihan ini merupakan salah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah Swt.

Berqurban merupakan ibadah yang paling dicintai Allah Swt. di hari Nahr, sebagaimana disebutkan dalam hadits riwayat At-Tirmidzi dari ‘Aisyah ra. bahwa Nabi Saw. bersabda:” Tidaklah anak Adam beramal di hari Nahr yang paling dicintai Allah melebihi menumpahkan darah (berqurban). Qurban itu akan datang dihari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah akan cepat sampai di suatu tempat sebelum darah tersebut menetes ke bumi. Maka perbaikilah jiwa dengan berqurban”.

Wassalam

Wednesday, November 2, 2011

CERITAKU DALAM LOGHAT NEGERI 9

Assalamualaikum dan salam sejahtero buek semuo follower den dan buek sesapo sajolah yg sudi singgah ke blog den ni dan terimo kaseh banyak2 lah yo kerano sudi singgah kat blog den yg x seberapo ni..


Apo Koba?..

Harap semua eh sehat sejahtero yo...Dah lamo ghasonyo den tak update blog den ni yolah lopeh ghayo poso hari tu lai den langsung x publish apo2pun. Dah berabok bonar dah ghasonyo blog den ni hah..Sobonarnya eihh kalo nk diikutkan banyak cito yg nk den kobarkan kek sini tapi mungkin dek kerano eden ni sibuk bonar dgn kojo2 harian dipejabat dan urusan rumahtanggo dan anak2 den nak pekso upsr, pmr,..haritu membuekkan den xdo mood nk menulis dan publishkan gambar2 kenangan semasa hari rayo poso haritu, nipun ado soghang lai ank den yg x lamo lai nk amik pekso spm pulak pertengahan November ni..ontah camanolah agak ehh..harap2 semuonyo berjayo dgn cemerlang, InsyaAllah..nak tau tak harijadi den sendiripun dah lopeh pado penghujung bulan September haritu..ingatkan nk gak wish utk diri den sendiri tapi terlupo pulakk..ayolahai..dah tuo ghasonyo den nikan..dah 40++ dah tapi hati mudo lai..hehe..tapi den jugak berdoa banyak2 pada Allah S.W.T agar den dipanjangkan umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki dan berbahagio bersama suami dan anak-anak tercinta hingga akhir hayat dan semoga dapat bertemu semula diakhirat kelak...InsyaAllah..Amin..


Takpolah yg lopeh tu lopeh la..biarkan ia berlalu dan akan den jadikan konangan terindah buat diri den tuk selamonyo..nantilah kut2 den rajin dan ado maso den preview balik cito den yg seblum ni yo..


Sekarang ni kito bukak cito baru yg sedang hangat diperkatokan sekarang ni iaitu cito pasal final bolasepak Piala Malaysia antara Team NS(Rusa) vs Team Trengganu(Penyu) di Stadium Shah Alam pada 29 Okt 2011 haritu yo..haha..
Team NS(Rusa) vs Team Trengganu(Penyu)


Tahniah Team NS – Juara Piala M’sia 2011

Piala M’sia 2011
Ni ha nak den cito...potamo sekali den nak ucapkan syabas dan tahniah buek team Hobin Jang Hobin(NS) kerana dah 3x berturut2 layak ke final dan seterusnya menjadi juara dalam perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2011 pada hari Sabtu baru ni..Syabas juga buat S.Kunalan dan Hairuddin Omar (Hai-O) sbb merekalah NS telah dinobatkan menjadi juara..haa..den dah kobakan..hehe..tak lupo jugak, syabas dan terimo kasih buek Menteri Bosar NS, En Mohd Hassab sbb dgn jaso beliau jugaklah dapeklah penyokong2 NS boli tiket tyg murah sikit untuk masuk stadium tuk beri sokongan buek team NS walaupun x brapo ramai yg poi nengok sebab ramai jugak yg taknak poi stadium tu kato eih tiket mahal bona..termasuklah den sekeluargo..hehe..tapi den n family den ni mmg dari awal lai xnk poi stadium tu x kiralah tiket mahal ko murah ko..memang dah nekad taknak poi cukuplah maso perlawanan separuh akhir team NS vs T-Team kt stadium Paroi haritu dah poi..xpolah sbb dokek ngan kg mak mertuo den.,Kito orang semua nak tengok live kat tv jo anak beranak lai bestt..boleh yo minum2 teh tarik maso rehat separuh maso pertamo tu makan pulak bersamo kek Marble Hobin Jang Hobin yg den dah buek sebolum stat game tu ha..paneh2 lai..haha..Anda semuo nk tengok kek tuu.. ado kt bawah ni beserta beberapo koping gambar den bersamo suami dan anak-anak den selepas keputusan diumumkan. Wah.. bukan main bersomangat lai den dongan kuargo den semuonyo pakai jersi nogri..apo nk buekkan dah kehondak anak2 nk suruh den pakai baju tuu..ikut jo la..nanti kocik pulak hati dio..hehe..
Kek Marble Hobin Jang Hobin

Kek Marble Hobin Jang Hobin

Skuad Penyokong Bolasepak NS
Den Dah Koba..
Horeyy!!!..team ruso monang jugak akhirnyo menewaskan team penyu..sampai menangis2 team penyu dibuek ehh..(sory yo gurau je.)tp mmg ado pemain Trengganu yg menangiskan..hehe..
Walau apopun syabas jugak den ucapkan kepada team Trengganu walaupun tewas pada malam tu kerana semua pemain dah bermain berhabis2an tapi dah nasib tidak menyebelahi mereka..apo nak dikato..beso la adat permainan la tu..yg sobonar ehh kalah monang tak menjadi soal janji semangat tu mesti ado dlm diri setiap pemain itu..takpo lah yo cubo lai dilain maso ..InsyaAllah.. den pun nak berundur diri dulu lo..cukup lah coloteh den buek kali ini semoga kito bertemu lai dilain maso dan ketiko..jumpo lai yo..Wassalam..

 
HOBIN JANG HOBIN..

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011M/1432H & SELAMAT HARI MERDEKA

Salam Mesra..harini adalah hari terakhir aku bertugas dan besok aku dah cuti. Aku akan masuk kerja semula pada 5hb Sept. ini. Sebenarnya mood kejepun dah semakin kurang, biasalahkann..semuanya macam tuu..masing2 duk ingat nak raya je dan nak buat semua persiapan nak sambut raya, lagipun pelajar2 kt sini pun dah ramai yg balik ke kampung halaman masing2 selepas mereka dah berhempas pulas menghadapi final exam masing2. Aku pun ambil cuti awal sikit bukannya apa..sje je sebab nak kemas rumah dan buat kuih..asyik kerja siang malam sampai nk kemas rumah dan wat kuih pun tak sempat..so mulai hari esok dan ade 2 hari sebelum nak balik kg, aku akan lakukan semuanya dgn dibantu oleh anak2 dan suami tercinta...Sebenarnya raya tahun ni aku bercadang nk balik beraya dikampungku di Kelantan tapi nampak gayanya tak dapat jugak sbb lepas raya ni anak2ku akan menjalani ujian trial SPM dan PMR so aku dah buat keputusan tak jadi balik sana walaupun hati ini sedih sekali sbb dah hampir setahun aku tak balik berjumpe dgn adik beradikku dikg dan menziarahi kubur arwah mak dan ayahku..namum apekan daya kita hanya merancang tapi Takdir yg menentukan segalanya..hanya doa yg ku kirim agar mereka sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T selalu hendaknya dan buat kedua2 arwah ayah dan ibuku, ku doakan agar Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh mereka dan semoga bersemadi dgn tenang dialam barzakh..Amin..

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan jika aku ade salah dan silap harap dimaafkan yelah aku nikan manusia biasa yg tak lepas dari salah dan silap.. kepada teman2 bloggerku terutamanya kpd yg menjadi my folower dan teman2 blogger yg sudi singgah kat blog aku yg tak seberapenya ini..Terima kasih  kepada kalian semua..maaflah yea kerana  Ramadhan dan Raya kali ni juga aku tak sempat nak upload resepi menu2 berbuke hari itu..InsyaAllah..jika diizinkan aku akan uploadkan kat sini yea..sebenarnya aku ni bukannya terror sgt memasakk..sikit2 tu boley la wat makan sendiri dan tuk anak beranak..hehe..ok jumpe lagi ye..



Mohon maaf atas lisan yang tak terjaga...

Janji yang terabaikan...

Hati yang berprasangka &....

Sikap yang pernah menyakitkan...

 
Mata kadang salah melihat...

Mulut kadang salah terucap...

Hati kadang salah menduga...

Maaf segala kesilapan yang pasti ada...


Semoga Syawal ini memberi keberkatan dan rahmat..Insya'Allah

Moga menjadi manusia yang soleh/solehah...Insya'Allah

Hati-hati bila pulang ke kampung...Insya'Allah

Ingatlah Allah selalu...Jaga diri dan hiasi peribadi...Insya'Allah


Semoga ceria di hari lebaran ini dan semoga selamat sampai kedestinasi yg dituju..disamping kita bergembira jgn dilupa yg telah tiada dan yg kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yg serba kekurangan.

 
Selamat Menyambut Hari Lebaran 1432 Hijrah.

Maaf Zahir Batin


&

Selamat Menyambut Hari Merdeka bagi tahun 2011 ini, semoga rakyat dan negara kita hidup aman makmur senitiasa..

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!


Ikhlas dariku sekeluarga,


Nur Qaseh & Suami Tercinta

Serta Anak-Anak: Amiera, Afizz, Aliff, Aniq


Wassalam



Saturday, August 13, 2011

TAKBIR TERAKHIR - PENGORBANAN SEORANG IBU


Salam Sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yg mulia ini..

Mood utk mempublish menu2 berbuke dan resepi berbuka masih belum ada lagi, fotonya dah ade tp masa dan keadaan masih belum mengizinkan lagi, nantilah bila aku ade mood dan ade mase free nanti aku uploadkn kt sini ye..Harini aku cuma nk berkongsi cerita berkenaan situasi yg kualami pagi tadi semasa menonton tv pagi tadi.
Pagi ni aku terase sebak bila menonton cite "Takbir Terakhir" di Astro Prima dimna, seorg ibu tua tlh lari dpd rumah kabjikan krn dibiarkan oleh anak2nya dan ia pulang ke kg semata2 utk tinggal dirumah lamanya dikg ttp hampa pabila dpt thu yg rumah dan tanah pusakanya tlh dijual oleh ank2nya sendiri smata2 tuk menjelaskan hutang mereka kemudian ia dilanggar secara tak sengaja dgn kereta yg dipandu oleh anak2nya sehari sblm hri raya dan ia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd mlm hari raya slps ia dpt melepaskan hajatnya utk menyiapkan juadah yg digemari oleh ketiga2 anknya iaitu rendang ayam, kari ayam dan aym msk kurma dan sempat juga menyuapkan makanan pd ketiga2 anknya..syukur ketiga2 anaknya sempat memohon maaf dr ibu mereka dan ibu itu juga telahpun memaafkan mereka..betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang yg diberikan oleh ibu utk kebahagiaan anak2nya. Bagaimanakah sekiranya anak itu tidak sempat memohon maaf pd ibunya sehingga ibu itu menghembuskan nafas yg terakhir?...Berdosakah anak itu?..Wallahualambissawab..Oleh itu pd sesiapa yg masih lg mmpunyai ibu & ayah, pulanglah ke kg utk bertme dgn mereka utk memohon keampunan sebelum terlewat..Terkenang arwah ibuku yg telah lama pergi..dan pada bulan yg mulia ini aku amat merinduimu ibu dan ayahku..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa dan dimasukkan dlm glongan org2 yg beriman..Amin..Saksikan video kisah pengorbanan seorang ibu untuk dikongsikan bersama..

Powered by: Free Mp3 Download

Sesiapa yg sudi berkongsi pendapat dan pengalaman serta yg sudi memberikan komen tentang persoalan yg diutarakan dipersilakan..wassalam..


Thursday, July 28, 2011

Marhaban Ya Ramadhan 2011


Marhaban Ya Ramadhan

Selamat datang bulan suci

Namamu senantiasa di hati

Kedatanganmu selalu dinanti

Fadhilah & ganjaranmu ramai dicari

Ibadahmu diberkati

Dan kepergianmu pun ditangisi

Selamat menggapai ridha ilahi


Dalam kesakitan teruji kesabaran

Dalam perjuangan teruji keikhlasan

Dalam ukhuwah teruji ketulusan

Dalam tawakkal teruji keyakinan

Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan

Selamat menunaikan ibadah Ramadhan

MAAF ZAHIR BATIN

Ikhlas dari saya,

Nur Qaseh
 

Thursday, July 21, 2011

Ragam pelajar yang melucukan ..


Salam ceria semua..
Entry kali ni aku nak cite tentang situasi yg agak melucukan yg berlaku ditempat keje aku petang ni. Mase aku masuk bertugas kul 2 ptg tadi aku pun terus ke kaunter rujukan untuk ganti kejap staf yang betugas kat situ tengahari tadi nak rehat pulak. Biasa aku akan ganti dalam masa 1 jam je kat situ, lepas tu staf tu akan bertugas semula kat kaunter tu dan lepas 1 jam aku akan masuk semula kat bilik aku pulak sebab kat bilik akupun kene jaga gak takut ade pelajar nak cari thesis, cd or case law..tapi bilik aku ni open time ofis hour je..pastu tutup le..tak macam kaunter sirkulasi dan rujukan kene open sampai library tutup kul 10.00 pm.

Nak tau ape yg melucukan tu??..tadi..dalam masa 1 jam aku jage situ, tetiba datang seorang pelajar yg nak guna pc internet kat kaunter tu. Pelajar tu memang dah biasa wat lawak dan suke berseloroh dengan aku. .akupun tak kisah la sebab mereka tu aku anggap macam anak-anakku juga. So mase dia tengah tulis nama dia kat borang utk nak guna pc tu..nk tahu cite seterusbya..bace sketsa aku ngan pelajar tu kat bawah ni ye..hehe..

Pelajar : Hai..makcik yg cantik..

Aku : Hai..cantik ape ke bendenye..dah tua dah..(sambil tersenyum aku menjawab)

Pelajar : Mesti mase muda dulu makcik ni cantik kann..(sambil tersenyum)


Aku : Ye la tu..a ah..memang cantikpunn..hehe(saje je aku jwb mcm tu..gurau je..tp mmg mse mude dulu aku jadi rebutan gak..huhu..)

Pelajar : hai..kenapa laa..makcik tak muda sekarang ye..kalau takk..haha..(sambil tergelak dan berlalu dari situ)

Aku : kenape pulak dik..aku sje buat2 tanye sambil tersenyum ..aku faham ape yg pelajar tu maksudkan..(dlm hati ku nak tergelak dibuatnya..klakar tul la budak tu..haha..)

Pelajar : Takde ape-pe cik..sambil tersenyum dan berlalu dari kaunter tu..

Hai..macam-macam ragam pelajar yang aku pernah jumpe kat library ni..tapi kira ok gak pelajar ni ye..sekurang-kurangnya dapat jugak diorang tu menghiburkan hati aku ni..

Oklah itu je cerita aku kali ini ye..jumpa lagi.. wassalam..

Sunday, July 17, 2011

NIAT BAIK DIBALAS BAIK

Tak semua perkara yang kita anggap baik, orang akan anggap benda tu baik. Pokok pangkalnya semuanya bergantung pada niat kita. Kalau baik niat kita...insyaallah Allah akan redhoi setiap apa yang kita lakukan. Kalau niat kita tu buruk, suatu hari nanti tuhan akan tunjuk jua. Kalau kita rasa niat kita tu baik, jangan pedulikan apa orang lain akan cakap. Kadang-kadang lagi kita melayan benda tu...lagi sakit hati kita dibuatnya. Kadang-kadang berdiam diri tu lebih baik daripada kita marah-marah.

Bila sesuatu perkara yang buruk terjadi kat diri kita...mungkin kita akan tanya di mana silap kita. Mungkin kita dah berniat baik atas sesuatu perbuatan kita, tapi kita akan jumpa dengan orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita. Masa tu mungkin kita tertanya-tanya di mana silap kita. Sedangkan, kita tak mampu membaca apa yang ada di hati setiap orang. Bila kita bersangka baik dengan seseorang, mungkin orang tu akan membuat sesuatu perkara yang buruk terhadap diri kita. Sebenarnya...lagi banyak kita diuji, lagi Allah sayangkan kita sebab kita akan dapat tau banyak perkara....

Walau apapun yang terjadi, kita teruskanlah perjalanan kita dengan sebaik mungkin.Yang penting niat kita tu baik. Kalau kita rasa kita ada buat silap, perbaikilah diri kita. Sesungguhnya, semua manusia tidak sempurna..bak kata pepatah Inggeris “nobody is perfect”. Mudah-mudahan, Allah akan berkati setiap perjalanan hidup kita dan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah..

Tuesday, July 5, 2011

Fitnah!! Hasutan!! Dengki!! Kianat!!


Fitnah!!Fitnah!!Fitnah!!

Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh!

Tidak takutkah kau wahai manusia?

Tidak gentarkah engkau pada hukuman Allah?

Tidak gerunkah engkau pada janji-janji Allah?


Deria yang dianugerahkan olehNYA,

sepatutnya kau gunakan ke arah kebaikan..

Bukan menganiayainya sesuka hati engkau!

Semua itu pinjaman,

Sampai masa kau akan pulangkannya pada yang HAK!


Memfitnah sudahlah berdosa!

Menghasut!

Mengkianati!

Mengadu-dumba!

Memporak-peranda silaturrahim,

Kau fikir itu pahala????


Astaghfirullah...

Tegar kau memfitnah dan cuba menghancurkan

hubungan silaturrahim yang telah sekian lama bersemi..

Apa sebenarnya mahumu?

Apa sebenarnya yang bisa membahagiakanmu?

Adakah dengan menghancurkan hubungan itu,

Kau akan rasa bahagia?

Dengan melaga-lagakan mereka,

Kau rasa suka?? ..tersenyum sinis aku..


Allah Maha Kaya!

Allah Maha Mengetahui!

Janji Allah itu benar! Hukuman Allah juga benar!

Bersabarlah wahai orang-orang yang teraniaya, Berdoalah..

InsyaAllah, janji Allah untuk memakbulkan doa-doa orang yang teraniaya pasti kan terlaksana!





"Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah terlebih dahulu akan kebenaran berita itu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."


(Al-Hujurat : 6)

Sunday, July 3, 2011

Happy Birthday to My Beloved Hubby..



Assalamualaikum..

Disini ku ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun buat suami ku yang baru saja menyambut hari lahirnya yg ke 45 semalam 3 Julai 2011. Kudoakan agar dirimu sihat sentiasa, semoga dipanjangkan lagi usiamu dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah S.W.T selalu hendaknya. Harapanku agar suamiku menjadi seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawab dalam melayari bahtera rumahtangga bersama isteri tercinta dan anak-anak yg disayangi. Terima kasih jua atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu terhadapku dan anak2mu selama ini. Semoga ianya akan berkekalan hingga akhir hayat..Amin..

Special poem for my beloved hubby..

Sometimes I worry about you

You don't relax enough

You work so hard

There is so much for you to do


Sometimes I worry about you

You don't realize how much

you are appreciated

or how much you give

of yourself to others

or what a wonderful husband

you are to me

and what a perfect father

you are to our children

Other times I am thankful

for the way you are

as I realize it is the

only way you could be

But at all times

I want you to know

that I respect you greatly

and I thank you for

being the best man in the world

in every way

I love you


Happy Birthday

with All My Love Always..

Sincerity of Your Beloved Wife..