SALAM SEJAHTERA

Friday, May 20, 2011

Aktiviti Cuti Hujung Minggu & Hari Wesak

As Salam semua, dh lme aku x memblog bukannya xde cite..banyak cite dan aktivitiku setiap hujung minggu lepas tp aku xde masa nk edit je sbb kt rumah  ade je kerja yg perlu dibuat, kat ofis pulak sibuk nk siapkan kerja2ku dipejabat sbb minggu lepas2 sibuk dgn lawatan Audit QE la SEMS la..so aku perlulah berikan tumpuanku pada kerja dulukan..bila dah takde keje barulah berblogging..sekarang ni barulah ade masa sikit..lagipun aku tak kemana2 cuti ni just lepak kat rumah je..

Aku just nk cite tentang aktiviti yg telah aku buat masa cuti hari Wesak hari tu dan cuti hujung minggu haritu..sebenarnya aku malas nk cite panjang2, just layan je la gambar2 yg aku upload kan kat sini ye..sambil2 aku citekn serba sedikit mengenainya k...

BELAJAR BUAT DADIH

...ni first time aku belajar buat, jadi tp agak termanis sedikit..hehe..xpelah asalkan jadi..lain kali boleh cube lagi..



Dadih berperisa epal merah..emm yummy..


TEMPAHAN KEK COKLAT
Ini adalah kek yg aku buat masa cuti tu sbb ade member  yg mintak tolong aku buatkan, minggu lepas dia dah order, tp disebabkan anak2nya suke sangat kek yg aku buat ni so dia nak order lagi..

kek coklat basah
siap kotak lagi yuu..bisness kecil2an je..part time la katekan..


GUBAHAN BUNGA WITH JELY KRISTAL BALL


Gubahan pokok lidah mak mertua ataupun lidah jin...entahlah ape2 ajelah..


gubahan pokok duit2..utk hiasan dirumah

gubahan pokok duit2 ..utk hiasan dimeja ofis..

hiasan dimeja study kat ofis..

sape2 yg nak cuba buat pokok bunga hiasan ni bolehlah mencube ye..hiasan ni boleh dibuat dimasa2 lapang, ianya juga boleh menghilangkan stress dan menghiburkan..Selamat Mencuba!!..dan Jumpe Lagi!!..


Ketenangan ku bila bersama Mu..

Tenang...

Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,

Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,

Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.


Tenangnya bersama Allah,

Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,

Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,

Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,

Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.


Tenangnya bersama Allah,

Engkau penjagaku setiap masa,

Memerhati setiap gerak geriku,

Mengabulkan doa-doa ku,

Dan membuat ku rasa selamat.


Tenangnya bersama Allah,

Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,

Maka aku tidak takut lagi,

Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,

Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,

Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.


Tuhanku,

Aku rasa tenang bersama-Mu,

Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,

Dalam keadaan yang Engkau redhai,

Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

Sumber : iluvislam.com

Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru kuucapkan buat semua guru2 di Malaysia. Terima kasih buat semua guru yg telah mengajarku dulu dan yg mengajar anak2ku sekarang ini. TempohI segala cabaran dan dugaan dengan penuh ketabahan dan kesabaran dalam mendidik anak bangsa yg tercinta. Berbaktilah dengan penuh keikhlasan. Jasa dan pengorbananmu guru akan tetap dikenang sampai bila2..

SAJAK BUAT CIKGU



TERIMA KASIH CIKGU..

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU..



"SELAMAT HARI IBU" TERUTAMA BUAT ARWAH IBUKU, SGGHPUN KAU TLH TIADA DIDUNIA INI JASA DAN PENGORBANANMU TTPKU KENANG HGGA AKHIR HAYATKU, SMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T.,DIAMPUNKN SEGALA DOSA DAN DIMASUKKAN DLM GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN..AMEEN..DAN BUAT IBU MERTUAKU, ..BUDI N JASAMU TAKKAN KULUPAKAN..TERIMA KASIH ATS SEGALANYA.. SLMT HARI IBU JUGA BUAT SEMUA YG BERGELAR IBU DIFB NI DAN DIMANA SAJE MEKE BERADA..




Video klip ini mengingatkan aku pada arwah ibuku yg telah pergi buat selamanya pd tanggal 6 June 2005, dimana diwaktu itu aku tak sempat menghadiahkan bacaan yassin buatnya sebelum ia menutup mata..ape yg kulihat cuma sekujur tubuh ibu yg telah diselimutkan dengan kain putih shj..dan selepas itu aku mengiringi jenazah ibuku yg berada dalam wad hospital utk dimasukkan kedalam van jenazah utk dibawa pulang kerumah ibuku dikampung. Ya Allah..ampunilah segala dosa2 yg telah kulakukan pd ibuku, tiada niat dihatiku, walau sebesar zarah sekalipun utkku menderhakai ibuku tp apekan dayaku, aku dh jadi isteri org ..dan aku perlu juga wajib taat pd suamiku trlebih dahulu, kerana seorang isteri bila dh berkahwin, syurga itu terletak bawah tapak kaki suami..bukankah begitu..aku redha ats segala kehendaknya..mungkin itu sudah suratan takdir..Al-Fatihah utk ibu, semoga ia diabadikan dgn tenang dialam barzahk..Ameen..

Friday, April 15, 2011

Happy Belated Birthday to My Loving Kids..


Kat sini aku nk ucapkan Selamat Hari Jadi buat kedua anak2 kesayanganku yg telahpun menyambut harijadi mereka baru2 ni.


Firstly buat anak lelakiku yg kecik sekali iaitu M.Aniq Faisal yang telahpun menyambutnya harijadinya Aniq pada 27 Februari lepas dan Miera pada 10 April lepas. Tak kesahlah walaupun dah lepas lama, aku nak wish gak kat blog aku ni sebab hari tu aku tak sempat nak upload kt sini..bukan ape..saje suka2 utk aku jadikan memori buat tatapan anak2ku nanti..diorangpun boleh baca ape yg aku coretkan kat sini..biar diorang tahu dan ingat yg ibunya teramat kasih dan menyayangi mereka..

Happy Birthday to Aniq(8 thn) – 27 Februari


(Kek B’day Aniq Faisal – 8 thn)
(Aniq dgn kek harijadinya yg ke 8 thn)
(Bungkusan hadiah utk Aniq)

(hadiahku utk Aniq berupa jam tangan..tujuannya agar dia menghargai masa..”masa itu emas”..)
Happy Birthday to my daughter – Miera(17thn) – 10 April
Keduanya, Selamat Hari Hari Jadi buat anak gadis tunggalku yg baru menyambut harijadinya yg ke 17(10 April) Ahad lepas..” Sweet Seventeen” katenya.. Hari tu terpaksalah aku buatkan kek coklat kegemarannya.., xpelah kek ni juga sebagai hadiah harijadinya diiringi doa dari seorang ibu..sebenarnya bukan satu kek tapi sampai 2 biji kek coklat yg ku buat sebab pertama, buat kek coklat utk family makan2..agak simple je kek yg aku buat ni..xpolah janji sodap dan anak2pun  suka makan..

(my sweet 17th loving daughter – Miera)
Pastu malamnya buat satu lagi kek coklat, yg ni aku buat cantik sikit dr yg  tadi(cantik la sgt..hehe) sbb dia nak bawak ke sekolahnya pada hari Isnin, katanya nak celebrate ngan kawan2nya..biasa celebrate kat rumah je tapi kali ni aku rase tak larat nk masak just wat kek je..nak wat camnekan anak2 punya pasal buat je lah asalkan dio bahagio..hehe..anak2ku lebih suka makan kek yg aku buat sendiri drpd kek yg dibeli kat kedai tu..tak tahulah kenape .. yelah..masakan dari air tangan ibu sendirikan..mesti lebih sedapp..
(kek pertama utk family dan juga hadiah utknya..simple je ..)


Ada jugak hadiah2 yg diberikan oleh beberape orang sahabat karibnya disekolah..ok la tu..bukan main ceria aku tengok dia haritu, yelah dapat celebrate bufday dia ngan kawan2 kat sekolah la katekan..benggang je bila adiknya yg kedua tu dgr ..sbb mase burfday dia xdepun wat cam tu..kesian pulak aku dengar..aku cuba tenangkan dia..soba ye bang..b'day abang nanti ma buat jgak ye..InsyaAllah..harap2 aku dapat melapangkan masa utk buat kek bufday dia pada bln Jun nanti..hehe..(Janji mesti ditepati..)

Hadiah dari teman sekolahnya, kuabadikan dlm blog aku ni utk dijadikan kenangan..dan terima kasih buat teman2nya yg sudi memberikan hadiah untuknya..

(Hadiah dr Farah Shahira..SMMS..berupa kincir muzik)
(Hadiah dr Farah Farhana..classmate SMKMJ.)
(hadiah dr adik angkatnya ..Akma SMKMJ)
(hadiah dr best friendnya..Nurul Natasssha Husna SMMS)


Doa Buat Anak2ku:


Buat adik(Aniq) & Kakak(Miera), disini Ma doakan agar kalian berdua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu serta dilindungi Allah S.W.T. Semoga kalian menjadi anak yg soleh buat kedua ibubapamu dan jagalah setiap langkahmu nak dari segala noda dan dosa agar kau menjadi orang yang berguna didunia dan akhirat..Semoga doaku ini dimakbulkan oleh Mu Ya Allah..Amin3x.. Ya Rabbul Alaminnn..


(kek ke 2 – Epy B’day Sweet 17th..Miera – yg ni tuk celebrate ngan kawan2 kt sekolahnya..)

Friday, April 1, 2011

Nasi Goreng Rasa-rasa Satay

Selamat petang semua..dah lame betul aku x share resepi kat blog aku ni ye..bukannya ape..malas..biasenya time bulan puasa je aku rajin sikit nk wt n3 psl resepi2 ni tp ini bukannya resepi yg aku buat sendiri, baru nak cuba buat je..entah apelah hari ni mungkin dah boring sgt, xde benda nk buat so aku search kt e-media cari punya cari so aku terjumpelah satu resepi, salah satu koleksi resepi yg istimewa dari Restoran Rasa-rasa Satay. Nampak menarik gak resepi ni..so akupun C &  P je la kt blog aku ni agar senang nk tengok semula bila aku rase nk buat lain kali..bahan2nya pun tak banyak, buatnya pun tak susah..so puan2, adik2 semua bolehlah cuba resepi ini..kalau nk rase pegilah ke Restoran Rasa2 tu kat area Bt. Cave, Gombak, S'gor. Sebenarnya aku sendiripun xpernah rase dan tak pernah pergi pun kat restoran tu...saje je nk promote...hehe..xpelah aku tolong promot retoran tu agar jadi lebih maju lagi..tp kalau dah maju jangan pulak lupe blanje aku n family aku makan free ye..huhu..dan terima kasih pd restoran tu krn sudi share resepi menarik ni...


Bahan-bahannya:
1. Sotong, ayam dan udang

2. 1 sudu teh sambal belacan

3. 1 sudu makan cili kisar

4. 3 ulas bawang merah

5. 1 ulas bawang putih

6. Garam dan gula secukup rasa

7. 1 sudu rempah sate

8. Kailan, lobak merah, kubis dan kubis ungu (dihiris halus)

9. 3 ekor udang goreng tepung

10. Telur dadar

11. 3 cucuk sate

12. Sambal belacan


Cara Membuatnya:


Tumis bawang putih dan merah. Tuang sedikit air. Masukkan sotong, udang dan ayam. Masukkan sambal belacan dan cili kisar, garam, gula dan rempah sate. Masukkan nasi, gaul diikuti kailan, lobak merah, kubis dan kubis bunga.


Source : http://www.eats.my/recipe

Wednesday, March 30, 2011

Tip-tip Jimat Tenaga Elektrik Di Rumah dan Pejabat

Salam Sejahtera semua..wahh..mentang2 la suami aku keje ngan TNB siap nak bagi tip untuk jimat tenaga pulakk..hehe..Ala..bukannya ape..sje je aku nk berkongsi ilmu untuk panduan bersama rakan2 kt blog ni dan sesape yg sudi singgah kt blog aku ni..aku ni kan baik hati, tak kedekut ilmu dan suke menolong orang..wekk..sampai sanggup cari atikel pasal jimat tenaga ni..xde la..kalau kita tahu serba sedikit cara nak jimat tenaga letrik kat rumah atau kat pejabat, sekurang2nya dapatlah kita jimat belanja sekali..tak gitu ke cik kak n cik abang oii..haa..kalau nk tahu caranya baca tip2 kat bawah ni ye..



1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.


2. kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.


3. Tutup lampu pada waktu siang.


4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.


5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.


6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.


7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.


8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.


9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.


10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.


11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.


12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.


13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.


14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.


15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.


16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.


17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.


18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).


19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.


20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.


21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.


22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.


23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.


24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.


25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.


26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.


27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.


28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.


29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.


30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.


31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.


32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.


33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.


34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.


35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.


36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.


37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.


38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).


39.Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.



40. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)


Source by : FOMCA

Selamat mencuba...

Sunday, March 27, 2011

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA


Ahlan wasahlan..Ilmu untuk dikongsi bersama..panduan untuk semua khasnya kepada ibubapa untuk mendidik anak2 menjadi insan yg berguna dunia dan akhirat..InsyaAllah..

Buku wasiat Lukman Al-Hakim

*  Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan  menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.


* Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.


* Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

* Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


* Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


*Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.


* Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.


* Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

* Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.


* Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.


* Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.


* Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.


* Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.


* Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.


* Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


*Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.


* Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


* Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.



Wassalam..

Thursday, March 24, 2011

DUHAI SAHABAT..



sahabat

apa ertinya aku pada dirimu

andai hatiku seringkali kau lukai

adakah aku tidak layak bergelar sahabatmu

hingga mudah kau perkotakkatikkan perasaanku


sahabat

aku cuba untuk mendekatimu dengan keikhlasan hatiku

namun aku tak mengerti

mengapa tiap kali ku cuba memahami

hatiku yang sering terguris

adakah kau tidak mengingini persahabatan ini lagi

hingga kau mencerca hatiku dengan kata-kata luka

aku hanya mampu tersenyum

tidak melawan atau mencerca semula

aku tidak sanggup membencimu

kerana prsahabatanku ini ku anggap suci

apakah ini harga sekeping hati

membahagiakan tapi dilukai

dilukai kemudian ditinggalkan sendiri

terima kasih sahabat

kehadiranmu mengajarku erti sebuah kesetiaan

rupanya dalam bersahabatan

tak semestinya penuh keikhlasan



Wassalam

MARI MENGAJI KAWAN2


Assalamualaikum semua..walau sesibuk manapun kita, kalau boleh luangkanlah sedikit masa untuk kita membaca ayat2 suci Al-Quran dan didiklah anak2 kita mengaji sejak dari kecil lagi agar mereka boleh sedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Quran itu pada kita setelah kita setelah kita menutup mata sekurang2nya bacaan Al Fatihah dan Surah Yassin..kerana tiada apa yang boleh kita bawa bersama kecuali amal ibadah yg telah kita kerjakan semasa didunia, sedekah dan amal jariah yg telah kita buat dan anak2 yg soleh..Amin..


Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi...(Allah bersamaku...Allah melihatku...Allah menyaksikan aku...)

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)


Sama2lah kita beramal..